Bagaimana hari Rabu anda? Mudah-mudahan kerja kat office berjalan dgn lancar tanpa sebarang tekanan.
Rabu saya Alhamdulillah semuanya ok. Production untuk final stack sedang berjalan lancar.Harapan dpt siap by petang ni. Processing report in progress. Sementara tunggu production siap, nak tulis cerita pasal Opah. Siapa Opah? Opah ialah pengasuh Ilyaas. Ilyaas kira sangat beruntung sebab dia ada Tok (my mum), Nenek (my MIL) dan juga ada Opah (his babysitter). Lengkap hidup dia.Tok Nek pun ada lagi (my grandmother and grandfather from both my parents' side).
Opah mempunyai 4 orang anak.Semuanya dah besar-besar belaka. 2 daripadanya dah kawin dan dah ada anak.2 lagi (anak bujang) belum kahwin, tp yang paling bongsu pun sebaya dgn my husband (26 yrs old). Opah juga ada seorang anak angkat berusia 13 tahun. Cucu-cucu Opah semuanya 6 orang (dari umur 12 tahun ke 3 minggu). Husband Opah, Pakcik Hashim ialah Atok kepada Ilyaas. Atok bekerja sebagai pemandu teksi sendiri. Kalau Atok ada kat rumah, Opah cakap Ilyaas susah betul nak tidur, asyik nak ajak Atok sembang je.Bagaiman saya bertemu dengan Opah, boleh di baca di sini. Sudah hampir 5 bulan Ilyaas dijaga oleh Opah sepanjang saya dan suami pergi bekerja. Setakat ni, saya berpuas hati dengan jagaan rapi dan teliti oleh Opah terhadap Ilyaas. Belum pernah sehari pun Ilyaas berbau busuk setiap kali saya menjemput dia lepas pulang dari kerja. Ilyaas pasti akan tersengih-sengih bila nampak Opah setiap pagi bila saya hantar dia ke rumah Opah, walaupun kadang kala ada juga hari Ilyaas tarik tudung saya tanda protes nak ikut uminya ke ofis. Bahagian punggung serta kemaluan Ilyaas pun sgt jarang naik rashes, mahupun merah. Kadang kala tu ada juga kemerahan, tp bila check esok nya dah hilang kemerahan tu. Saya paham kadang-kadang mungkin Opah kelam kabut kalau anak cucu ramai di rumah, jad lambat sikit salin pampers Ilyaas. Biasalah tu, saya sendiri pun kadang-kadang terlambat juga.
Selain tu, Opah dengan senang hati
sudi membantu saya dalam penyusuan penuh susu ibu. Opah sudi panaskan
EBM dan bagi Ilyaas minum. Serta Opah bijak mengawal stock EBM yang
diberi. Pandai je Opah budgetkan EBM supaya cukup sampai ke petang.
Mula-mula dulu saya bekalkan 5x2oz EBM, kemudian 7x2oz dan sekarang
9x2oz. Kadang-kadang saya ter-thow lebih, so saya bekal kan 10x2oz EBM.
Bila Ilyaas dah mula makan solid (walaupun saya ada tulis di entry ini
yang saya introduce Ilyaas pada solid when he was 4+ months, tp saya
tidak bekalkan solid ke rumah Opah sampailah Ilyaas berusia
5m3w.Pengambilan solid Ilyaas pada usia 4+m tu hanya sekali sekala,
adalah 5kali kot sehingga dia betul2 cukup usia untuk ambil solid),
saya bekalkan bubur nasi pada Opah.Saya juga tinggalkan Nestum dan
biskut Farleys di rumah Opah in case Ilyaas masih lapar. Opah akan bagi
Ilyaas makan pada tengah hari dan juga petang.
Ilyaas juga rapat dengan anak-anak
serta cucu-cucu Opah. Semua excited tunggu Ilyaas datang. Pernah satu
petang saya dgr dari jauh Opah marahkan anak bongsu dia sebab tak
sabar2 nak dukung Ilyaas padahal Ilyaas baru je terjaga dari tidur masa
tu. Senang hati saya dan suami bila lihat Ilyaas diterima baik oleh
mereka sekeluarga. Sekiranya Opah perlu ke klinik, dia akan bagi tahu
awal. Pernah juga Opah terlupa bagi tahu awal, notice sehari sebelum
menyebabkan saya dan suami tak dapat nak apply cuti. Jadi kami
comprimise di mana saya bersetuju anak bongsu Opah serta anak angkat
Opah jaga Ilyaas sekejap sewaktu Opah ke klinik kesihatan untuk her
blood test. Opah ada darah tinggi, so mmg kena ke klinik 3 atau 6 bulan
sekali. Oh lupa nak cakap, Opah jaga Ilyaas sorang je selain tu ada
cucu Opah 2 orang, Mimi (6tahun) and Syazwan (12tahun). Dua orang budak
ni la penghibur Ilyaas kat rumah Opah. Pernah juga Opah mintak EL sebab
ayah Opah (di Temerloh) masuk ICU. Jadi, Opah terpaksa bergegas pulang
ke Temerloh.Memang sejak kali pertama bertemu lagi, Opah dah bagitahu
yang dia mungkin akan ambil EL with short notice sebab her dad dah tua
dan ada banyak penyakit, Opah takut sesuatu terjadi pada ayahnya dan
dia kena pulang ke kampung. Saya paham lah bab ini, saya juga ada Tok
yang sudah berusia 85 dan 87 tahun di kampung. Bila Opah ambil EL, saya dan suami bergilir-gilir lah ambil cuti untuk jaga Ilyaas.
Di rumah Opah, Ilyaas ditidurkan di dalam buaian, walaupun saya pernah bagi tahu Opah yang Ilyaas boleh je atas tilam/lemek. Tapi
mungkin sebab Opah lebih selesa menidurkan Ilyaas dalam buai, maka
dibuaikan lah Ilyaas. Merasa lah jugak anak teruna saya naik buaian.
Alhamdulillah, walaupun kat rumah Opah Ilyaas tidur berbuai, balik
rumah Ilyaas pandai adapt dan tidur bergolek2 sendiri atas
tilam.Mungkin sebab dah dibiasakan sejak lahir hingga usia 2 bulan plus
ada senjata hebat nak tidurkan Ilyaas iaitu Miss B:P hehehe.
Sekarang
since berat Ilyaas dah menghampiri 8.5kg, Opah ada jugak meluah kan
perasaan yang dia makin tak larat nak dukung Ilyaas selalu. Jadi, opah
request for walker. InsyaAllah dapat gaji nanti nak beli walker untuk
Ilyaas.Bertawakalah bila nak belikan walker ni, sebab mcm2 kan kita
dengar kisah walker, tp byk juga kebaikan dari walker ni, so apepun
kena under close supervision by an adult.
Wah, tanpa disedari terpanjang
pulak entry ni. dahla takde gambar Opah dengan Ilyaas. Nanti bila-bila
kena amik la gambar Opah dengan Ilyaas. In case dah pindah rumah ke,
Ilyaas still dapat kenal dan ingat muka Opah bila tengo gambar, his
very first babysitter yang menjaga Ilyaas dengan baik dan membuatkan
Umi dan Ayah senang hati selalu.
Okayla,
sampai sini dulu coleteh hari Rabu saya.Harap semua mummies yang
membaca entry ni pun berada dalam keadaan saya yang senang hati hantar
anak ke rumah babysitter tiap-tiap hari. Kalau tak ke babysitter pun,
senang hati hantar ke taska atau tinggalkan dengan bibik yang
bertanggungjawab.
PS:Ada
masa nnt ingt nak tulis macam mana menjaga hubungan dengan babysitter
lah...(Point dah ada, kena cari masa untuk mengarang pulak)...
Beruntungnyer IIyaas dapat opah yang jaga dia sepenuh hati.. Ibu pun lega nak hantar ILyaas.. :P
ReplyDeleteKitaorg decide antar Ammar ke Nursery. Last week seminggu dia meragam. Kat taska ok..balik jek umah..dia start buat perangai. This week dah semakin ok nampaknyer.. :)
ReplyDeleteathi, alma ada walker, tak pyh beli...boleh pinjam. walker tu turun temurun drpd aimar, ke zariya ke nadyne ke kawan alma punya anak, even zahra skjp kot masa bibi' tatik jaga. it's still in a good condition...i've kept it really well. no need to waste money, duit tu boleh guna utk benda lain. brand chicco. let me know if u're interested ok? : )
ReplyDeleteoh btw, u may google to see...it's chicco ufo baby walker. kot lah nak tgk dulu ke apa kan, just so u knw.
ReplyDelete