Monday, February 25, 2013

Kaedah Mendemah Baby untuk atasi kembung/colic

Korang pernah demah baby masa dalam pantang tak? Aktiviti mendemah ni saya dah amalkan dari first baby lagi. Dan personally saya rasa membantu dalam masalah baby kembung perut, susah nak burp or susah nak poo-poo. Masa pantang yg pertama, kekerapan saya demah Ilyaas mungkin seminggu sekali je, since Ilyaas memang jenis takde masalah dgn kembung perut. Btw kembung perut ni mcm colic la dalam bahasa orang putih or bahasa moden. 

Kebiasaanya, saya akan demah baby saya lepas mandi pagi. Tapi kalau tak sempat, saya demah je lepas mandi petang. Or apabila keadaan memerlukan (means baby tgh kembung perut).
Ada beberapa kaedah or methods yang kita boleh guna untuk demah baby. Antara kaedah yang saya familiar dan biasa gunakan :-

1. Guna Tungku Moden


Ni la rupa tungku moden. Super cute sebab sgt kecik. lagi kecik dari tapak tangan orang dewasa. Aktiviti mendemah baby menggunakan tungku moden ni sy kategorikan cepat, mudah, ringkas dan tahap keberkesanan adalah 3.5/5.0
Kandungan dalam tungku moden ni ialah Habbatussauda (biji-biji berwarna hitam dan wangi). 
Cara nak gunakan tungku moden ni sgt senang. Sesuai untuk orang yg rushing.
Just panaskan iron, pastu tekapkan tungku moden ni pada permukaan iron yg panas (silalah berhati-hati), then rasa sikit kat kulit kita, pastu demah pada perut baby, belakang badan and tapak kaki baby. 
Selain gunakan iron panas, boleh juga tekapkan pada tungku ibu yg panas. tapi kena mintak tlg orang lain la demahkan baby kita sebab masa tu kita pulak nak bertungku kan. 
Bau habbatussauda yg kena panas ni sgt wangi. Harum and tenang je rasa. 
Btw, saya beli tungku moden ni dari kawan blogger dgn harga kurang dari RM10. Thanks Shaz. Tapi untuk those yg dlm circle of group kitaorg je la. Kalau harga RM10 tu mmg dah kira murah bangat dah coz masa Ilyaas dulu saya beli dgn harga RM14 di mypermatahati.com
Sapa nak beli boleh beli from Shaz, ni facebook page dia

2. Guna Kemeyan Serani

Ni merupakan cara tradisional yang tahap keberkesanan lebih tinggi. Personally saya suka cara ni, sebab keberkesanan 4.5/5.0. Cuma cara ni memerlukan beberapa steps untuk menyediakannya. Dan yang pasti perlu bantuan orang lain untuk sediakan bahan-bahannya. 

Apa bahan yang digunakan?

-Arang
-Kemeyan Serani
-Ketumbar dan Halba
Bekas Kiri: Ketumbar dan halba
Bekas Kanan: Kemeyan Serani
Kena panaskan arang kat atas dapur. Pastu, bila arang dah terbakar dan hampir2 jadi bara, kita masukkan dalam bekas yg tahan panas/tahan api. Kemudian, tabur kemeyan serani dan campuran ketumbar dan halba dalam arang tu. 

Asap akan naik. Macam gambar kat bawah ni

Then, guna kain mcm sapu tangan contohnya, panaskan atas asap dan bara arang tu. Kemudian, lekapkan kat perut baby. Kat belakang badan. Baby sure layan je lepas mandi, kena demah panas2 camni. Tak caya, tengokla muka Imani masa kena demah ni.. Layaaannnnnzzz





3. Guna Daun Sireh

Ni pon cara tradisional juga. Tahap keberkesanan pun tinggi, saya rasa dalam 4/5 la. Masa Ilyaas saya pernah guna method ni untuk demah dia. Cara ni agak mudah and cepat. Just kena ada daun sireh beberapa helai, and lilin. Kalau ada kemeyan macam method #2 pon boleh jugak gantikan kain sapu tangan dengan daun sireh. 
Cuma layurkan daun sireh di atas api (saya guna lilin) atau asap kemeyan, kemudian lekapkan pada perut dan bahagian belakang badan baby. 

4. Guna Pasir Bersih

Wait. Bukan amik pasir and letak atas perut baby ye. Amik pasir bersih, pastu balut dalam kain atau sapu tangan, ikat elok2, kemudian panaskan mcm method #1 dan demah baby. 
Saya tak pernah cuba cara ni. Lebih kurang method #1 jugak la. But I found it in a Doctor Hannan's Blog. 

Okay, itu sahaja method yang saya tahu. Harap membantu:)

Chow chin chow.

No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...