Wednesday, May 30, 2012

Ajal Maut ketentuan Ilahi

Assalamualaikum, 

Hari ni emosi ke-ibuan saya sedikit terganggu. Sebenarnya dah seminggu saya tahu berita ni, tapi tak sampai kudrat nak type di blog kesayangan ni. Ingat tak entry pasal Mama Rafiq yang saya tulis some where in Year 2011? Bagi rakan-rakan bloggers, pasti ramai yang dah tahu berita pemergian Allahyarhamah Norma ke rahmatullah seminggu yang lalu. Saya langsung tak mengenali arwah secara peribadi, apatah lagi berjumpa dengan nya. Saya mula membaca kisah-kisah arwah dari blog Kak Moon, biras arwah. 

Hari ni, selepas membaca entry tak ada tajuk dari Kak Moon, saya tak dapat menahan air mata especially lepas melihat gambar comel Rafiq yang tak tahu apa-apa.masih kecil. sebaya Ilyaas, tp sudah kehilangan ibu tempat bergantung. Saya sgt tersentuh dgn kisah kehidupan ini. Sekali gus menyebabkan saya lebih bersyukur dikurniakan kesihatan tubuh badan yang sihat, anak yang comel, suami yang baik dan penyayang, masih mempunyai kedua ibu bapa, masih mempunyai kedua ibu bapa mertua, ada adik-adik yang baik, adik-adik ipar yang baik walaupun kuat membuli saya, masih ada datuk dan nenek. Alhamdulillah.

Tapi tak semua orang dpt mengecapi nikmat sebegini. Saya sangat bersyukur diberi nafas dan kekuatan untuk hidup demi mereka yang saya sayang. demi mereka yang masih perlukan saya. 

Untuk arwah, saya hadiahkan Al-Fatihah buatnya. Semoga arwah Norma ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Doa saya buat Rafiq , cahaya mata Norma, agar Rafiq menjadi anak yang soleh dan menyenangkan semua orang yang menjaganya. 

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Norma.


ps: Mengingati mati itu harus, kerana ajal dan maut tidak mengenal masa dan usia. Wallahualam.


Tuesday, May 29, 2012

25 Adab Penting yang wajar kita amalkan

Assalamualaikum, 

Anak saya dah makin besar. Banyak perkara yang dia dah faham. Banyak perbuatan saya dan suami yang dia ikut. Contoh yang senang, dia nampak saya tampal sticker sebagai wall paper di sebelah katil dan tempat mainan dia. Bila ada sticker lebihan, dia akan ambil dan cuba tampal pada dinding, mahu ikut bagaimana umi cuba lakukan. Saya buang tisu kotor ke dalam tong sampah, Ilyaas pun ikut. Saya letak cekak/head band di atas kepala, dia pun cuba perkara yang sama. Saya pakai tudung instant, dia pun ambil tudung untuk dipakai (tak boleh lah nak, kamu lelaki, tak perlu cover rambut:) ).

Semuanya kelihatan sangat comel di mata saya. Namun, tanpa saya sedari, diam-diam Ilyaas menjadi seorang yang observance dan belajar dari setiap perbuatan yang saya dan suami lakukan. Saya rasa, dah sampai masanya, saya tanamkan adab-adab yang baik dan penting dalam diri saya supaya suatu hari nanti, ianya menjadi contoh ikutan buat Ilyaas dan anak-anak saya yang lain. Berikut merupakan antara 25 adab penting yang wajar kita (sebagai ibu) amalkan. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

Adab 1
Apabila ingin meminta pertolongan, dahulukannya dengan perkataan “tolong.”

Adab 2
Apabila menerima sesuatu, jangan lupa mengucapkan “terima kasih.”

Adab 3
Jangan menyampuk dalam perbualan orang lain kecuali apabila benar-benar perlu. Ajar si manja agar memberi respons sejurus anda selesai bercakap mengenai sesuatu perkara dengannya.

Adab 4
Sekiranya si manja memerlukan perhatian anda secara serta-merta, latih si manja untuk mengucapkan “maafkan saya...” Ucapan maaf ini adalah sebaik-baik interaksi penuh adab yang boleh dipraktikkan khususnya bila si manja ingin mencelah di dalam sesuatu perbualan.

Adab 5
Latih si manja untuk bertanya. Lebih-lebih lagi jika wujud perasaan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu perkara.

Adab 6
Orang lain tidak berminat untuk mengetahui perkara yang kita tidak gemari. Jadi, latih dirinya untuk berkongsi tentang sesuatu ‘pandangan negatif’ yang ada dalam dirinya hanya dengan individu terdekat sahaja.

Adab 7
Jangan biasakan diri memberi komen tentang fizikal orang lain. Kecualilah komen itu boleh dikategorikan sebagai pujian kepada individu terbabit.

Adab 8
Apabila orang lain bertanya khabar anda, jawab dan susuli dengan pertanyaan tentang khabarnya pula.

Adab 9
Bila berkunjung ke rumah orang lain, jangan lokek dengan ucapan terima kasih berulang kali sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah yang meraikan kehadiran tetamunya.

Adab 10
Ketuk pintu yang tertutup. Tunggu dan lihat respons sebelum masuk.

Adab 11
Apabila membuat panggilan telefon, jangan lupa memperkenalkan diri terlebih dahulu. Kemudian barulah bercakap dengan orang yang ingin dihubungi.

Adab 12
Menghargai dan ucap “terima kasih” apabila menerima sebarang pemberian.

Adab 13
Jangan sesekali menggunakan kata-kata kesat dalam perbualan. Setiap perkataan mudah diresapi dalam minda kanak-kanak.

Adab 14
Jangan panggil orang lain dengan gelaran yang tidak baik.

Adab 15
Jangan mempersendakan orang lain tanpa sebarang sebab.

Adab 16
Jangan mudah menunjukkan rasa bosan di hadapan anak-anak. Lebih-lebih lagi sewaktu melakukan aktiviti yang positif seperti gotong-royong atau mendengar ceramah. Tingkah laku ini boleh meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak kecil ini.

Adab 17
Jika terjumpa atau berselisih dengan seseorang yang dikenali, ucapkan ‘Assalamualaikum’ atau ‘hai’.

Adab 18
Tutup mulut setiap kali batuk atau bersin. Jangan sesekali mengorek hidung di hadapan khalayak ramai.

Adab 19
Apabila membuka dan ingin melalui sesebuah pintu, pegang sementara pintu tersebut sambil memberi laluan kepada orang yang berada di belakang anda. Secara tidak langsung, anda menunjukkan sikap menghormati orang lain kepada si manja.

Adab 20
Apabila melihat ahli keluarga, jiran atau individu yang dikenali sedang melakukan sesuatu kerja, ringankan mulut untuk bertanya “ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Jika mereka jawab “ya,” bantulah mereka. Si manja akan mempelajari sesuatu yang baharu.

Adab 21
Apabila seseorang meminta bantuan, hulurkanlah pertolongan kepadanya tanpa membebel atau merungut.

Adab 22
Apabila seseorang menghulurkan bantuan, jangan lupa ucapkan “terima kasih.” Tegaskan kepada si manja bahawa ucapan terima kasih itu boleh menjadikan orang lain suka dan sedia menolong kita pada masa-masa akan datang.

Adab 23
Gunakan perkakas makanan dengan betul. Terangkan kepada anak anda satu persatu tentang perkakas makanan yang kerap digunakannya supaya si manja dapat membiasakan diri apabila berada di luar rumah.

Adab 24

Sentiasa bawa tisu atau sapu tangan bersama. Ia boleh digunakan untuk menutup mulut apabila batuk atau bersin, mengelap tangan dan menyapu sebarang kekotoran yang ada bila perlu.

Adab 25
Jangan biasakan diri mencapai sesuatu barang di atas meja. Sebaiknya bertanya dan minta bantuan untuk barang itu dihulurkan kepada anda.



Monday, May 28, 2012

Looking Forward for beach gate away

Aaaaahhhh......



tak sabar sungguh....



nak pergi bercuti...



tak lama lagi, 2minggu je lagi..




sekarang kena siapkan semua preparation for research proposal defence saya 



kemudian boleh pegi bercuti dengan gumbiraaa...



kami nak honeymoon lagi....yaaaaawwwwww




BESTNYAAAAA!!!!!







tapi bukan berdua, bukan bertiga....



tapi.....




ber-empat *winks* 



InsyaAllah

Tuesday, May 22, 2012

Where to find cheap yet good cloth diaper?

 Diaper Stacker yang comel dan murah dekat MyHafiy Blogshop



Assalamualaikum, 

Hari Sabtu dan Ahad lepas, saya mula introduce cloth diaper pada Ilyaas. Lewat kan? dan nak masuk 14 bulan, baru Ilyaas nak belajar pakai CD. Umi Ilyaas pun baru nak start washing-washing CD setelah setahun lebih dok petimbangkan keputusan nak ber-CD ni. Tp saya bukan lah full-time CDing, just, part time. As for now, mungkin masa weekend je la kot, sebab CD xbanyak, baru ada 2 keping je. 

Jadi, saya dalam proses mencari dan men-survey kedai-kedai online yang jual CD yang tak mahal sgt sampai cekik darah, tp kualiti tak tergugat.Maksudnya, kualiti  elok, dan long-lasting, tp harga sepadan dgn kemampuan. Setelah cuba CD ni sepanjang weekend lepas, rasa nak teruskan sebab ianya tak lah se-susah yang disangkakan. And of course boleh jimat banyak sgt. Try la google, byk website citer kenapa CD lebih menjimatkan in a long run. 

Ni ada contoh calculation, amik dari facebook Cloth Diaper Murah..


tapi CD yang saya try ni tak la sampai RM30, saya beli from a friend ..Brand QQBaby RM19 je (comes with 2 inserts). Kalau kat website QQ Baby, harga dia RM20 for plain design  or RM27 untuk yang ada corak..

Selain QQ Baby, sapa tau website/blogshop/online store yang jual CD dgn harga berpatutan and kualiti terjamin?... Tak nak insert yang nipis sgt, bagi saya QQ Baby ni dah baik dah, tp klu dapat variety lagi bagus..So, better tanya pada kawan-kawan kat blog yang dah familiar dgn CD .. 

Terima Kasih ye sapa-sapa yang nak membantu.. 

Saya budak baru belajar..Kalau salah tolong tunjukkan :P Heheheh

Nak baca pasal field trip saya tak? Leh klik sini.




Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 21, 2012

Sedih

Sedih sungguh, sebab pagi tadi tinggalkan Ilyaas dalam keadaan dia menangis yang sgt kuat. Dia bukan setakat tak nak dekat babysitter, bahkan pegang umi kuat-kuat tak nak lepas.

Dah la dekat rumah, lepas dia bangun, umi tak bagi dia direct bf, sebab nak train dia minum guna botol. Tak bleh dah biarkan kes ni berpanjangan..Kes Ilyaas yg sentiasa berkeras tak nak minum dari botol bila umi and ayah ada bersama. Langsung tak nak! tutup mulut rapat-rapat.. Dia akan usahakan sehabis boleh nak melekat pada Miss B. Hati umi pon sure la akan cair, mesti bg juga Miss B last-last..
Kalau malam alahai, susahnya...kena berjam-jam baring dgn dia..

Satu lagi sedih sbb dahi Ilyaas benjol-benjol. Mula-mula nampak waktu maghrib smlm, ingtkan nyamuk. tp dahsyat sgt.. Letak minyak gamat, pastu surut.. So, bajet benjol2 tu sbb allergic kot, sbb ada bg dia rasa bubur cha-cha umi masak. kot-kot dia allergic kat santan ke.. since benjol dah hilang, lega la hati..Tapi, pas bangun subuh tadi, ada balik benjol2 tu,kat tempat sama pulak..besar merah pulak tu..kesian tgk :(

akibatnya, asyik teringat kat anak je la ni...tak sabar tunggu nak balik!


Saturday, May 19, 2012

Car seat Crying

I started introducing Ilyaas with car seat when he was 45 days, exactly after I finished my confinement and we had our first shopping trip to Sunshine Square, Penang. At that time, I used Anakku Car seat and Carrier, borrowed from my sis-in-law. It was a light and easy to install carrier. We used that kind of car seat until he is  about 4 month, before changing to our current car seat

When Ilyaas was not an active crawling baby yet, he used to love sitting in his car seat for quite a long time, which is easy for long balik kampung trip. But, once he is good at crawling, sitting, jumping and all sort activities, he started to feel uncomfortable sitting in his car seat for more than 1 hour. He sometimes needs me to play with him, so I sit at the passenger sits at the back together with him. Honestly, I don't really like sitting at the back cause I have motion sickness. Still need to endure it for the sake of disciplining my son to sit in his car seat. 
  
At the age of nearly 14 months, Ilyaas is a good boy who now can sit alone in his car seat, without umi next to him. Means, I can sit next to my husband while Ilyaas sleeping or playing in his car seat at the passenger's sit at the back. Relieve ! I only need to take him out from his car seat for feeding time or when he really feels bored in there. 


He smiles to me when I capture this pic
eating his IKEA biscuits

And reading too
Well, this is not an easy steps making him smile in his car seat. I bet most parents, faced car seat crying situation. I knew some of them. 

How to help your kids/baby enjoy sitting in their car sear? Here are few ways I used:-

1. Buy a comfortable car seat. This does not mean an expensive one, enough to make sure your baby's back and bottom are not suffering any pain while sitting in there.There many brands that offers comfy car seat nowadays. 

2. Make sure he /she is healthy when you choose to put him/her in the car seat. Baby who is not in pink of health will tend to be closed to their mother, means some of them prefer to be cuddle all the way along the trip. 

3. Bring the car seat in the house and let them play with it. This will help creating a bond between two of them! Seriously, this help, not only for Ilyaas, but also for his cousins. 

4. Hang toys for their viewing when they are still young. Offers interesting toys, books, or anything suitable to them while they are in the car seat. In my case, I always keep a spare toys and books in the car anywhere we go, so Ilyaas will never get bored. 

5. Try a pacifier if it does help. It does for me when Ilyaas was a bit younger around 2-5 months. Don't worry if your child become pacifier addicted, because eventually they will let go by themselves. As for Ilyaas, he decided to be pacifier free at the age of 7 months! Early right? well, choose an orthodontic recommended pacifier like from MAM, Avent or Tomee Tipee. 

6. Put a sun shade, so that he will feel more cold inside the car. Or a portable fan for travelling.

7. Make sure he wears a light cloth. Unless he will be sweating, especially in our humid country. 

8. Offers snacks like biscuits, fruits etc to them while they are in the car seat.

9. Put on his favourite music. Like Maher Zain maybe? or nursery rhymes.

10. Sing to him. Your voice will make him feel comfy. This is true, when I drove alone with Ilyaas to checked up (he was 47 days, sitting in car seat at the back),he was all crying and I am panicked. So I started to sing him lullabies, selawat to Rasullullah SAW and anything that comes to my mind, and eventually he slows down and stop crying.  

If he is still crying and begging you to be out of the car seat, then do it! No harm. He need sometime to straighten his muscles too! Or he just simple wants your milk! Play with him for a while, and then put him back into his car seat. InsyaAllah, it helps to make him understand the need of sitting in a car seat . 

Well, its not easy but its do-able for every body. 





Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 18, 2012

Ideas for Ilyaas' Playroom : Shelves




Giraffe Storage Shelf
Mostly selling price is between RM240-RM280
Rasa sgt comel dan suitable nak susun toys Ilyaas ikut jenis (cars, soft toys, shapes etc)
and rak atas tu boleh guna for his reading materials.
Boleh jugak store his cloth diaper yang baru ada beberapa keping tu


Racing Car Storage by Tot Tutors.
Tak pasti online price berapa..
but this one mostly suitable for boy je, kalau Ilyaas dpt adik girl, susah nak share

Quite Nice 
Suitable untuk rak buku juga ni bila Ilyaas dah besar 
Putih bersih, takut cpt kotor. tak pon jadi bahan contengan ,,,hmmmm
Nice..farm style

Tuesday, May 15, 2012

Saya ada katil baru =)


Produk Baru di MyHafiy Blogshop. Zipper Diaper Stacker. 



Assalamualaikum semua aunty-aunty, 

Nama saya Ilyaas Hafiy. Saya ganti umi type entry ni sbb umi busy baca journals (Iyo la ko nak oooi)
Minggu lepas, umi dan ayah bagi hadiah kat saya. Nak tau apa ???

Jeng Jeng Jeng



Tadaaaaa, saya dapat katil baru!!!!

Saya suka sangat. Ada piona keyboard lekat kat hujung katil saya. 
Umi tampal sticker gajah dan bees kat atas dinding tepi katil saya. 
Saya geram sgt tengok sticker comel2 tu, tp umi tampal tinggi sangat, saya tak cukup tinggi lagi nak cabut sticker tu. Kesian saya cuba sedaya upaya, last-last give up lah! Ni nak kena minum susu umi banyak2 ni supaya boleh cepat2 tinggi dan besar.Heheheh

Katil saya ni ada penghadang kat tepi tak nak bagi saya jatuh, tp umi dh cabut. sbb umi kata malam-malam umi nak peluk saya sebelum tidur, susah kalau ada penghadang tepi tu. Saya lagi la suka, senang sy nak golek-golek masuk bawah ketiak umi ,. hehehehe

Nnt dah besar sikit, boleh la letak penghadang tu balik, bila saya dah sedia nak tidur sendiri kat bilik saya nanti, takdela sy mimpi jadi ultraman pastu tergolek jatuh katil kan?

Okla, sampai sini dulu ye, apepun terima kasih umi. terima kasih ayah. 


ps: umi, kita pendam la hasrat nak beli katil Ikea tu ye. saya suka dah katil ni, lagi best sbb warna warni, ada mainan dan luas. katil Ikea tu kecik sikit, and warna kayu, tak menarik la :P

hehehehehe...

Bye-bye


Ilyaas dah makan udang =)


Produk Baru di MyHafiy Blogshop. Zipper Diaper Stacker.Jemput tengok  


Bekal Ilyaas ke pengasuh hari ini
Bubur Nasi + Udang+Ayam+Ikan Tenggiri+Carrot+Brocolli
Roti Gardenia Butterscotch for breakfast and tea time (cicah air milo/teh)

Since last two weeks, saya dah cuba sikit-sikit bagi Ilyaas rasa udang. Mula-mula, bagi udang saja, sekadar testing. Tengok ada tanda-tanda allergic atau tak, mmg tak perasan any allergies happen. 

So, semalam, saya buatkan dinner bubur nasi dgn udang, ayam,ikan tenggiri,  carrot dan brocolli. 3 kali tambah ok anak teruna tu! Terpegun umi dia kagum sbb umi perasan umi masak sedap! ahahahahha

Untuk bekal ke rumah babysitter hari ni, umi masak yang sama jugak, cuma tambah sup telur dalam bubur tu. Nama je bubur, tp more to soup sbb nasi tak lembik macam bubur pun, just bagi berkuah supaya senang sikit Ilyaas nak kunyah and telan.

Resepi simple ini :-

Bahan-bahannya:-
1/3 beras dibasuh bersih dan ditoskan air.
Bawang merah dipotong cincang
Satu sudu butter/unsalted butter (saya guna Magerin Gold)
Udang 4-5 ekor (dipotong halus)
Sedikit isi Ayam
Sedikit isi Ikan Tenggiri
Carrot dipotong dadu halus
Brocolli (hanya ambil banhagian floret)

Cara-caranya:-
  1. beras dibasuh bersih dan ditoskan air.
  2. Panaskan periuk dan cairkan mentega/butter/magerin
  3. tumis bawang hingga naik bau
  4. Masukkan beras yang sudah dibasuh, dan kacau sehingga beras berwarna kekuningan.
  5. Masukkan air secukupnya.
  6. Biarkan mendidih
  7. Masukkan semua bahan-bahan lain (kecuali floret brocolli) ke dalam periuk dan kacau serta biarkan mendidih.
  8. Masukkan sedikit garam dan gula, sebagai perasa (sikit je ye, dah kena introduce rasa garam dan gula pada Ilyaas, tapi kalau anda xselesa, exclude step ini)
  9. Masukkan floret brocolli dan biarkan sekejap.. Then siap.
Untuk menambah telur, saya cuma pecahkan telur dan gaul dalam soup tu. Saya tambah juga lada putih sedikit bagi ada flavour, tp tak pedas pun. 

Tips untuk introduce udang pada bayi anda :-

Prawns are one of the food types that can prompt a dangerous allergic reaction in some people, just like peanuts. Don’t introduce your baby to prawns until he or she is at least a year old, or two years old if there’s a family history of allergies. Source

-So far, both husband and me takde allergic pada seafood such as prawns and squid, but we still wait until Ilyaas is almost 14months before introducing him to prawn, not yet squid.-




Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, May 14, 2012

Tips Berpisah Susu

Produk Baru di MyHafiy Blogshop. Zipper Diaper Stacker. 


Assalamualaikum dan selamat petang,

Tadi saya singgah di blog Kak Sue Lunatots. Ada entry baru tentang tips berpisah/bercerai susu badan dari Mommy Luna. Cepat-cepat saya klik! Memang menarik minat saya seratus peratus nak baca sebab saya mmg perlukan kekuatan untuk bercerai susu dengan Ilyaas. Sebenarnya, Ilyaas juga perlukan kekuatan untuk bercerai susu dengan umi nya. Walaupun masih ada harapan dalam hati ni nak menyusukan Ilyaas hingga 2 tahun, tapi saya perlu belajar sedikit demi sedikit cara nak bercerai susu, sama dgn belajar sedikit demi sedikit cara nak fully breastfeed Ilyaas dulu.

Logic kan, kalau amik masa 9 bulan (sepanjang pregnancy) untuk belajar cara nak menyusukan bayi sepenuhnya, maka perlukan 9 bulan jugaklah untuk belajar cara nak bercerai susu? Sekarang Ilyaas 14 bulan, lagi 9 bulan dia akan jadi 25 bulan, it will be more than enough time for both of us sesuaikan diri dgn proses bercerai susu ni.

Ok, tak nak bebel panjang-panjang, nak letak tips dari Mommy Luna di sini. For my future reference...


1. Jangan tawar dan jangan tolak (Kadang-kadang sy offer, sebab rindu nak dia melekap kat dada)
Cara ini merupakan cara yang paling selamat dan efektif untuk berpisah susu. Berikan susu apabila anak minta dan jangan menolak sekiranya anak mahu menyusu. Konsep ini perlu digunakan bersama beberapa cara dibawah untuk mempercepatkan proses berpisah susu.

2. Mengubah rutin harian 
Anak mempunyai rutin harian untuk menyusu. Contoh : Sekiranya anak suka minum susu semasa ibu duduk di sofa. Ibu boleh mengelakkan untuk duduk di sofa itu,

3. Pertolongan dari ayah (Husband mmg membantu, tp masih belum berjaya)
Ayah juga boleh memberi peranan seperti membawa anak yang baru bangun tidur bersarapan pada waktu pagi (sebelum anak meminta susu dari ibu)

4. Alihkan perhatian anak (Berjaya, suruh tgk BoboiBoy )
Adakalanya apabila anak anda leka bermain, dia terlupa untuk meminta susu. Gantikan dengan makanan snek yang berkhasiat seperti buah buahan atau roti. Ada ibu yang membawa anak ke taman permainan pada waktu yang biasanya anak meminta susu (seperti pada waktu petang).

5. Melengah lengahkan waktu menyusu (Menjerit sakan la jawabnya, sampai jiran tetangga ingat kita dera anak)
Menangguhkan waktu menyusu iaitu memberitahu mereka untuk menunggu sebentar (dan menggantikannya dengan aktiviti lain) juga berkesan.

6. Memendekkan tempoh penyusuan (Kena gigit la jawabnya!)
Cara ini berkesan untuk anak berusia diatas 2 tahun. Memendekkan tempoh penyusuan kepada anak dengan cara memberitahunya ‘sedikit sahaja mama beri ya sebab abang/kakak sudah besar’ perlahan lahan mengurangkan kebergantungannya dengan susu ibu.

7. Memberitahunya secara berhemah (Yet to try)
Anak berusia 1 tahun ke atas sudah boleh memahami arahan yang diberikan. Tunjukkan contoh contoh orang dewasa yang tidak minum susu ibu dan anak anda pasti teruja diberikan kesempatan berpeluang menjadi orang dewasa.

Sunday, May 13, 2012

Mother's Day Dinner at Pizza Hut

Semalam, Halim baik hati nak treat me for Mother's Day. Hehe. Gembira sangat. Walaupun pagi-pagi dia keluarkan quotes  " Mother's Day, Mother yang bayar" hahahha lepas kitaorg habis shopping barang rumah pagi smlm. 

Around 6pm kami gerak ke Jusco Station 18, and lepas solat maghrib kami start round restaurant street kat dlm Jusco pilih restaurant mana nak makan for dinner. Halim bg chance for me to choose. So, pilih Pizza Hut la sbb lama dah tak makan kat situ. 

Sementara tunggu food kami sampai, layan la anak kesayangan kami bermain-main di dlm Pizza Hut. Excited bukan main dia dpt makan kat luar. Dah recharge energy sbb dah tidur dalam kereta otw nak datang tadi. Kalau kat rumah, tidur 20 minit mesti terjaga dah, and sambung main. 

Excited sgt sampai berdiri atas meja...tak sopan sungguh 

Pastu intai ayah main game kat hp and marah-marah ayah sbb tak kasi dia join skali main.
Siap jelir lidah, rasanya nak tumbuh sebatang lagi gigi ni, asyik tak selesa je tgk mulut dia, gigit gusi 


Dah puas main, nangis punya la kuat satu kedai dgr sbb dia dah lapar tp makanan belum sampai. 
Maka, minum susu la dulu. Tu pun tangan dia tak duduk diam, ke sana sini dia cuba nak tarik muka umi dia, padahal dah duduk dlm shawl tu. Terlupa bawa nursing cover yang MIL buatkan, seb baik ada shawl dalam handbag. 

Lepas makanan dia sampai, tak sabar-sabar dah nak makan. Order Kid's Meal Carbonara untuk Ilyaas. First time cuba amik Kid's Meal. ok la, tak membazir sgt sbb ayah dia tlg habiskan. Ilyaas pon makan banyak jugak..Sampai je makanan dia terus ckp..."Emmmm, Emmmm...maaammmmm"



Ni pulak makanan umi dan ayah Ilyaas. Italian Chicken Chop, Lemon and Pepper Chicken Chop dan juga single size Island Supreme Pizza. Sedap...Sampai sendat perut. Seb baik pakai baju besar smlm, so boleh cover. Hihihi..Lepas dinner, terus balik rumah.

Budak jalan lenggang kangkong nak ajak balik rumah 


Sempena Hari Ibu ni, saya berdoa dan berharap semoga saya dpat terus memikul tanggungjawab sebagai seorang umi dgn lebih ikhlas, sabar, tabah dan gigih lagi. Ini ialah amanah paling besar Allah berikan pada saya, sampai di akhirat nnti, pasti di-soal tanggungjawab nan besar ini,
Mudah-mudahan berjaya menjadi yg terbaik, bukan pada mata dunia, cukuplah pada mata anak (-anak) saya.


ps: kalau perasan rambut Ilyaas senget petot, sila senyum sahaja sbb kami yang tak -pro dan takde bakat ni yang guntingkan. Heheh..


Friday, May 11, 2012

Ilyaas: Dari Pengasuh ke Tadika/Taska, kini kembali ke Pengasuh

Alkisahnya , baca tajuk dah boleh bayang kot keserabutan yang kami (Halim and me) alami bila hadapi situasi mcm ni. Bayangkan jugak lah ke-tidak-stabilan emosi yang dialami oleh anakanda sebab terpaksa bertukar-tukar tempat dan orang yang menjaga dia sementara mak pak dia ni pegi sekolah.

Berdasarkan tajuk tu, dulu Ilyaas sejak usia 60 hari lagi dah duduk kat pengasuh, yang kami sekeluarga panggil Opah. Sehinggalah usia Ilyaas 11 bulan lebih. Pastu, kami sekeluarga berpindah ke Perak. Halim and me decided to send Ilyaas ke nursery memandangkan kami belum kenal kawasan kejiranan pada masa tu, dan perlukan penjaga dengan kadar segera. Cari punya cari, yang penting lokasi yang dekat ngn uni and senang nak hantar dan ambil. Kami jumpa Tadika Ummi Hajah. Yup, namanya saja dah gambarkan yang main business here is teaching young kids, not taking care of the babies and kids.

Tp saya masih memilih untuk hantar ke sini memandangkan pengetua tadika ni sangat passionate dalam jagaan kanak-kanak.dan ada registration number.serta disediakan juga sebuah bilik ber-airconditioned dan berpagar untuk para baby tinggal main dan tidur di situ.yang paling penting, waktu saya jumpa pengetua tadika ni, dibawa bersama seorang wanita (yang sudah bergelar ibu) yang mmg tugasnya menjaga para baby di sini. dan pada masa tu, hanya ada 3-4 org babies je termasuk Ilyaas. Ilyaas pulak baby yang paling kecik, sebab pengetua cakap dorang hanya amik baby 1 yr and above, so Ilyaas will turns 1yo in few week, jadi dorg accept. I was all happy at that time knowing my son will start mingle around and have more friends at nursery.

But, things change. Sejak duduk dalam jagaan nursery, Ilyaas kerap demam. Demam yang susah nak kebah,kalau kebah pun , kejap aje, lepastu panas balik. Ulang-ulang demam selang seminggu. Sampai ke klimaks dia dapat febrile fits.dan kami bermalam di hospital. Lepas kisah febrile fits tu, beberapa kali lagi berulang demam panas Ilyaas. Berjaga malam saya dan suami, serik berulang lagi kejadian febrile fits tu. Banyak kali saya tak ke sekolah sbb xnak demam Ilyaas melarat lagi bila dihantar ke nursery. Saya faham, bnyk sebab kenapa baby demam, teething pon ya juga. Tapi saya perasan anti bodi Ilyaas tak kuat sangat, mungkin sbb saya jarang demam, jadi badan saya kurang develop anti bodi demam tu, so susu saya kurang anti bodi tersebut. Saya percaya, kalau ibu berada dalam situasi yg sama dgn anak (means anak demam, ibu demam), and ibu breastfeed anak, maka lebih mudah untuk anak sembuh sbb dia dpt extra anti bodi dari susu ibu. 

To make it worse, balik dari bercuti labour day haritu, pengetua sms secara mengejut inform pengasuh yang dikhaskan utk jaga baby sahaja di nursery tak akan kerja di situ lagi,sebaliknya akan jaga anak2 pengetua di rumah. I was like, hhmmmmm...why did she inform us very late, and sesuka hati ? takpela, dia owner nursery tu, and dia berhak susun atur para pekerja dia. I did not complaint on that. But , I was wondering sapa yg akan jaga all the babies. Oh btw, by April, ada another 2 kid/babies masuk nursery tu. He is 7 or 9 months old! (Pelik tak, mula2 ckp dgn saya only take baby 1yo above, ni ape kes kan?)...and kakak dia around 3yo. Saya ok lagi, sbb masa tu ada pengasuh yg mmg jaga baby je, plus got cikgu2 yg mengajar utk tolong tengok2 sekali. 

Since pengasuh tu pun hanya akan jaga anak2 pengetua je, ada one young lady (yang juga mengajar di tadika tu) akan jaga all the babies. I bet she is younger than me. Probably around 22-24 la kot, sbb I am 25 (perlukah mention?):P. I tried sending Ilyaas there for few days. Well, I have no choice yet at that time. Pastu, first day dgn penjaga baru semua ok.Mmg dia jaga mcm biasa. Tp nursery jadi kurang bersih, banyak lalat, banyak makanan tumpah, dan tak dibersihkan.Mungkin tak sempat. Tapi dh jadi tak hygienic la kan. Balik rumah unpack all Ilyaas' items, tengok2 banyak benda tinggal kat nursery termasuk thermos makanan dia. Halalkan, sebab mungkin terlupa dan tak biasa lagi jaga baby. Well, she has to carry baby 7-9 months tu, sbb budak tu meragam,so Ilyaas jalan2 la seluruh nursery yg ada bnyk lalat tu..

The next day, bekalkan makanan Ilyaas. Bangun awal pgi, masak sebab xde thermos nak letak food. So, cook a fresh one. Selalu sy frozen kan, pnaskan dan masukkan dlm thermos untuk Ilyaas. Sampai nursery inform pasal his food ada dlm beg. Pukul 2ptg saya datang ambil, she said Ilyaas dah minum dan makan. Balik rumah, tgk bekas makanan tu masih penuh dgn bubur Ilyaas. Macam mana? makan cerelac saja kah? Rasa down sekejap. Lepas tu, Ilyaas start nak demam balik. Down lagi. 

Discuss with husband, we cannot let this thing happen for so long sbb melibatkan anak sendiri. So, petang tu jugak kami round satu taman ni, cari potential pengasuh. Tanya2 kakak2 yang berborak2 di petang hari. Akhirnya, dptlah seorang potential yang suitable. She is not taking care of anybody else except for her own kids,anak paling kecik 4thn, then 7thn n dah sekolah menengah. Tgk rumah bersih n kemas.So, terus try hantar Ilyaas half day on the next day and now continue the whole week. Mmg first day Ilyaas meragam. tp skrg tak lagi, happy dia duduk sana. I am more than lega and senang hati nak ke sekolah. Walaupun terpksa start all over again dari segi nak cerita pasal uruskan EBM, manage febrile fits kalay terjadi lagi (nauzubillah, mintak dijauhkan), perangai Ilyaas, cara makan etc2..Tapi, saya rela.Sebab tahu Ilyaas get one-to-one supervision and care.

 Itulah dulu cerita utk pagi jumaat ni. Panjang plak.. so reward baca panjang2 kita tgk muka nakal anak saya. 


Wednesday, May 9, 2012

Handmade Long Purse (brand new, never use)






Long Wallet (never used) 

ITEM CODE: BN02

Brand: Tote Boutique 
Colour: Dark blue based with purple, green and light blue patterns . 
Selling Price is RM32 + RM6 (for postage)
Original Price is RM45


Interested,  email me at myhafiy_blogshop@yahoo.com or kindly comment on this picture.TQ

Selling Price is RM32 + RM6 (for postage)
Original Price is RM45


Fenugreek Pills -GNC and Snowdrop Brands


Masa bulan Feb yang lepas, saya dah pernah buat satu entry pasal Fenugreek and My Breastfeeding Journey, siap ada graf lagi on how much milk I can collect after consuming fenugreek pills. Masa tu, mmg keadaan susu sangat2 terdesak sebab Ilyaas belum cukup setahun and still minum susu dgn banyak. Alhamdulillah, Allah bg lagi chance nak breastfeed dia, walaupun saya sentiasa ada back-up formula milk dkt rumah babysitter. Tp setakat ni, belum pernah atau sgt2 jarang diberi. Kalau bg pun, paham2 je la rejection yang bakal diterima. 


Ok, berbalik pada tajuk entry ni, until now, saya dah consume dua jenis fenugreek dari dua supplier yang berbeza. Marilah kita tengok apa perbezaannya.

First time cuba makan fenugreek, ialah dari Brand Snowdrop. Kalau dalam gambar di bawah ni, botol yang sebelah kanan. Saya beli dari MumShoppe dgn harga RM54 (excluded postage). Dalam tu ada 150 capsules. Setiap capsule mengandungi 570mg fenugreek. Untuk brand ni, saya amik 2 capsules per intake. Biasanya, saya amalkan sebelum sarapan pagi.Kalau terlupa, waktu sebelum lunch. Kalau refer pada entry pertama saya yang graf tu, milk collected is after using this brand. 



Kemudian, lepas habis first botol, saya bertukar ke Brand GNC pula. Sebab malas nak beli online and perlukan dalam kadar segera. Harga nya slightly mahal dari brand Snowdrop. It is RM68.90 for 100 capsules. Tapi, setiap capsules tu mengandungi 610mg fenugreek.Maknanya, kandungan satu capsule fenugreek GNC lagi banyak dari satu capsule fenugreek Snowdrop. Kalau dalam gambar di atas ni, dalam botol sebelah kiri tu. So, since kandungan fenugreek GNC pills ni lagi tinggi, saya just amik satu pill before makan. Tapi kadang-kadang tak disiplin sangat, terlupa la:P Susu saya pula konsisten sehari pump dua kali dalam 9-11oz. Okla, cukup2 memenuhi keperluan Ilyaas. Yang saya risaukan utk waktu malam, because he melekat with Miss B for most of the time. So mmg perlu susu banyak pada waktu malam. Walaupun dinner dia makan banyak, 30 minit lepas tu sure nak susu jugak,direct la, xpandang botol kalau kat rumah :( 
Gambar ni pulak tunjuk size difference between GNC and Snowdrop fenugreek capsules. Tak beza sgt la size, but GNC is slightly bigger. syiling 20sen tu untuk upah saya amik gambar, hehehe, takla, buat scale. Dari segi warna, GNC pill lebih cerah berbanding Snowdrop. Bau ke-halbaan pula lebih kuat pada pill GNC berbanding Snowdrop. Rasanya setakat tu je la kot comparison nye. Yang lain2 semua sama,effect sama la nak increase milk, as a natural milk booster. 

Oh btw, boleh la kot share serba sedikit kelebihan fenugreek ni.. bukan nak promote, tp nak kongsi knowledge, sebb dulu saya tak tau pun psal fenugreek ni..so, selain daripada traditional milk booster, fenugreek juga ...(sila refer table di bawah)

This supplement has been used in connection with the following health conditions:

Used forAmountWhy
High Cholesterol
10 to 30 grams three times per day with meals3 starsFenugreek seeds contain compounds that inhibit both cholesterol absorption in the intestines and cholesterol production by the liver.
Type 2 Diabetes
2.5 to 15 grams daily3 starsFenugreek seeds are high in soluble fiber, which helps lower blood sugar by slowing down carbohydrate digestion and absorption.
High Triglycerides
100 grams seed daily or 25 to 50 grams defatted seed powder daily2 starsFenugreek has been shown to lower total and LDL cholesterol and triglyceride levels in people with high lipid levels in preliminary trials..
Constipation
Refer to label instructions1 starFenugreek is a mild bulk-forming laxative that's best suited for long-term use in people with constipation.
Type 1 Diabetes
Refer to label instructions1 starFenugreek seeds are high in soluble fiber, which helps lower blood sugar by slowing down carbohydrate digestion and absorption.

Source : GNC Herbal Plus

Untuk lebih info, boleh kunjungi website Snowdrop. Ada article simple yet informative pasal fenugreek. Last but not least, gambar moment budak ni tak nak lepas gombeng (versi sopan dan sesuai untuk tontonan umum) .






ps: belum cuba Alfafa lagi, mungkin masa anak kedua nnt ( jika ada keperluan)

Published with Blogger-droid v2.0.4