Bila baca entry Nad pasal Timtim dia yang pulang ke rahmatullah, terus rasa sedih. Tak tau nak komen apa kat entry tu. Sgt terasa kesyahduan dan betapa sayunya Nad sebab kehilangan Timtim comel dia.
Sejak jadi suri rumah (yang tinggal beberapa hari jer lagi ni), petang2 kalau tak hujan, tak panas terik, mesti bagi Ilyaas main basikal kat luar rumah. Sambil dukung Imani dan sembang dgn jiran tetangga. Masa maghrib semalam, ada sorang anak jiran datang depan pagar tanya ni kucing aunty ke.. mestila tak. tak pernah bela kucing pon. and bukan jenis yg suka dan mesra dgn kucing sgt.
Then pagi tadi masa dok jemur kain, Ilyaas main basikal dia and tibe2 je anak kucing tu datang lagi. Dia pakai loceng kat leher.maknanya bertuan la, tp ntah siapa tuan dia. Ilyaas mmg suka kucing. So dia pon memain la ngn kucing tu. Mula xnak bagi Ilyaas main ngn kucing tu takut kotor, dah la Ilyaas jenis kulit sensitif... Tp tgk kucing tu cam kesian je. Seronok plak main bila Ilyaas melayan.
Dah last sekali nak ikut masuk rumah. Si Ilyaas ni bg plak kucing tu masuk. Tp bila umi ckp nnt kucing gigit adik, terus dia takut.. Tau pulak dia rasa responsible and sayang kat adik dia. Then, I letak kucing tu kat luar balik. Kucing tu melepek je depan sliding door rumah ni sampai la ke petang ni..
Around 2.30 nak gi kutip kain, kucing tu nmpk cam tak larat je. I pon bagi dia makan kepok lekor lebihan breakfast pagi tadi. Excited dia makan, dgn sopan santun. Alahai, jatuh hati nengok kucing tu makan sopan je walhal dah kelaparan. Dah abis makan, dia dtg plak gesel2 kepala kat kaki.Siap jilat2 lagi jari kaki. Geli....
Errr, tak pernah pulak semesra ni dgn kucing. sebelum ni xberapa nak melayan la kucing2 ni.
dah ni kucing tu dok ada lagi depan pintu. nak buat camne ni???
Tak reti den nak membela kucing ni. ada baby lagi...
sapa nak bela kucing ni???
Thursday, March 28, 2013
Wednesday, March 27, 2013
Majlis Akikah & Cukur Jambul Imani
Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Tanggungjawab mengakikahkan puteri kami dah selamat dilaksanakan, hasil kerjasama dan bantuan dari keluarga di Terengganu. Majlis yang diadakan secara sederhana di kediaman parents-in-law di Bt.Payong, Marang pada malam Sabtu,23March 2013. Majlis Akikah, Cukur Jambul dan Solat Hajat untuk Imani Hafiyya Abdul Halim dan Nur Wafiatul Zarifa Abdul Muhaimin.
Walaupun Zarifa tak dapat balik kampung untuk majlis ni, tapi ayah (my father in law) dah niatkan untuk mengakikahkan seekor kambing untuk cucu bongsu family HD. Maka 2 ekor kambing telah tumbang, seekor untuk Imani, seekor untuk Zarifa.
Untuk majlis ni, my mother in law sediakan door gift juga untuk para tetamu yang hadir. Kami buat sendiri je. Towel kecik, gulung-gulung, masukkan sikit daun pandan @ bunga rampai, together with some sweets and jelly.
The Door Gifts |
Sebagai puteri yang di-raikan, umi pon siap-siapkan Imani. First time pakai baju gaun kembang. Sekali lagi Thank U Tok Dad hadiahkan Imani gaun ni.(errrr, erti kata lain, umi pilih, tok dad bayar:P)
feeling-feeling amik gambar baju kahwin. When she do photoshoot for her wedding nnt, umi nak tunjuk this small baju. For her to compare |
Majlis dimulakan dgn solat hajat mohon kebaikan dan kesihatan untuk Imani dan Zarifa. Maybe some of readers yang mmg baca blog ni tau, keadaan kesihatan Zarifa kurang baik. But Alhamdulillah, praise to Allah, sejak balik ke rumah, kesihatan dia menunjukkan progress yang baik. Berat pun dah naik. Mungkin sebab dikelilingi oleh orang2 yang menyayangi dia tanpa batasan. I fall in love with her many many times, especially bila tengok mata bulat dia. So comel. She is a true survivor. Umie Athi loves you so much sayang.
Lepas solat hajat, ada bacaan doa mohon kebaikan dan kesihatan untuk kedua-dua orang cucu baru dalam keluarga Halaman Dhuha.
Antara tetamu yang hadir |
Acara kemuncaknya ialah marhaban, disertai cukur jambul Imani Hafiyya serta tahnik oleh ustaz. Imani is such a princess masa tu. Habislah rambut trojan Imani dah di tarah oleh tok cik tok cik sekalian yang melakukan proses cukur jambul dan marhaban ni.
My princess di bawa mengelilingi ahli marhaban oleh husband. Imani sgt cantik. (biarkan saya puji anak sendiri;p) |
Ni la hasil jambul yang dicukur. Saja ambil gambar before and after. My mother in law yang sediakan semua ni. I just tolong sikit-sikit saje. Hehehe |
Dan ke-esokkan paginya, Imani telah selamat dibotakkan oleh nenda tercinta. Memang dah trend dalam family kitaorg, nenek akan cukurkan sendiri rambut cucu-cucu beliau. Ilyaas dulu pon sama. Walaupon Ilyaas dah cukur kat BM dulu coz panas sgt n dia jenis berpeluh kepala..
Proses cukur kepala Imani |
And last but not least, mestilah gambar umi dengan Imani sempena majlis akikah dan cukur jambul ni..
Ye, saya belum kurus lagi. Tp itu baju masa form 4 :P seb baik mak buatkan baju besar2, so anak dah 2 boleh muat lagi. |
serta gambar kami sekeluarga. Dah macam raya pulak:P
my family. Alhamdulillah. |
Her 2 months update
Harini Imani pergi cucuk utk 2bulan. Umi choose purple sebagai penguat semangat Imani yg nak kena cucuk. Check up ni sekali check abang Ilyaas jugak untuk 24months. Punya la aktif abang Ilyaas kat klinik tadi, nak timbang pon 5-6 kali percubaan baru berjaya ambil bacaan berat. Itupun tak berdiri statik.
Progess Imani alhamdulillah semuanya ok. Berada pada graf putih. Ukur Lilit kepala dah 39cm, berat dah 5kg, panjang dah 57cm. Dah pandai senyum bila orang agah dia. Leher makin kuat dan mampu tegak sendiri untuk beberapa saat. Pandai nangis dah kalau nak susu. Dulu ek ek ek je..sampai tak tersedar dia dah lapar.
Dah travel ke Tganu last week. Very well behaved. Kalau letak kat playgym, dia boleh la bertahan dlm 30minit main2 kat situ. Cara main ialah dgn tendang-tendang mainan yang tergantung tu.
Rajin pakai headband. Hehehe. Umi yang rajin pakaikan.
Dah buat Akikah. Dan sudah botak. Comel sgt.
Muka sebijik muka abg Ilyaas. Walaupun ramai cakap tak, tapi ni la muka Ilyaas masa umur 2 bulan dulu.
Masih minum susu ibu. Tak berapa pandai minum guna botol, tp umi malas nak praktiskan. Nanti dah duduk kat pengasuh, pepandai la tu.Nak tak nak, dia kena minum ikut botol sbb umi is not around.
Dah ada banyak baju, sebab tiap kali keluar je umi beli baju dia. heheh.
Suka mandi. Ketawa sengih2 kalau bagi mandi.
Suka berak jugak. Mmg trademark sbb dari dlm perut dah berak. :P
Aim for the month: nak settle down dgn rutin baru di rumah pengasuh. Serta lebih pandai menyusu guna botol. Serta segera tumbuh rambut.
Tuesday, March 26, 2013
Things we did In Terengganu (March 2013)
Misi bawa Imani balik kampung sebelah husband di Bukit Payong Terengganu telah berjaya dilaksanakan on 20th March sampai 25th March. Alhamdulillah. We survived the long journey with two kids.
Walaupun end result after dah balik rumah, Ilyaas had minor fever. Now recovering already.
It has been a while since our last visit to Terengganu. Last balik, Imani was still inside me. Sekarang dah 2 bulan dah. Some of the activities yang kitaorang sekeluarga sempat buat semasa berada kat Terengganu ialah...
-Riadah with anak-anak sedara di Taman Rekreasi Stadium KT -Riadah wajib setiap petang di halaman rumah parents in law sambil minum petang (keropok lekor dan teh tarik) |
-Majlis Akikah dan Cukur Jambul Imani Hafiyya -Kenduri Uncle Sop |
-Dinner at D'ganu Steamboat Cafe at Pulau Duyong - Menikmati keindahan Kuala Terengganu |
Selain tu, lawatan ke Giant Gong Badak juga telah dilakukan. Lebih tenang dan tidak serabut seperti Giant di Bandar KT. :P
Entry lebih detail akan menyusul. Sekarang masa bersama anak-anak. K bye2
Monday, March 25, 2013
Happy 2nd Birthday Ilyaas Hafiy
So, it has been 2 years since I gave birth to my baby boy, Ilyaas Hafiy. He has grown up so fast, very fast indeed. I planned to have just simple birthday celebration for him. Kebetulan, we went back to Terengganu (in fact baru je sampai from Terengganu petang tadi), so with the help from my eldest SIL, I order cake from Ziq Bakery. Plan to have Kek Boboiboy, tapi diorang tak buat pulak. So, tempah kek bola.
Malam 24 Mac, we did small celebration. Actually kek ni cover sekali birthday 2 cousins Ilyaas, Farzana and Fahim yang also March Baby. Masa nak tiup lilin tu, Ilyaas nangis sakan. Lawak jugak tengok, but as a mother, I feel bad sebab buat Ilyaas rasa takut while he supposed to be happy and celebrate his birthday. Ilyaas mcm sedikit fobia dgn api, I don't know why.
The cake and simple birthday celebration |
For the gift pulak, I had ordered handmade felt ABC from my senior in TKC, Kak Nurul. So, tadi on the way balik from Ganu, we stopped over kejap kat KL and collect Ilyaas' birthday present. Kak Nurul did this by herself. So kagum of her cause she's an engineer, with two small kids and carrying another one inside her but still managed to sew this one. Thanks Kak Nurul for accepting my order. My husband pulak belikan Ilyaas school bag Boboiboy . Happy la dia.
Ilyaas' second birthday gift. With Love from Umi and Ayah |
Well, my baby boy is no longer an infant. He is a toddler now. A big brother to Imani Hafiyya. But he is always my baby, forever. He is a handsome boy now. Smart and Grumpy some time. I know I will have to deal with the stage of terrible two soon. But both husband and myself will try to face this stage dgn penuh kesabaran dan kasih sayang.
To Ilyaas, do take care of yourself. Jangan nakal and buas sgt ye. Selalu tercederakan diri sendiri these few weeks. Sometime he is over excited sampai jatuh terhantuk sana sini. Btw at 24 months old, Ilyaas dah sgt kurang minum susu, waktu malam je. And dia dah boleh sebut umi ...no longer Maa..
And gigi geraham ke-3 tgh tumbuh.....so fever pls do not come near my son...
Tuesday, March 19, 2013
Imani in Ringsling
Ahad lepas, kitaorg gi dinner kat Subang Parade. Antara shopping complex yang I rasa convenient nak bawa baby and toddler. Entah kenapa I suka maybe sebab ada banyak kedai jual barang baby, ada MPH, ada surau yg bersih, baby changing room yang nice juga. Plus banyak restoran untuk di pilih kalau nak makan kat situ.
So, I did try wearing Imani menggunakan ringsling baru. entah la betul ke tidak cara pakai ni. Cam dalam gambar kat atas ni...Betuk ke tak eh expert2?
I rasa cam kekok sebab takut Imani jatuh tergolek. Dah ketat tp rasa mcm tak menampung bontot Imani ?
Tp bila hands free cam ok je. Probably I dont have much confident kot compare to wearing baby using soft structure carrier. Sebab dah terbiasa sangat dgn ssc...Lagipun Imani cam ngamuk2 kejap pastu tidur lena je dalam both carrier, ssc and ringsling.
Ada sapa2 berminat ke tak kalau I nak letgo ringsling ni? walaupun ada rasa sayang nak letgo, tp mcm lebih prefer untuk pakai ssc kot..
So sapa2 yang berminat let me know ya, boleh comment je..or email me k...I baru pakai 2 kali je.Kejap2 je and dah hand wash sekali untuk lembutkan fabric..
Friday, March 15, 2013
Eh! Ringsling pulak ye:P
Dulu ber-SSC. sekarang nak cuba Ringsling pula ye.
Sapa yang dok baca blog picisan ni mesti tau masa Ilyaas 3/4 bulan camtu, I did purchase soft structured baby carrier from NeezaNeedles. Sat nak cari entry pasal SSC ni.
haaaa, ni entry review pasal SSC ni. Tapi yang saya beli design 2011, skrg 2013, design dah improved dah.setakat dok usya kat page NeezaNeedles tu la. Harga pun dah naik jugak la:P
Ok, back to the title. Aritu, ada family member pi Bandung, so ada la kirim kain cotton kat dia.
Ni la ringsling saya |
Bila tengok kain yang corak cam kat atas ni, tibe2 je rasa nak buat ringsling. lepas baca-baca pasal jenis2 carrier yang wujud dalam dunia ni. So, kebetulan ada appointment dgn Liza owner SnuggBaby, saya pun mintak opinion dia. She said the fabric mmg suitable for ringsling and total meters that I had is more than enough for a ringsling. Of course la I got lots of discount. Hahhahah, janganlah tanya kenapa, sebab saya pengedar tetap Snuggbaby Diaper Clutch, kalau Liza xnak bagi discount, ku tak mahu order la dgn dia:P
First time cuba, Liza la tolong ajarkan. Pastu terus pakai pergi shopping groceries. Masa pakai tu, rasa selesa je la. Baby pon tido nyenyak je. Tp still bila compare dgn SSC, rasa pakai SSC lagi best kot. Maybe sebab dha terbiasa.
So, I tried pula pakai balik SSC ni last weekend masa gi Subang Parade. imani nampak selesa jugak. tido je memanjang dalam tu. Terus la terpikir2 nak jual je la balik ringsling ni.. Tapi, cehhhh ada tapi tapi lagi... Jauh di sudut hati rasa cam ruginyeeee ringsling ni lawaaaa...pink gitu..sayang nak jualll....plus dia tak menggangu bahagian luka czer dulu, so bila pakai takde rasa pressure kat luka, berbanding kalau pakai ssc, ada jugak rasa2 pressure kat luka tu...
maka, dgn itu, saya pun gigih la tengok youtube cara yang betul nak pakai ringsling with newborn. camne nak selesa etc. I found this one video. Cam best dan mudah. ni ha link video tu http://www.youtube.com/watch?v=5Wsh8v4AHT0
Jadi, tak nak la jual ringsling ni. Saya basuh dulu. Sebab kain ni tak pernah basuh lg...nnt nak try lagi ringsling ni. pastu nak amik gambar.hahahah, camwhoring la:P
k dah la, td takde idea nak tulis apa, skrg dah panjang pulak...
Wednesday, March 13, 2013
Sajak buat pejuang negara di Lahad Datu
Source: Kelab Penyokong PDRM Official Page
Sayu sgt tadi bila tengok Bulletin Utama 1.30. Majlis pengkebumian 2 tentera Malaysia yang terkorban dalam Op Daulat di Lahad Datu.
Doa buat semua mereka yang berjuang mempertahankan negara...
Sayu sgt tadi bila tengok Bulletin Utama 1.30. Majlis pengkebumian 2 tentera Malaysia yang terkorban dalam Op Daulat di Lahad Datu.
Doa buat semua mereka yang berjuang mempertahankan negara...
Pre-Loved Baju to letgo & sedikit Promo
Semalam I penat gila. Ingatkan jadi housewife ni boleh relax2. Nak tulis blog pun curi2 or auto publish je. Nak membaca dengan tenang selama 1 jam mmg nan ado la. Dapat baca 15minit tanpa gangguan adalah yang terbaik sy dapat lakukan setakat ni. Itupun bila bangun mengepam pukul 4-5 pagi. Hahah. Of course la tkde gangguan time tu coz semua tidur nyenyak lagi.
Semalam penat sebab mengemas dan sort out almari untuk simpan baju anak-anak. Dah kemas2 tu ada la beberapa helai baju Ilyaas and Imani yang dah tak muat. So, I want to let them go. Reason nak let go ni sebab baju2 ni semua masih elok. Masih cantik, masih molek. Sayang nak simpan terperap je. Nak bagi kat charity tak tau mana tempatnya. Plus rasanya belum plan nak ada anak lagi dalam masa setahun dua ni, eh? hehehe..
So baju2 yang I nak let go adalah seperti gambar-gambar di bawah ni ye...
Mothercare 12-18m Long Sleeve Shirt Wear twice only Price : RM12 |
Baby Poney 12-18m Wear few times very comfy fabric Price: RM5 |
Mothercare Riverfalls Long Sleeve Shirt Size 12-18m Wear once only. Comes along with detachable hood Price: RM18 |
Timberland Shirt Wear twice only Bought in USA Price: RM18 |
Carter's Newborn Baby Girl Romper. Wear once only Price : RM8 |
Kalau ada yang nak boleh nak email i kat myhafiy_blogshop@yahoo.com
Price stated tu without postage. RM6 for Peninsular Malaysia, RM8 for Sabah Swk.
Eh lupa, lagi satu kat blogshop Myhafiy sekarang dah ada few more items selain Snuggbaby diaper clutch.
Antara item yang ada
V-cool Bottle Warmer |
Muchkin Portable Caddy |
Handbag Organizer |
Cloth Book and Educational Toys |
Heheh, kalau tetibe korang nak beli item2 yang kat atas ni, boleh la beli kat I ye. Just mention u r my reader kat blog ni, InsyaAllah I cuba bagi diskaun setakat mampu. heheheh.
Ok itu je.
Ni link blogshop MyHafiy
eh eh eh...ada lagi, lupa nak share...
sampai 1 april nnt, kitaorg bagi
free postage tau utk sesape yang order 3 atau lebih diaper clutch...
k bai bai
Monday, March 11, 2013
Cerita Weekend
Gi visit Zarifa kat Shah Alam. Alhamdulillah, dapat jugak bertemu my niece yang sgt2 strong. She's a true fighter. Membuatkan I sentiasa ingat I harus wajibulghunnah menghargai anak-anak I. A self reminder.
Zarifa dah dapat balik rumah. Alhamdulillah. Dah tak perlukan bantuan oksigen lagi. Dia dah boleh sleep together dgn mama dan ayah dia. Dapat jumpa kakak2 dia hari2 setiap masa, InsyaAllah.
Apapun, Zarifa mmg seorang baby yang sgt2 kuat. Umie Athi doakan Allah sentiasa beri yang terbaik buat Zarifa ye.
Lepas dah visiting my niece, pi jalan2 kat subang parade. Apa lagi, mak cik yang baru lepas pantang ni bila dapat chance cam gini tak kan nak lepas peluang walaupon pulus nan ado.hahahha
Punya la semangat plan dalam otak nak beli itu ini untuk anak-anak. Untuk diri sendiri tak de rasa nak membeli sgt, sebab I is still gemuk. Baik pakai baju apa yg ada.
lama x camwhore...hahaha. mencik. gemuk! |
Sebab kitaorg ada satu je stroller, so Imani has been chosen untuk di carry oleh umi while ayah menolak Ilyaas sambil menjaga keselamatan anak-anak sedara yang lain. Mula cam tak berapa yakin nak carry Imani pakai SSC Merak Buckle Tie ni . Aritu ada try ringsling snuggbaby.tp lagi tak kompiden, sebab belum prektis betul2 lagi. so try la ssc ni. sebab dah biasa masa Ilyaas dulu. Luckily Imani cam syok je dok dalam tu. Tidur je sepanjang dalam carrier. nangis bila nak susu. pastu sambung tido.
sebiji mcm mak sedara dia. tidurrrrrr sajaaaa..
seb baik ada anak sedara sulung ni. fahim la dok tolong melayan Ilyaas. isk, janji ngn fahim nak beli buku kat dia tak sempat pon. dek melayan kerenah Ilyaas yang ngamuk dalam MPH. buku umi ayah nak beli pon xsempat. tinggal terus satu bakul dalam MPH tu. selamat lagi la voucher buku rm250 tak guna lagi. nnt la, nak hantar ilyaas gi babysitter dulu baru dpt beli buku2 semua tu.
nak beli dress kat imani pon tergendala. seluar kat ilyaas pon xdpt. haisssshhh
seb baik lotion imani dpt beli. klu tak ku pulang dgn tangan kosong sajerrrr..
tp semua tu dah di cover sbb mlm tu pi shopping kat aeon setiawangsa..
dpat la beli apa2 yg patut buat anak2..
rombongan sekolah nak gi subang parade |
Ahad tu pas brekpes kitaorg terus balik perak. singgah shopping barang rumah semua, pastu balik rumah penat gila dah. gagahkan diri gak lagi kemas2 ..malam tidur mati semua orang. hahah..
tp imani mana ada camtu, tibe2 dia bangun minum susu 2 kali pulak smlm. penat sgt sampai lapar dahaga selalu kot sepanjang malam...
Friday, March 8, 2013
Love of my life
Ilyaas Hafiy
Pemberani yang mulia
Umi loves u so much.
You are my first love
*eh tipu, ayah is my first love*
Soon, very soon you are turning 2
Cepat nya masa berlalu
Sgt banyak ragam dan kerenah.Sentiasa mencabar kesabaran umi dan ayah.
Sentiasa buat umi cair bila tengok mata Ilyaas yg bersinar-sinar, tambah bila ada air mata bergenang sebab kena marah dgn umi or ayah.
Maafkan umi ye, kalau umi ada tertinggi suara masa membesarkan Ilyaas.
umi dan ayah akan cuba besarkan Ilyaas supaya jadi anak soleh.
Imani Hafiyya
Kepercayaanku yang mulia
Puteri kesayangan umi
-Mini me-
Umi syg Imani sgt2. Sakitnya melahirkan Imani masih tak lupa.
Terima kasih sgt2 sbb selama Imani lahir ni, Imani langsung tak susahkan umi dan ayah.
Anak yg sgt memahami dan baik. Penyabar juga.
Sgt comel. Sebijik mcm umi masa baby.
Imani pelengkap hidup umi dan ayah.
Penambah kebahagian rumah tangga umi dan ayah yang bakal masuk tahun ke-3 tak lama lagi.
Imani penguat hati umi, sejak umi kandungkan Imani, Imani sgt kuat.
Macam-macam dugaan kita hadapi sama-sama . Imani temankan umi defense proposal umi.
Umi dan ayah janji nak besarkan Imani supaya jadi anak solehah.
Wednesday, March 6, 2013
Huggies Dry Pants: Tukar untuk lebih senang dipakai
Korang semua, pernah tak korang alami situasi kejar mengejar macam main polis sentri , tak pun macam main sorok-sorok dengan anak korang bila nak salin diaper dia? Sapa yang anak belum boleh merangkak mahupun berjalan, sure belum pernah kan? Tapi mummies yang seangkatan dgn I mesti dah rasa camne penat and struggle nye nak salin diaper.
Tengok la apa yang my husband and I have to go through setiap kali nak salin diaper Ilyaas.
*Ini bukan lakonan tau, ini realiti yang berlaku setiap hari*
1. Ilyaas berlari dari toilet ke living room straight away after bath.
Of course la dalam keadaan tanpa seurat benang di badan.
2. Bila saya kejar sambil memujuk merayu kat dia untuk pakaikan pampers dan baju,
apa yang jadi ialah dia mengamuk dan menangis. Serta meminta bantuan dari adik Imani?
Apa dia ingat Imani boleh tolong ke?
Percaya atau tak, ada one night when I already put on his diaper, dah siap-siap nak tidur, he take out the diaper, and terus pee in front of me. Memang sangat-sangat menaikkan darah I masa tu. Ye la, dah penat for the whole day, tiba-tiba when it times to go to bed, Ilyaas pee dekat living room pulak. Habis kena karpet semua. Dah jadi satu hal nak kena cuci bersih-bersih bagi hilang warna, rasa dan bau.
Sabar sabar sabar..
What else can we do kan???
Oh bukan itu sahaja, pernah tak korang hadapi situasi macam ni pulak....
3. Merayu, memujuk si anak untuk tukar diaper
Hinggakan terjadi adegan tarik menarik dan si anak pulak merayu-rayu supaya dibiarkan dia bermain tanpa perlu salin diaper
Pernah kan alami keadaan camni???
Tapi, sekarang saya dah jumpa penyelesaian kepada masalah saya. Solution to my problem. A saviour! So nak share dengan korang semua apakah benda yang menjadi penyelesaian masalah saya ni, mungkin dapat bantu korang yang sama-sama hadapi situasi macam saya ni.Korang mesti nak tau kan supaya kita semua sama-sama boleh tukar diaper baby dengan sesuatu yang lebih senang dipakai. For a better convenience.
Jawapannya ialah....
HUGGIES DRY PANTS yang AWESOME
Seriously, in less than 30seconds je, saya dah berjaya salin diaper Ilyaas. Tanpa sebarang kereneh.
Huggies Dry Pants ni menggunakan konsep "Koyak, Salin & Lepas". Easy peasy steps.
No more dramas before changing time.
Seeeeeeeee....it is as easy as that.
Koyak, Salin & Lepas.
Sangat convenience kan ? Why not kita semua bertukar kepada diaper yang lebih senang dipakai?
Tak rugi, malah memudahkan dan mempercepatkan tugasan kita.
Baby pun tak meragam dan dapat kembali melakukan aktiviti yang sedang dilakukan.
Huggies Dry Pants ni available in 3 sizes tau from M-XL. Jadi bagi baby yang dah start crawling lagi dah boleh mula pakai dry pants ni.
Dry Pants ni bukan diaper sebarangan.
It comes together with lots of goodness untuk anak-anak kita. Saya summarizekan dalam diagram kat bawah ni kebaikan-kebaikan yang kita sebagai ibu bapa boleh dapat melalui penggunaan Huggies Dry Pants.
By the way, I dah try guna Huggies Dry Pants ni untuk night use tau. from 10.30pm to 8.30am, it works wonders for me. Seriously, no leakage, still terasa kering walaupun dah pakai dalam tempoh yang lama macam tu and Ilyaas sleeps very very well bila pakai Huggies Dry Pants ni. Another wonder is after berjam-jam pakai Huggies Dry Pants ni, tak ada sebarang kesan ruam merah langsung pada buttocks or kemaluan Ilyaas. Terbukti dapat mencegah ruam lampin. Well, sebenarnya Huggies Dry Pants ni merupakan diaper pertama di Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat mencegah ruam lampin. Awesome kan produk ni?
Eh eh, mesti korang nak try dulu kan sebelum betul-betul decide untuk bertukar kepada sesuatu yang lebih senang dipakai ni? Kita boleh request untuk free sample tau? Satu pek ada 4 pcs tak silap I. Cukup la untuk jadi tester. Nak mintak sample ni senang je. Silalah kunjungi link website kat bawah ni:-
http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx
Btw, haritu Huggies ada buat Roadshow Change for better convenience ni. Ingat kan post saya pasal roadshow ni? Kalau nak baca, boleh baca kat post ni. Tapi sorry la, skrg dah habis pun roadshow tu.
Tapi jangan sedih2, lepas ni banyak lagi aktiviti yang pihak Huggies sediakan untuk kita mummies gojes ni.
So make sure keep yourself update with Huggies event. Senang je nak keep yourself updated, sila like page Facebook Huggies Malaysia.
http://www.facebook.com/HuggiesMalaysia?fref=ts |
I promise you all semua mesti terpikat dengan Huggies Dry Pants ni.
Mari kita semua bertukar untuk lebih senang dipakai dengan
3 langkah mudah Koyak, Salin dan Lepas.
Semua ni boleh dilakukan dalam tempoh kurang dari 30saat sahaja!.
Subscribe to:
Posts (Atom)