Kita memang la tak leh mengurut di awal2 berpantang mcm orang lain yg bersalin normal.
Paling-paling awal, mungkin 10-14 hari lepas operate.
Macam saya, saya amik masa yg lebih lama untuk diurut. Hari ke 24 baru saya mula mengurut.
Sebab mak cik urut busy sgt, ramai orang booking dia. Hehehe.
Tapi, yang penting, bg yg bersalin secara c-zer, kalau nak mula mengurut, make sure kan diri ni dah kuat. Dapat duduk lama. Dapat tunduk lama. Tak berjalan terbongkok-bongkok sambil pegang bahagian luka operation. Nak bangun dari katil dah tak sakit. Luka dah kering elok. Biarpun jahitan belum tanggal sepenuhnya. Jalan dah cergas kata orang utara.
Urut dalam pantang ni adalah sgt best. walaupun menyakitkan jugak. Tapi sakit pun sebab urat-urat sudah masuk angin daaa.. Itu la, kalau bersalin normal, orang mengurut di awal2 pantang,cepat2 buang angin dalam urat. Dah bersalin c-zer, kena la jaga luka bg elok dulu kan. Tak pasal, lain pulak jadinya.
Urut dalam pantang ni lebih best dari pi mengurut di spa. Dah la berurut 3 hari berturut-turut. Pastu tiap kali pas urut, rasa badan ringan je. Muka pun mcm berseri-seri, walaupon belum mandi. hahah.
Pastu mandi air daun-daun. Mak cik urut yg urut ni siap bawak daun-daun dari rumah dia. So bila direbus tu, harum semerbak satu rumah. Bila mandi, perghhhh segar bugar badan. Amik sket air tu buat basuh muka dan tempat2 yg sepatutnya ehem
Tapi bila ngurut dlm pantang ni, rasa penat sket la. rasa cam dah lama xpergi bersukan, tetibe gi bersukan.pastu otot2 cam bengkak sket. tp kejap je. pastu segar. InsyaAllah untuk kebaikkan diri sendiri jugak.
Biasa orang urut pagi2 la sebelom mandi. Lepas 3 hari ngurut, hari yang last tu, mandi air limau nipas ngn sintok kelapa. Air tu wangiiiiiiii.. Lekat bau wangi tu kat rambut, rasa lg best dari pakai shampoo sunsilk.
Yang penting, bila nak ngurut ni, kena la ada orang lain nak jaga anak-anak. So, seb baik mak and suami ada. And Imani pun dah minum ebm dari botol masa umi dia ngurut. Habis 2oz skali minum.
Sekian dulu lah, nak pi tidoq sat sebab anak2 dok tidoq
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...