Thursday, October 11, 2012

Pendermaan Organ -A gift to Life

Few days back, kat dalam whatsapp Halaman Dhuha, my sister-in-law raise up the topic about pendermaan organ, and registring as organ donor. Most of us dlm family member interested/berniat nak jadi organ donor. In fact, my younger SIL dah pun register untuk jadi organ donor semalam. Well done Awa =)

Hari ni bila mencari resepi scones (sebab tgh mengidam scones),kebetulan pulak I saw an advert about National Transplant Resource by Nuffnang dkt most recipes blogs yg divisit. Clicking the advert dgn niat untuk lebih mengetahui pasal topic ni, I was directed to this webpage, Pusat Sumber Transplan Malaysia. atau Facebook National Transplant Resource.

Rupanya bermula 13oct-21oct 2012 ni merupakan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ .
Banyak juga aktiviti yang bakal dilakukan sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organi ni. Boleh rujuk events and photos dekat Facebook National Transplant Resource.



Untuk mendaftar, kita boleh buat secara atas talian/online. Sila klik sini.

Syarat-syarat Mendaftar


Well, sebagai umat Islam dan orang Melayu, mesti kita akan bertanya pasal hukum hakam mendermakan organ kan? Untuk pengetahuan semua, hukumnya HARUS di dalam ISLAM dgn syarat-syarat tertentu. Ni saya copy paste ye dari website e-fatwa.

Hukum harus menderma dan memindahkan organ
juga tertakluk kepada berbagai-bagai syarat yang pada prinsipnya menjaga berbagai kepentingan selaras dengan kehendak syariat Islam. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

i. Ia tidak akan menyebabkan penderma menanggung kemudharatan atas dirinya seperti mati atau cacat seperti hilang pendengaran, penglihatan, kemampuan untuk berjalan dan sebagainya.

 
ii. Pemindahan berkenaan berlaku dengan izin penderma berkenaan.

 
iii. Keizinan berkenaan berlaku dalam keadaan penderma memiliki kelayakan penuh untuk melakukannya. Kerana itu ia tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak, orang gila, atau orang yang dipengaruhi oleh tekanan atau paksaan atau kekeliruan.

 
iv. Ia tidak berlaku dengan cara yang mencabuli kehormatan manusia, seperti melibatkan urusan jual beli. Sebaliknya ia perlu berlaku berasaskan keizinan dan pendermaan semata-mata.

 
v. Para doktor yang melakukan urusan pemindahan berkenaan mempunyai asas keilmuan yang cukup untuk membuat pertimbangan baik buruk ke atas penderma dan penerima berasaskan prinsip maslahah dan mafsadah sepertimana yang terdapat dalam Syariat Islam
 
 
Untuk bacaan lanjut, sila klik sini.

Okayla, sampai sini dulu. Saya sendiri pun perlu buat bacaan lanjut pasal topic pendermaan organ ni. Yang penting, sebelum decide untuk jadi organ donor, berbincanglah dulu dgn ahli keluarga terdekat, suami/isteri, parents and siblings ye.
Marilah kita sama-sama fikirkan pasal ni ye =)

 
 
 
 

2 comments:

  1. pernah jugak dulu terfikir utk derma organ..tapi duulu la..time undergrad..sekarang ni errr..kena fikir balik la ni..

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...