Monday, April 22, 2013

Resepi Beggar Chicken @ Ayam Pengemis

Haaaaa, tu dia, lama gila dah tak update pasal resepi kat blog ni. Sebab dah lama asyik dok masak benda yang sama jer. Sampai boring. Dan lama jugak dah xberapa nak masak sgt. Minggu lepas mmg makan luar je. Tak makan luar, tapau bawak balik. Malas satu hal, pastu asyik rasa on off je tak sedap badan, dan tak menang tangan nak masak sambil nak melayan kerenah dua orang bdak tu. See, my time management is still bad! Semalam try la masak ayam pengemis ni ataupun dinamakan sebagai beggar chicken. 

ayoyoyo, dah lama ok teringin nak makan especially bila dok tgk ipar duai ku dok rajin tempek gambar beggar chicken dorang. Mana aci, adik ipar tak mau kalah.nak jugak merasa masak ayam sekor tergolek camni. Memula tu cam pergh, power nye kakak ipar aku masak ayam sekor camtu... Rupanya, ini mudah saja... Tak caya eh mudah? 

 Dah beli ayam sekor kat jusco, basuh bersih. Lumur ngn bawang putih, halia, garam ngn black pepper. Perap kejap.
Uli tepung gandum dengan air sampai jadi doh besar. Dekat 700g tepung dah guna nak balut ayam sekor ni. Pasni tak mau dah pakai tepung2, nak guna foil jer. sonang keje den.

1. Letak ayam tu atas adunan tepung tu
2. balut ayam tu .
3. tarik2 tepung mcm roti canai
4 siap balut
5. tiada dalam gambar
pi la bakar dalam oven, suhu 220cel selama sejam. 

Sila la tahan bau wangi ayam dlm oven sementara tunggu ayam tu masak


Dah masak camni la rupanya
Yang belah kiri tu dlm roti lagi. kitaorg panggil roti ayam. rapuh dan masih. hahaha. Ilyaas tolong pecahkan tepung keras tu.and dpt la hasil ayam sekor tergolek mcm kat gambar belah kanan tu.
Rupa mmg tak berapa lawa, tapi rasa mmg sedap.

makan pulak dgn nasi planta.

air dr ayam tu buat sup. lebihan dia buat chicken stock.

Makan separuh je ayam ni.

Bahagian isi simpan buat sandwich ayam breakfast tadi.

satgi dinner panaskan balik sebelah lagi ayam, makan dengan kari telur pulak.



12 comments:

  1. first time sy dgr nama resepi ni dan first time jgk sy tgk org masak ayam dlm adunan tepung..very creative!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u thank u
      sebenarnya resepi asal from chinese resepi ni.
      dorg masak guna daun lotus lagi.

      Delete
  2. wahhh..sedap giler..dahla tgh lapar ni sis..huhu..malang hubs akak tak makan ayam..hmm..kalayu buat utk anak2 jela..satu ekor tu tak larat nak habis...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaahhhhhh kenapa husband akak xmakan ayam? rugi nye..hehehe..allergic ke kak?
      takpe kak, sy makan ngn husband pon xabis sekor ni. ilyaas makan seketul part paha je.
      pastu saya simpan bahagian isi, next morning tu carik2 kan buat sandwich ayam. sedapppp...
      n then ada lebih lagi saya frozen kan, pastu balik kerja bakar jap blk dlm oven, pastu saya masak nasi goreng black pepper makan lg dgn ayam ni..
      jimat 2-3kali menu

      Delete
  3. wah..mcm sedap ni...tp kan, i rasa kalau u balut dgn foil, jadi mcm ayam bakar biasa je la...balut dgn adunan tepung gandum ni mmg kelainan sikit la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan.tak trpikir plak ..jd cm roasted la cmtu..betol2..
      seb baik akak ingtkan..tq

      Delete
  4. menarikkkk! blh la try nnti kalau ada masa ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2..pastu edit2 la bahan2 tu ikut selera :)

      Delete
  5. wah..ini boleh tunjuk kat hubby i ni..dia mesti nak masak resepi ni... thanks for sharing!

    ReplyDelete
  6. salam kenal dari fifi..

    memang lapar terus tengok ayam ni.. nak tanye.. tepung/roti tu boleh makan ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm dear.
      roti tu tak semua bahagian leh makan. sebab belah dalam tu x berapa masak.
      maybe if guna balutan tepung yg xberapa tebal, lebih cpt masak dn boleh mkn

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...