Thursday, February 28, 2013

Printed Surah Yassin untuk Majlis

Hari ni adalah tidak ada idea nak tulis apa. Tapi sebab xmalas, so nak tulis jugak. Lagipun kobar-kobar ni semangat nak update blog ni tiap2 hari. Dulik lah apa orang nak kata, I ada reason sendiri kenapa smngt kobar-kobar ni. Semangat ni adalah WAJIB seiring dengan semangat study. Kalau tak, nak suruh husband I berleter marah sebab rajin tulis belog, tp malas study (now bagi chance lagi sbb pantang tak abis lagi, hahahaha)

Nak citer pasal kedai2 yang ada jual printed surah yassin untuk majlis mcm tahlil, aqiqah, wedding, doa selamat etc. Hari ni dah genap 9 hari datuk kesayangan pulang ke Rahmatullah. Tok meninggal pukui 10pg, Rabu 20hb Februari 2013. Sampai skrg ni dok terbayang lagi muka tok and my last word to him sebelum meninggal dan sebelum tok dikapankan. Ok, tak mau sedih2 dah. 

So, sempena hari ke 40 tok meninggal nanti, kami nak buat majlis tahlil, panggil sedara mara semua. Jadi nak buat printed yassin sempena majlis tu. Jadi survey sana sini nak tengok yassin yg berkenan di hati. Tok sorang lagi (wife tok sutan), dah bagitau criteria2 surah yassin mcm mana yg dia berkenan. Kitaorg nak yg size A5, tulisan surah yassin tu besar2 sikit, takdela makcik2 yg mai nanti sakit mata nak membaca ayat2 yassin yg kecik2 sizenya. Hasil survey yang I selaku orang tak buat apa2 bila anak-anak tidur ialah seperti berikut...

btw, harap bermanfaat untuk yg tgh mencari kot2 nak print yassin , al-mathurat, surah2 amalan untuk majlis2 korang

1. DarulNuman.Com
Sumber: Website DarulNuman.com

Dari Website Tempahan Khas. Tak ada quotation harga etc kat website ni. So, kena email dorang untuk tanya. I e-mail tp amik masa 2-3 hari untuk direply. Makanya, I just call dorang guna nombor yang dah dipaparkan kat website tu. So, details untuk tempahan kat DarulNuman.com ni...
-size A5,kulit tebal jugak.
-Ada 8 pilihan warna untuk kulit depan (biru muda, royal blue, hitam, hijau gelap, kuning, cream, hijau muda, putih)
-Boleh print nama arwah di kulit hadapan. kalau majlis aqiqah or wedding, print nama baby or pengantin. 
- muka surat pertama dalam yassin ni boleh jugak untuk tulis nama ahli keluarga etc..
- Harga sekeping ialah RM5.
- Tiada servis penghantaran. So kena pi pick up di Jalan Masjid India. sebab company ni kat sana. 
- untuk urusan printing nama etc tu boleh berhubung melalui email ataupun lebih senang, pi kat kedai dia. 
- Personally I rasa hasil kerja dorang memuaskan.sbb dah tengok contoh surah yassin yg ditempah kat sini. cuma tak best sbb kat KL je la kan.and tak dak delivery pulak tu. 
-Sapa dok KL nak order kat dorang leh terus contact Puan Hajah Aida kat talian ni 03-26912645


2. Creatively Designed.Com


 Ni website dia. Klik k;ik klik
HQ dia kat Gombak. Ada servis delivery. Buku Yassin dia hanya satu size iaitu A6. So, tak tepati criteria yg kami nak. 
Tapi Yassin2 dia sgt comel serta cantik. Sngat banyak pilihan warna serta decorations.
Lebih sesuai untuk majlis kahwin, and aqiqah. 
Harga range dari RM1.50 (kulit depan hitam putih) atau RM2.50-RM3.00 (kulit depan bewarna)
Reply email sgt cepat. Thumbs up.servis depa bagus .
Oh ye, ada paper bag sekali untuk setiap surah yassin.

3. Penghulu Card

Sumber website Penghulu Card
Saya tak contact admin company ni. So, tak leh nak bg idea how's their servis etc.
tapi ni website dia.
Ada size A5 jugak, samada 96 pages or 48 pages.
Termasuk penghantaran.
Harga ada kat dalam link yg saya letak tu.

4. Warna Inspirasi
Sumber:Warna Inspirasi


Ni yassin A5 jugak. Warna beberapa jenis warna ada.
Dia display Putih. tulisan gold. Agak ekslusif la.
Saya tak contact admin dia jugak. So tak sure la mcm mana. Ni details yg ada kat website dia

Specifications:-

size :5 " x 7"
cover : white/ cream / gold/light pink/light purple (other colours-special order)
hot stamping : gold / silver/red/fuschia/pink/blue/turquoise
envelope : white / cream / gold/light pink/light purple
text : black & white
Paper : Simili 80g

5. Firma Kreatif Sdn Bhd

Yassin Velvet. Baldu you all.
Cun and sgt ekslusif. Harga satu RM5. Tapi size A6 jugak. So xmenepati ciri2 yg kitaorg nak.
Tp dia ada servis sekali dgn tasbih. ada box .
Rasa lebih comel buat doorfgift majlis kawin ni.

Sumber website Firma Kreatif


Wednesday, February 27, 2013

Mengepam dalam pantang~misi kumpul EBM~

Hari ni hari ke 38 berpantang. eh salah masa type entry hari 36 lagi, ni auto publish.  
Means minggu depan saya dah habis pantang. Hooooyeeeaahhhh.. Tapi ada lagi yang kena berpantang sampai 100 hari. Duuuhhhhh... 
Sabar la wahai diri, untuk kebaikan diri sendiri jugak kannn.. 

Well, my main aim dalam tempoh berpantang ni ialah untuk kumpul stock EBM (selain mula menulis untuk journal submission which is in progress). So entry ni bermakna bermula kisah penceritaan my second breastfeeding journey with my second child, Imani Hafiyya.  Harap tak bosan la yg membacanya :P 

First of all, saya nak bagitau tujuan and niat sy bukan nak menunjuk-nunjuk berapa banyak susu yg saya dapat kumpul dan juga bukan nak riak. Susu ni rezeki dari Allah untuk anak. Entry ni untuk naikkan semangat diri sendiri nak realisasikan penyusuan susu ibu selagi diberi keizinan Allah. Tak kisah la setakat 6 bulan ke, setahun ke, kalau dimurahkan rezeki sampai 2tahun. Wallahualam. yang penting usaha.
 Untuk penyusuan kali, rasa lebih bersedia mental dan fizikal. Sebab dah ada pengalaman susah payah bersama Ilyaas dulu. Husband, parents and adik2 saya pun lebih relax and bersedia membantu saya kali ni. 
No more sore nipple, latching problems etc. Ilyaas pon sgt memahami setiap kali sessi saya susukan Imani. 


Stock susu untuk 3 minggu pertama. Dah selamat di bawa balik ke Tronoh rumahku syurgaku
Stock susu dari hari 21 hingga hari 36. Menunggu masa untuk dibawa balik ke Tronoh

Saya mula mengepam pada hari ke 2 selepas bersalin. Masa ni tujuan mengepam bukan nak buat stock. Sekadar nak stimulate pengeluaran kolustrum. This time around, kolustrum keluar sampai day 4-5. Sikit-sikit. Warna dari putih jernih kepada yellowish. Pada asalnya saya dah mula risau, kenapa susu biasa belum kunjung tiba lagi, walhal ikut pengalaman anak sulung dulu, day 2 dah mula rasa bengkak. Mungkin perbezaan jantina anak yg menyebabkan kes mcm ni terjadi.saya tak pasti. Saya mula buat stock pada hari ke 5 atau ke 6.  Stok2 dalam pantang ni saya pump guna madela manual je. miss pisa kesayngan masih simpan. masuk uni nnt, start guna balik la miss pisa. 
Imani start minum susu ebm pada hari ke 25. Alhamdulillah dia ok je. pastu stop jap. Nanti cuba lagi. 
Masa mula mengepam untuk buat stock, dapat around 1-2 oz sahaja. Kemudian slowly baru meningkat ke sukatan yg lebih memuaskan. Walaupun susu kali ni tak semeriah time Ilyaas dulu, tp dpt juga kumpul stok. Rasa nya sebab demand kali ni lebih rendah berbanding yg pertama dulu. Anak perempuan, minumnya sedikit je, jarak masa lebih lama. Nasib baik Imani tak ada kuning, so saya tak la risau sgt bila dia kerap tidur, kurang minum dan jarak antara penyusuan agak lama, antara 3jam setengan ke 4 jam. So, she gives me ample time to pump. Tapi saya culas jugak kadang2, malas punya pasal. Contoh tak baik, jgn ikut ye..





Saya guna beg sejuk beku mcm gambar kat atas ni untuk transfer susu dari BM ke Tronoh. Dulu transfer dari BM ke KL pun guna beg ni jugak. dan kotak ais yg isi ikan kat pasar tu jugak. Sebab dulu transfer one off je. Bila dah habis pantang. Memandangkan this time around travel time cuma 2jam je, so boleh transfer dua kali. Cara yg saya gunakan ialah saya layerkan susu dan ais batu berselang seli dalam bag sejuk beku ni. lapisan atas sekali ialah ais. Alhamdulillah semua susu ni selamat di transfer tanpa sebarang pencairan.



Masa pantang ni jugak, saya dah purchase 20 botol untuk simpan EBM. sebagai tambahan kepada 35 botol yg telah sedia ada sejak zaman Ilyaas. Niat di hati nak purchase botol stylo mama sebab warna nya yg hot pink tu boleh naik kan semangat sy nak kumpul stok (kononnya la). tp lepas baca a good entry pasal review botol susu untuk simpan ebm dari blog mama Imans ni, terus tak jadi beli. Saya beli botol Little Caliph dari e-mumshop. Warna pink dan yellow. Comel. 
Selain botol, saya purchase juga plastic storage Autumnz kat sini. murah, 3 kotak rm30. 12oz plak tu. 

Our (suami dan saya) nearest aim utk seminggu dua ni ialah nak beli deep freezer. Berdasarkan pengalaman pertama dulu, kami tak sanggup hari2 nak makan luar sebab tak boleh nak simpan ayam ikan sosej nugget dalam freezer dek dipenuhi ebm. 
Lebih baik melabur sedikit untuk deep freezer,boleh guna lama walaupon nnt dah tak simpan ebm lagi. Plus nnt dah start solid saya akan buat frozen solid food utk Imani juga dan boleh simpan paste2 masakan untuk memudahkan tugas saya memasak. 
Sediakan duit ajela nak melabur beli deep freezer ni. Info pasal jenis2 deep freezer boleh baca kat blog CuteMum

Okay, close case untuk entry pertama my second breastfeeding journey. 

Welcome suka duka menyusukan anak. 


Tuesday, February 26, 2013

Hobi Dalam Pantang

ialah online shopping benda yang perlu selain online window shopping
so, hari ni sampai 3 parcel dari 3 kedai online berlainan
senang kerja posmen, hantar bebanyak sekaligus
hehe, tp esok ada satu lagi. 
tambahan order headband untuk my cousin yang berusia 4 bln. 
last week dah dapat headband Imani. 
Pastu saja bg hadiah kat my cousin, terus mak dia berkenan 
and mintak tolong orderkan beberapa pieces lagi.

Apa barang yg dapat hari ni?

1. Barang Baby beli from Ctmah, Mama Alisha Saya order Fisher Price Caddy Bag from dia. RM30 je. Nak gantikan baby box yang dh rosak dikerjakan Ilyaas. Pastu beli Baby Gap Tights. 
Sebab Mama Alisha ni baik hati, dia hadiahkan satu tights extra
+ lamaze hand wrist untuk hadiah Imani. Thanks a lot dear.
Tak sangka pulak kenalan secara online leh jadi rapat and baik macam ni. 

2. Skirt Mermaid from MiaStuffz. Memuaskan. Tak sabar nak mencuba.
 Ni dah kali ke 3 saya beli barang from Kak Mazra MiaStuffz. Setakat ni semuanya berpuas hati.

3. Tudung Syria Qisya from Amal dari Tudung Online. Ni bukan untuk saya, saya tolong beli kan aje. hehe



Itu jela. Lepas ni nak stop sat online shopping. Lagipun shopping benda perlu je. 
Terima Kasih Internet memudahkan kerja saya. 



Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, February 25, 2013

Roadshow Huggies Dry Pants ' Tukarlah untuk lebih senang dipakai'

Sejak kebelakangan ni, saya asyik terfikir-fikir nak tukar pampers Ilyaas dari pampers biasa kepada jenis pants. Memandangkan sejak beranak dua ni, life saya agak kelam kabut sikit. Ilyaas pulak dah nak masuk 2 tahun, paham-paham ajela perangai budak nak change dari baby to toddler ni. Terrible Two katakan. Nak salin pampers dia adalah satu cabaran besar tau tak. Jangan nak baringkan dia, nak biar dia static for 2 seconds pon sesuatu yang magic. Lagi bertambah serabut bila at the same time, Imani akan nangis mintak pertolongan. Hanya sabar je la jadi teman sejati kami husband and wife bila nak handle Ilyaas salin pampers, ke tandas dan sewaktu dengannya. 
Cheeky Ilyaas yg tak reti dok diam walaupun seminit which makes
 changing diapers a  struggling moment for umi and ayah

Saya check tak semua jenama pampers yang menyediakan jenis pants ni. Antara trusted brand yg ada pampers jenis pants ni ialah HUGGIES. So, lepas dapat tau Huggies ada buat Roadshow in conjunction of Dry Pants product, saya jadi teruja. Tambah lagi dah nak habis pantang ni, and cuti maternity masih ada. Boleh la pergi roadshow ni kalau berkesempatan nanti.

Tema untuk roadshow ni ialah 
" Change for Better Convenience"@ "Tukarlah untuk lebih senang dipakai"
Location  dia bertempat di Concourse, Mydin USJ. 
Roadshow ni bermula dari 25 February - 3 March 2013

Roadshow Huggies Dry Pants ' Change for Better Convenience' ni akan dipenuhi dengan macam-macam aktiviti. Bila ada aktiviti, mesti la ada hadiahhhhh..Selain hadiah yg best-best, ada jugak FREE GIFTS!!!! Sapa suka free gifts? Sila angkat keyboard..:P Sapa la tak suka free gifts, sejak dah jadi mak orang ni, saya memang suka sgt2 dgn free gifts dan free samples. Sebab boleh cuba dulu dgn kuantiti yang sedikit, baru tau tahap keserasian dengan baby kita.

Kat Roadshow ni jugak ada games, pertunjukan silap mata (magic tricks performance), pertunjukkan secara  langsung, special promotions and yg paling best ialah Pertandingan Huggies 30seconds Diaper Change Challenge!!  yang akan diadakan setiap hari dari 25Feb-3March, jam 10.30pagi, 2.00petang dan 8.00malam. Dan grand finale pada hari Ahad, 3 March jam 8.00-9.00malam.


( I imagine my husband yg masuk contest ni, sebab sekarang ni husband yg bertanggungjawab uruskan Ilyaas while I uruskan Imani)




So mummies semua, apa tunggu lagi, jom la kita ramai-ramai pegi Roadshow Huggies Dry Pants ' Change for Better Convenience' di Concourse Mydin USJ , boleh sama2 join contest menukar diapers in public=)
( have to start practicing now!!!)


Btw, a little bit info pasal Huggies Dry Pants:-



- Solution for infant and toddler yang aktif-just like my son
- Sgt memudahkan tugasan salin diapers baby ,Koyak, Salin dan Lepas...ready to go
- selesa dgn penggunaan bahagian tepi yang lembut
- dapat mengelakkan kesan merah akibat pemakaian diapers yg ketat etc
- ada lock system untuk elak kebocoran..oh ini sgt membantu.
- and paling penting first brand kat malaysia yg clinically proven to prevent diaper rash!


Untuk info lanjut boleh baca kat page ini..sila klik saya 

Those yang berniat nak mintak free sample from Huggies pon boleh. Sila klik sini

Oh ya, untuk update setiap hari, jangan malu jangan segan untuk like FB page Huggies Malaysia 

Sekian dulu sessi sharing is caring untuk hari ini..

Hugggggssssss from here...

Kaedah Mendemah Baby untuk atasi kembung/colic

Korang pernah demah baby masa dalam pantang tak? Aktiviti mendemah ni saya dah amalkan dari first baby lagi. Dan personally saya rasa membantu dalam masalah baby kembung perut, susah nak burp or susah nak poo-poo. Masa pantang yg pertama, kekerapan saya demah Ilyaas mungkin seminggu sekali je, since Ilyaas memang jenis takde masalah dgn kembung perut. Btw kembung perut ni mcm colic la dalam bahasa orang putih or bahasa moden. 

Kebiasaanya, saya akan demah baby saya lepas mandi pagi. Tapi kalau tak sempat, saya demah je lepas mandi petang. Or apabila keadaan memerlukan (means baby tgh kembung perut).
Ada beberapa kaedah or methods yang kita boleh guna untuk demah baby. Antara kaedah yang saya familiar dan biasa gunakan :-

1. Guna Tungku Moden


Ni la rupa tungku moden. Super cute sebab sgt kecik. lagi kecik dari tapak tangan orang dewasa. Aktiviti mendemah baby menggunakan tungku moden ni sy kategorikan cepat, mudah, ringkas dan tahap keberkesanan adalah 3.5/5.0
Kandungan dalam tungku moden ni ialah Habbatussauda (biji-biji berwarna hitam dan wangi). 
Cara nak gunakan tungku moden ni sgt senang. Sesuai untuk orang yg rushing.
Just panaskan iron, pastu tekapkan tungku moden ni pada permukaan iron yg panas (silalah berhati-hati), then rasa sikit kat kulit kita, pastu demah pada perut baby, belakang badan and tapak kaki baby. 
Selain gunakan iron panas, boleh juga tekapkan pada tungku ibu yg panas. tapi kena mintak tlg orang lain la demahkan baby kita sebab masa tu kita pulak nak bertungku kan. 
Bau habbatussauda yg kena panas ni sgt wangi. Harum and tenang je rasa. 
Btw, saya beli tungku moden ni dari kawan blogger dgn harga kurang dari RM10. Thanks Shaz. Tapi untuk those yg dlm circle of group kitaorg je la. Kalau harga RM10 tu mmg dah kira murah bangat dah coz masa Ilyaas dulu saya beli dgn harga RM14 di mypermatahati.com
Sapa nak beli boleh beli from Shaz, ni facebook page dia

2. Guna Kemeyan Serani

Ni merupakan cara tradisional yang tahap keberkesanan lebih tinggi. Personally saya suka cara ni, sebab keberkesanan 4.5/5.0. Cuma cara ni memerlukan beberapa steps untuk menyediakannya. Dan yang pasti perlu bantuan orang lain untuk sediakan bahan-bahannya. 

Apa bahan yang digunakan?

-Arang
-Kemeyan Serani
-Ketumbar dan Halba
Bekas Kiri: Ketumbar dan halba
Bekas Kanan: Kemeyan Serani
Kena panaskan arang kat atas dapur. Pastu, bila arang dah terbakar dan hampir2 jadi bara, kita masukkan dalam bekas yg tahan panas/tahan api. Kemudian, tabur kemeyan serani dan campuran ketumbar dan halba dalam arang tu. 

Asap akan naik. Macam gambar kat bawah ni

Then, guna kain mcm sapu tangan contohnya, panaskan atas asap dan bara arang tu. Kemudian, lekapkan kat perut baby. Kat belakang badan. Baby sure layan je lepas mandi, kena demah panas2 camni. Tak caya, tengokla muka Imani masa kena demah ni.. Layaaannnnnzzz





3. Guna Daun Sireh

Ni pon cara tradisional juga. Tahap keberkesanan pun tinggi, saya rasa dalam 4/5 la. Masa Ilyaas saya pernah guna method ni untuk demah dia. Cara ni agak mudah and cepat. Just kena ada daun sireh beberapa helai, and lilin. Kalau ada kemeyan macam method #2 pon boleh jugak gantikan kain sapu tangan dengan daun sireh. 
Cuma layurkan daun sireh di atas api (saya guna lilin) atau asap kemeyan, kemudian lekapkan pada perut dan bahagian belakang badan baby. 

4. Guna Pasir Bersih

Wait. Bukan amik pasir and letak atas perut baby ye. Amik pasir bersih, pastu balut dalam kain atau sapu tangan, ikat elok2, kemudian panaskan mcm method #1 dan demah baby. 
Saya tak pernah cuba cara ni. Lebih kurang method #1 jugak la. But I found it in a Doctor Hannan's Blog. 

Okay, itu sahaja method yang saya tahu. Harap membantu:)

Chow chin chow.

Sunday, February 24, 2013

Penjagaan Gusi Bayi





Olololo, comelnya Imani menguap...
Tp tak berapa comel sgt dah bila nampak lidah yg putih-putih tu. 
Putih sebab minum susu umi banyak sgt, pastu tak cuci. Heheh
Umi yg malas nak cuci masa ni. 

Tapi sebenarnya saya mmg pentingkan penjagaan gigi dan mulut anak-anak. Sejak dalam pantang ni lagi, saya mmg cuci mulut, gusi dan lidah baby. Since lahirkan Ilyaas, saya dah guna product MAM Oral Care Rabbit. Sekarang ni, saya gunakan pulak pada Imani. Bermakna, saya mmg berpuas hati dengan produk ni. 


Ada 2 warna. Biru dan pink. 
Rabbit Biru
Rabbit Pink
Rabbit ni comel. Kita leh masukkan jari kat bahagian telinga rabbit ni. Saya gunakan jari kelingking untuk cuci gusi Ilyaas and Imani, mcm yang nurse kat klinik kesihatan ajar. Mula-mula dulu saya guna jari telunjuk, tp susah nak cuci bersih. Sebabnya, jari telunjuk kat besar, kesian nak jolok masuk dalam mulut baby, so end up cuci bahagian depan gusi je. Bila guna jari kelingking, lebih mudah, mulut baby pon tak sakit, dan lebih banyak bahagian dalam mulut dapat di cuci. 

Jari kelingking kat dalam telinga Rabbit Biru
Saya basahkan sikit bahagian hujung telinga Rabbit, 
so lebih senang dan lembut bila mencuci mulut baby. 
Tak la sakit bila gusi dan lidah yg lembut bergesel ngn kain. 

Bila dah basahkan telinga rabbit, kita pon cuci la mulut baby comel ni..

Lap2 bahagian bibir dulu, bagi baby familiar ngn rasa kain ni.



Kemudian masukkan dalam mulut baby slow-slow. 
Jangan main terjah je, kang nangis melalak pulak anak kita. 


Try la cuci2 lidah and gusi baby guna kain rabbit ni. 
Imani syok je layan umi gosok lidah dia. 


Yaaayy, sekarang dah bersih dah gusi dan lidah Imani. 


Kalau takde kain rabbit ni, guna sapu tangan yg lembut pun ok. 

Cumanya, saya mmg selesa guna MAM Rabbit Oral Care ni sebab sambil cuci lidah and gusi ni, boleh main puppet dgn Imani. Bila dia dah boring, tak nak bukak mulut, guna rabbit ni citer-citer dengan Imani. 
Dapat la kurangkan rasa bosan Imani bila umi cuci lidah n gusi dia sebab Rabbit ni kan comel.

Btw, saya beli Rabbit ni dekat LittleWhiz.com



Thursday, February 21, 2013

Imani sebulan


*4.1kg berat
*54cm panjang
*37cm ukur lilit kepala
*cucuk Hepatitis B and menangis dengan jayanya sampai keluar air mata n makes umi sebak juga.
*first time nursing in public of course with lovely nursing cover
*milestone setakat ni:-
-leher dah kuat.boleh angkat kepala bila meniarapkan dia.
-pandai senyum
-sometime dia respons bila panggil.nama
itu je setakat ni.tidur malam sgt ok.timing minum susu agak teratur.11pm,1.30-2.00am dan 4-5am..sekali sekala sahaja meragam..baby yg sgt memahami bila umi kena layan abg ilyaas.
20 Feb 2013-
Imani's great grandfather which is my grandfather passed away.Imani sempat jumpa Tok masa day 20++.
May Tok rest in peace.Semoga Tok ditempatkan di kalangan orang yg beriman dan para solihin.Al-Fatihah for my grandfather whom I love dearly.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, February 19, 2013

Review Swaddle Pod@ Bengkung Moden

Sapa-sapa yg tak tau apa tu swaddle pod, meh sini nak kabo. Swaddle pod ni mcm bengkung moden. ada zip kat tengah.guna material dari kain cotton yg stretchable. Dia ada zip dari atas, and zip dari bawah. So kalau baby tgh nyenyak tido, n kita nak check baby yak yak ke, cing cing banyak ke, boleh bukak zip from bawah je la. takde la nak kena bukak seluruh bengkung tu.


Masa beranak kat Ilyaas dulu, takde lagi kot benda ni. Sebab tak tau pon masa tu. Skrg ni, rasa cam mudah sikit bila ada benda ni. Sgt bagus, nak nak kalau kita tidur dalam aircond. balut je baby ngn swaddle pod ni. Nyenyak bukan main baby lena.



tak caya tgk gambar ni. Gambar Imani layan tido time hujan. sebab kain tu jenis yg stretchable, xde masalah la buat baby yg tido agak lasak mcm anak dara saya ni. Boleh je dia letak tgn and kaki dia kat fav position dia walaupon dah berbalut. rasa warm and comfy I guest dok berbalut dalam tu. mcm dlm perut agaknya.
masa ni berat Imani around 4kg. swaddle pod ni boleh pakai sampai baby 6kg, dalam 3-4 bulan la jugak kan umur baby masa tu.



Ni model handsome sorang lagi. Anak my batchmate kat tkc dulu. Mu'adz Zhafran. Dia lahir awal sehari jer from Imani. hehehe. Nampak tak bukan main lena Mu'adz dalam swaddle pod ni?

Okayla, swaddle pod ni brand Gugu. 100% own by Malaysian and of course made in Malaysia.
Saya dah jadi reseller yang sah untuk swaddle pod ni. So, sapa-sapa nak beli, boleh beli ngn saya k.
Ni link blogshop ---> http://myhafiyblogshop.blogspot.com/
Ni link facebook page ---> http://www.facebook.com/MyHafiyBlogshop

Kalau nak tau pasal ukuran, cara nak pakai segalanya ttg swaddle pod ni, sila baca kat sini ye. jgn malu jgn segan nak baca:P

Just nak gitau, saya beli swaddle pod ni dgn harga RM35. Tp untuk tahun 2013, pihak Gugu dah naikkan harga kepada RM40 per piece. Buat masa ni, kat blogshop sy yang masih available dgn harga RM35 cuma kaler pink sahaja. kalau nak kaler2 lain, harganya dah RM40. Harga ni adalah sama untuk mana-mana reseller pon:)

Ok, sekian review ikhlas dari saya. serta promotion ikhlas juga.


Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, February 18, 2013

Respons Ilyaas towards adik Imani



Mula-mula sekali gambar Ilyaas minum susu sebelah Imani.

Ilyaas abang yg baik. Nak kata penyayang tu, ada la jugak. Nak kata jealous tu, ada la jugak, tapi bukan selalu. Sekali sekala jealous la. Setakat ni masih belum pernah pukul-pukul adik Imani sebab geram or cemburu. Belum lagi buat cubaan nak dukung adik.

Kalau orang acah nak ambil adik dia, dia buat dunno jer. Tak paham lagi kot. or memang tak kisah, sapa nak amik, amik la.

Sejak ada adik ni, Ilyaas nampak sgt brotherly. Mcm dah besar. walhal belum cukup 2tahun lagi.

Dia suka mengamuk jugak. Semua benda nak umi yang buatkan.


Ini mengamuk sebab umi tak nak bg hp kat dia. klu tidak dok melayan youtube and baby apps memanjang. Adik cool ajer abang nangis terjerit2 kat sebelah. Layan tido lagi best.


Cinta-cinta hati saya. Hensemnya Ilyaas.Comel nye Imani. Geram dua-dua orang ni. Nak gomol sepanjang masa. Sorang bau masham , sorang bau wangi baby.




Ni masa berapa hari ntah. Muka Imani copy paste Ilyaas masih baby. Dahi sama2 suak .


Kadang-kadang Ilyaas buat hal sendiri. Bg la hp kat dia, dia layan upin ipin, boboiboy ke..
saya tahu tak bagus ajar anak guna hp semua ni. tp nak buet camne.
kekadang bg buku kaler dia kaler la..eh conteng la.

Ilyaas sekali sekala mintak nak susu mcm Imani minum. tp bila bagi , nak termuntah je gaya. hahah, tak manis mcm susu dia kan...

Tp mcm mana pun, dia sayang adik dia tau. Klu keluar rumah, time balik terus lari gi katil adik. jenguk2 adik.
Klu naik bilik tak bawak adik, bising tunjuk2 suruh orang dukung adik bawa naik sekali.

eh okayla, Ilyaas ngamuk pulak.

k bye.
Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, February 17, 2013

Tolong doakan untuk Imani's fav cousin

Saya tak ingat, masa pregnantkan Imani, pernah tak saya cerita yg biras sy (wife abg ipar sy) pun sama-sama pregnant. Due date kitaorg beza dlm 2-3minggu camtu la.
So, saya bersalinkan Imani 21Jan aritu, and biras sy ni, saya panggil Kak Ezri bersalin anak sedara sy pada 7Feb aritu. baby tu baby girl. geng la dengan Imani.
Baby comel tu anak ketiga for abg min and kak ezri.
Nama baby tu ialah Nur Wafiatul Zarifa bte Abdul Muhaimin.
Sedap kan nama tu. Kakak-kakak Zarifa semua nama Nur Wafiatul Z... jugak. Sweet sgt.
Tahniah abg min and kak ezri dapat tiga dara pingitan.

Imani ngn Zarifa akan jadi fav cousin forever and ever la. beza umur 2minggu lebih je kan.
Tapi, kitaorg semua belum dpt jumpa Zarifa lagi.
Sebabnya, Zarifa kat NICU Pantai Medical Center, Bangsar.
Zarifa lahir full term, tapi berat dia 1.96kg je. So kena la duduk NICU.
Selain tu, Zarifa kesayangan kami ni telah di diagnosis oleh doktor menghidap Edward Syndrome aka Trisomy 18.

Condition Zarifa sekarang adalah masih belum stabil sepenuhnya. Dia mengalami masalah pernafasan memandangkan she's also been diagnosed with Truncus Arteriosus. Setakat ni, hanya parents Zarifa dpt jumpa Zarifa di NICU. Zarifa yg sgt comel. Macam anak mat salleh i tell you. Geram tgk. Putih melepak. 

Ok, panjang pulak cerita sy. Tujuan saya share pasal Zarifa kesayangan kami ni bersama readers semua ialah nak pohon jasa baik kawan2 semua untuk doakan yg terbaik buat Zarifa kami. Semoga segala urusan dipermudahkanNYA. 

Thanks semua atas doa.

We love you Zarifa sayang.

Hari Lahir ku ke-26



Saya dapat hadiah se-bouquet roses dari cinta hati.
Surprise ok. Deliver sampai depan gate rumah. rumah mak ayah la, sebab tgh dalam pantang.
Pastu adik yg tolong signkan delivery tu, sebab orang dlm pantang malas nak keluar rumah tgh hari panas-panas. Nanti hitam kulit i ni..hahah..mengada.

2.2.13 aritu, saya dah jadi 26 tahun. Tua sudah. kalau terbalikkan number pon xjadik muda dah, jadik lagi tua.
Sebab dok dlm pantang, so takde la nak keluaq pi celebrate ke apa. Seminggu pastu, husband beli kek sponge. Pastu makan ngn adik2. Orang dlm pantang pon makan. hahah, satu slice.
Seminggu pastu pulak, tibe2 ada apek cina call tanya macam mana nak dtg rumah nak hantar bunga. Konpius den. Bilo pulok nya order bunga, tau la den suka online shopping. tak kan mamai pi order bunga untuk diri sendiri kan.
Bila tanya husband, dia ngaku la. Tp cam angin ngn kompeni florist tu,kata boleh buat surprise. Jalan nak datang rumah pon tak tau. Hampagas di situ. tiga kali kot tepon tanya direction. Kali ke 4 kita call dia sebab suspen la pulak mana la cina ni pi, berejam orang tunggu bunga xsampai-sampai.



Excited la saya nak dapat bunga. Tak duduk diam tunggu bunga sampai. Ini kali pertama wooo dapat bunga. Satu bouquet pulak tu.
Tapi ni bukan kali pertama husband buat surprise walaupon dia bukan jenis yang terrer buat surprise. first time masa gi honeymoon. second time masa birthday I yang ke 24. bagi hadiah depan lif klcc. terkezut mak.
ini kira third time la. eh ke fourth time. haaa, nnt nak check diary sat. baru kawin nak masuk 3tahun, sudah lupa ingatan.

Apepun, rasa appreciated sgt2. Dalam2 pantang ni, rasa gumbira sebab husband sgt penyayang dan layan kita bebaik pas sakit susah payah nak lahirkan anak dia. Pastu bersyukur gak, pada usia 26thn ni, saya dah ada 2 harta bernilai, bekalan akhirat kelak, InsyaAllah. Sepasang cahaya mata.

Harapan (standard la bila meningkat umur, kita kena letak harapan demi masa depan kan?) saya, nak sihat. nak cepat2 dpt master.nak besarkan anak2 dgn baik. lepas dpt master, nak dpt kerja. nak balas jasa mak bapak. aritu kerja kejap je, tak dan sgt nak membalas jasa depa. pastu nak pi holiday dgn husband dan anak2. Kalau boleh nak pi Australia.

kalau nak list harapan, sampai malam tak abis. yang penting, nak jadi lebih solehah.


Published with Blogger-droid v2.0.8

Urut dlm pantang

Bagi yang bersalin c-zer macam saya ni, jgn la risau tak boleh mengurut masa dalam pantang.
Kita memang la tak leh mengurut di awal2 berpantang mcm orang lain yg bersalin normal. 
Paling-paling awal, mungkin 10-14 hari lepas operate. 
Macam saya, saya amik masa yg lebih lama untuk diurut. Hari ke 24 baru saya mula mengurut. 
Sebab mak cik urut busy sgt, ramai orang booking dia. Hehehe.

Tapi, yang penting, bg yg bersalin secara c-zer, kalau nak mula mengurut, make sure kan diri ni dah kuat. Dapat duduk lama. Dapat tunduk lama. Tak berjalan terbongkok-bongkok sambil pegang bahagian luka operation. Nak bangun dari katil dah tak sakit. Luka dah kering elok. Biarpun jahitan belum tanggal sepenuhnya. Jalan dah cergas kata orang utara. 

Urut dalam pantang ni adalah sgt best. walaupun menyakitkan jugak. Tapi sakit pun sebab urat-urat sudah masuk angin daaa.. Itu la, kalau bersalin normal, orang mengurut di awal2 pantang,cepat2 buang angin dalam urat. Dah bersalin c-zer, kena la jaga luka bg elok dulu kan. Tak pasal, lain pulak jadinya. 

Urut dalam pantang ni lebih best dari pi mengurut di spa. Dah la berurut 3 hari berturut-turut. Pastu tiap kali pas urut, rasa badan ringan je. Muka pun mcm berseri-seri, walaupon belum mandi. hahah. 

Pastu mandi air daun-daun. Mak cik urut yg urut ni siap bawak daun-daun dari rumah dia. So bila direbus tu, harum semerbak satu rumah. Bila mandi, perghhhh segar bugar badan. Amik sket air tu buat basuh muka dan tempat2 yg sepatutnya ehem

Tapi bila ngurut dlm pantang ni, rasa penat sket la. rasa cam dah lama xpergi bersukan, tetibe gi bersukan.pastu otot2 cam bengkak sket. tp kejap je. pastu segar. InsyaAllah untuk kebaikkan diri sendiri jugak. 

Biasa orang urut pagi2 la sebelom mandi. Lepas 3 hari ngurut, hari yang last tu, mandi air limau nipas ngn sintok kelapa. Air tu wangiiiiiiii.. Lekat bau wangi tu kat rambut, rasa lg best dari pakai shampoo sunsilk. 

Yang penting, bila nak ngurut ni, kena la ada orang lain nak jaga anak-anak. So, seb baik mak and suami ada. And Imani pun dah minum ebm dari botol masa umi dia ngurut. Habis 2oz skali minum. 

Sekian dulu lah, nak pi tidoq sat sebab anak2 dok tidoq

Thursday, February 14, 2013

Crazy about baby headband

Since dah ada baby girl ni, hari-hari rasa nak bagi baby comel tu pakai pinky2.
But, since dalam pantang, pakai je la apa yg ada.
Tak sabar tunggu habis pantang, nak shopping baju baby girl.
Pinky-pinky.
One of the thing yg sgt memikat hati is baby headband. comelnya
well, husband awal2 dah ckp, nnt dah cukur rambut Imani, kita bg pakai headband,
so takdela orang tanya ni baby girl ke baby boy...
husband allergic sket klu dah terang benderang bg pakai tema lelaki or perempuan, tibe2 ada gak soklan ni baby girl ke baby boy...









Source PopKid


Source SabbyTia








Tuesday, February 12, 2013

Set Berpantang saya


Tajuk tu dah bagitau apa yg nak di share utk entry ni. Biasalakan, org berpantang, entry berpantang la jugak kan. 

Dulu-dulu masa pregnant ada buat entry survey set berpantang yg ada dlm Malaysia ni. Rujuk sini untuk entry surveying set berpantang. 

Hasil dari survey tu, saya end up, saya tak beli apa-apa set berpantang pun. Haha. Buang masa je dok survey. Eh tak la jugak, tak buang masa pon. 

Walaupun tak beli satu set, saya beli loose item untuk bahan2 yg saya nak guna waktu berpantang. Selepas fikir-fikir keperluan dan kehendak diri, serta kelapangan masa untuk guna semua produk yg ada dalam set2 berpantang ni. Kalau beli set, harga agak mahal. Jaminan untuk menggunakan kesemua produk yg ada dlm set tu belum tentu. Nak habiskan lagi la tak tentu. So, saya beli loose item je la. Bagitau husband, dia ok je,bagi duit, and bawa sy pi kedai jamu and farmasi, so tup tup total semua termasuk vitamin ialah plus minus RM150. Dapat barang-barang yg dihajati. Yang mahal sekali vitamin eh bukan vitamin, supplement penyusuan..mcm gambar no 1 kat bawah ni.

ok, jom tengok apa sy guna untuk pantang kali ni..

Sneak peak dulu


Mandian Herba


Herbal bath ni saya beli from Nana. Dia ada extra dari her first pantang dulu. Of course la belum expired. Sebab beli dari kawan, dapat la murah dari pasaran. Murah banyak. untung poket. Merasa jugak badan pakai produk Tanamera yg diheboh-hebohkan best itu. Memang Best. Wangi.

Bentuk uncang-uncang camni. Rebus je atas dapur. pastu letak dlm baldi. campur air bagi suam and mandilah anda sepuas hati, feeling2 di spa. kalau nak banyak, letak la dalam 2 baldi. Ikut orang tua-tua, mandi air herba ni tiga hari berturut-turut. Tp, sebab sy mmg suka sgt dgn wangian mandian herba ni, dah masuk hari 22 ni pon saya masih teruskan mandi herba setiap pagi. Lepas habis uncang2 dari herbal bath Tanamera, saya guna pulak mandian dari air rebusan daun-daun kampung. Pon beli dari Nana. Nana pun letgo dgn harga murah. Hee Thanks Nana. 

Dari Ramuan Mandi Delima. daun -daun ni dikeringkan.terdiri drpd campuran akar kayu, daun-daun, kulit pohon, daun pandan etc. Personally sy sgt suka mandian delima ni.wangi n more refreshing dari uncang herbal bath tanamera. harganya lagi murah. boleh rebus banyak2 kali, and air rebusan tu still pekat.

Kebaikan mandi dgn air rebusan herba atau daun-daun kampung ni, boleh buang angin dalam badan, buang bau badan (which is bila kita berpeluh lepas mandi, bau2 badan yg xenak pon keluar, standard la kan bau badan xberapa best masa dalam pantang:P).

Sabun Scrub Herba











Gambar ihsan Google.

Saya mula pakai since pregnant lagi. Untuk elak hitam-hitam daki kat badan. Pengalaman pregnant anak sulung dulu, jenuh nak tenyeh daki2 ni daripada badan masa dlm pantang. So, ambil langkah berjaga-jaga dari awal. So, sambil mandi dgn mandian herba dan daun2 kampung ni, saya guna sabun ni jugak. Setakat ni berpuas hati la dgn hasilnya.


Minuman Cotet Emas

Ni saya beli brand leesa formula. ada 15 uncang. saya mula minum lepas habis semua ubat2 dari doktor. around day 10 mcm tu la. rasa plain.mcm minum green tea tanpa gula, menyegarkan. minum panas2. 
saya letak uncang tu dlm thermos, so tiap kali nak minum air sentiasa panas. 
tujuan nak kecutkan rahim dan sebagai anti oksidan. 

Jamu


















Saya makan jamu mak dara gold. mula dulu plan xnak amik jamu. tp pikir2 balik, demi kebaikkan badan sendiri pada masa hadapan, saya cari gak satu jenis jamu yg senang n xbanyak yg perlu di makan. Jamu mak dara ni consume pagi dan petang, sebelum makan. alhamdulillah xde efek pada baby. n badan sy pun rasa ok je bila makan. dalam bentuk capsule. xde bau2 jamu yg kurang enak.

Bertungku















saya guna tungku batu. berat woo. tp masih termampu la nak angkat. tungku ni dipanaskan atas dapur. pastu balut dgn lapisan2 kain.balut sekali dgn daun mengkudu.mcm gambar kat bawah ni. semerbak harum bau daun mengkudu ni kena tungku yg panas tu.



sebab saya czer, so saya xtungku perut. tp tungku pinggang, belakang badan, kaki, betis etc..

Bengkung

Buat masa ni saya pakai bengkung moden brand Autumnz. tp tak la pakai sepanjang masa. sebab pergerakan agak terbatas bila nak bongkok nak amik baby from baby cot. tambah nak melayan abang dia yg tgh lasak ni..
Bengkung tradisional yg my mother in law buatkan tu, biasanya sy akan pakai bila luka dah betul2 sembuh. lepas hari 30 la. ni ikut pengalaman masa bersalin Ilyaas dulu la. sebab bengkung moden ni tak cover bahagian punggung and paha. sobs2. hanya cover perut je. tak sabar nak tunggu luka fully baik n boleh pakai  bengkung tradisional tu. 

Lotion

Masa nak berbengkung, saya sapu Krim Herbanika Barut from Nona Roguy. krim ni pon saya beli from Nana. heee, so murah lagi la. Krim ni bau mcm kunyit, n berangin sikit. tp tak panas. Kadang2 sy pakai dgn lotion halia mustajab extra hot. tp tak hot sgt pun. bau dia best. sapu kat perut, pinggang, paha..klu tak berbengkung pon, saya pakai jugak tiap kali lepas mandi. segar je rasa. 

weh, panjang pulak entry ni. selain semua2 ni, saya berurut gak. mak urut malam2. dan berurut ngn makcik urut. walaupun czer, pantang kena ikut jugak. setakat termampu. bukan tujuan nak kembali pda shape asal je, tp untuk kepentingan badan pada masa kini dan masa depan. nak sihat dan kuat untuk jaga suami dan anak2, dan nak kejar cita-cita yg belum tercapai lagi. nak pegi haji jugak.

ok, berapa jam ntah amik masa nak siapkan entry ni.