Mula-mula sekali gambar Ilyaas minum susu sebelah Imani.
Ilyaas abang yg baik. Nak kata penyayang tu, ada la jugak. Nak kata jealous tu, ada la jugak, tapi bukan selalu. Sekali sekala jealous la. Setakat ni masih belum pernah pukul-pukul adik Imani sebab geram or cemburu. Belum lagi buat cubaan nak dukung adik.
Kalau orang acah nak ambil adik dia, dia buat dunno jer. Tak paham lagi kot. or memang tak kisah, sapa nak amik, amik la.
Sejak ada adik ni, Ilyaas nampak sgt brotherly. Mcm dah besar. walhal belum cukup 2tahun lagi.
Dia suka mengamuk jugak. Semua benda nak umi yang buatkan.
Ini mengamuk sebab umi tak nak bg hp kat dia. klu tidak dok melayan youtube and baby apps memanjang. Adik cool ajer abang nangis terjerit2 kat sebelah. Layan tido lagi best.
Cinta-cinta hati saya. Hensemnya Ilyaas.Comel nye Imani. Geram dua-dua orang ni. Nak gomol sepanjang masa. Sorang bau masham , sorang bau wangi baby.
Ni masa berapa hari ntah. Muka Imani copy paste Ilyaas masih baby. Dahi sama2 suak .
Kadang-kadang Ilyaas buat hal sendiri. Bg la hp kat dia, dia layan upin ipin, boboiboy ke..
saya tahu tak bagus ajar anak guna hp semua ni. tp nak buet camne.
kekadang bg buku kaler dia kaler la..eh conteng la.
Ilyaas sekali sekala mintak nak susu mcm Imani minum. tp bila bagi , nak termuntah je gaya. hahah, tak manis mcm susu dia kan...
Tp mcm mana pun, dia sayang adik dia tau. Klu keluar rumah, time balik terus lari gi katil adik. jenguk2 adik.
Klu naik bilik tak bawak adik, bising tunjuk2 suruh orang dukung adik bawa naik sekali.
eh okayla, Ilyaas ngamuk pulak.
k bye.
Published with Blogger-droid v2.0.8
Ilyaas dah big boy sekarang..nanti dah besar boleh jaga adik =)
ReplyDeletebila cikana leh jumpa budak busuk 2 orang ni??? meh la datang KL 8-10 hari bulan. huhu
ReplyDeleteaduh neves pulak tunggu baby baru ni! camane la nti abg dia
ReplyDelete