Assalamualaikum,
Hari ni nak citer pasal breastfeeding experience I dgn anak kedua I, Imani Hafiyya.
Sepanjang 15 bulan menyusukan Imani Hafiyya, alhamdulillah, boleh dikatakan tak banyak cabaran yg I terpaksa lalui. rezeki susu sentiasa ada,stok ebm cukup. Malah ada rezeki lebih untuk bagi pada anak susuan I, Zarifa.
Lepas 11 bulan menyusu, nampak susu drop sikit. selalu dpt 16oz sehari, dpt 12oz je. Kebelakangan ni, dpat 10oz sahaja.
Aritu ada la I amik supplement dari Shaklee, tp bukan set lengkap pon. Alfafa je. Mantain jugak susu.
tp pastu I stop Alfafa, amik fenugreek. susu tak la drop terus, masih ada.
Sampai semalam, I kira-kira stok, ada 300oz. lebih kurang 9000ml. Stok ni cukup untuk at least 15-20 hari.
Sebenarnya, I ni tak pernah pon kira berapa oz yg ada, berapa plastik yg ada...I just go with the flow.
Semalam I kira sebab SEMUA STOK TU DAH CAIR.
Bayangkanlah, all 300oz ebm I cair.
EBM yang cair =( Nangis |
Terus I menangis sambil angkat semua susu2 tu...Sambil tu husband datang tgk...
Rupanya plug freezer tu mcm terangkat sikit, perhaps kena panah. walaupun dah pakai anti-petir plug...plug tu recover balik, tp sbb dia terangkat sket, current letrik tak sampai la ke freezer I. Maka freezer tu mencair...bersama semua benda dalm tu cair dan rosak...
Seriously, I nangis menitik2 air mata, kejap2 nangis sambil buat kerja lain...
Sedih sgt...susu yg I kumpul selama ni utk stok Imani, at least boleh bertahan sebulan lagi dah xleh guna.
I simpan la sikit utk kegunaan semalam, arini dan mungkin kalau elok lagi esok.
The rest kena buang.
Susu frozen yg dah cair mana boleh frozen kan balik.
Dah susu sebanyak tu cair, mana la mampu Imani nak minum dalam masa 24-48jam. =(
Masa kejadian ni, I tersedu sedu nangis. Tak tahu nak cakap macam mana.
my deep freezer yg dah berkhidmat selama 15bulan.. thank u la, walaupun akhirnya ada musibah di akhir perkhidmatannya.. nasib baik deep freezer tu masih boleh berfungsi lagi. |
Niat di hati mmg plan nk campur susu ibu dgn susu formula, selepas Imani umur 18 bulan, ada 3bulan lagi.
Tapi apakan daya, mungkin kena mula campur susu masa umur 15bulan ni...mungkin..
Sekarang ni berazam untuk power pumping. Ptg smlm kat rumah pun, I pump, n direct feed jugak.
Supaya production susu dpt meningkat balik dan kalau ada rezeki Imani, boleh la dia masih 80% on breastmilk, 20% on formula milk. tp sampai skrg masih belum decide susu cap apa yg nak dijadikan percubaan pertama utk Imani minum fm..
Masa nak buang susu tu...husband yg buangkan. I x rela...sambil tu jeling2 tgk susu susu yg dah diusahakan pump setiap hari mengalir masuk dlm sink. husband suggest buat sabun. I tanya, dah abang nak ke pakai sabun susu ni...dia sendiri tak sanggup. maka buang la. nak bagi Imani mandi pon mcm sesetengah orang buat I tak sanggup. nak siram kat pokok or tanaman, rumah kitaorg yg ada rumput rampai yg meliar je...ke sinki je la jawabnya...sobs sobs..
susu lemak manis yg harus dibuang. ilyaas kata susu busuk. selamba je dia kata susu adik busuk. tak sedar dia dulu fanatik bukan main dgn susu busuk ni. nak wean off dia dr breastmilk dulu, ya rabbi bukan senang. drama air mata i laki bini dgn si ilyaas tu. ni ha citer nak wean off dia... citer 1 citer 2 |
Masa nak buang susu tu...husband yg buangkan. I x rela...sambil tu jeling2 tgk susu susu yg dah diusahakan pump setiap hari mengalir masuk dlm sink. husband suggest buat sabun. I tanya, dah abang nak ke pakai sabun susu ni...dia sendiri tak sanggup. maka buang la. nak bagi Imani mandi pon mcm sesetengah orang buat I tak sanggup. nak siram kat pokok or tanaman, rumah kitaorg yg ada rumput rampai yg meliar je...ke sinki je la jawabnya...sobs sobs..
bye bye |
I know perjalanan breastfeeding bukan mudah. lain ibu lain masalah dan cabarannya.
I had a very smooth journey selama almost 15months, sekarang baru terima cabaran besar ni.
kena usaha kumpul balik.
niat nak fully bfeed mungkin tak kesampaian. tp kalau dpt topup sikit2 pun syukur.
kesimpulannya, I totally redha atas kejadian ni.
biarlah susu2 tu di buang. pasti ada hikmah yg Allah tetapkan.
cumanya, kami husband n wife mmg kena struggle sesuaikan Imani dgn fm... many upcoming dramas awaiting us....
nak kena mula mintak sample susu ni......
and I dah mula makan habbatus sauda dalam setiap meal. I mmg ada habbatus sauda kat rumah.
sebelum ni tak guna. dinner last night dh mula taburkan atas nasik. dpt rasa susu bnyk sket masa tgh malam.
pagi tadi pun tabur habbatus sauda ni dlm nasi lemak. alhamdulillah, masa pump tadi dapat extra 1.5oz..
Wallahualam. apa kesannya... cuma I yakin dgn kata-kata ni..
"Tetaplah kamu dengan habbatus Sauda ini kerana di dalamnya terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati"
i guna biji habbatus sauda mcm ni tabur je atas nasi/makanan kita rasa dia kelat2 sikit n pedas2 sikit.. ala2 black pepper gitu ada jugak dlm bentuk pills. |
kalau kena campur fm, I have no obligations.
I am not anti-fm mum. In fact, kalau betul2 tak mampu untuk bf due to any reasons, I encourage other mums to give fm. tak kan nak biar anak x minum susu.or susahkan diri cari susu kambing fresh sahaja. kalau ada byk duit, berkemampuan, bg la susu fm yg mahal, lebih berkhasiat etc..
wish me luck tau..doakan I dpt slowly gain my production n kumpul balik susu buat Imani.
and also to start mixing with formula milk...
lin bangga dengan ibu yang boleh produce susu bnyk.
ReplyDeletewpun lin sendiri pun susu kais pagi ptg je..
allah da tetapkan rezeki anak masing2. yang penting niat krn ALLAH... =)
Sedihnya sis.dugaan tu utk sis..
ReplyDeleteTakpe sis..inshaAllah akk tau sis kuat..
Adala rezki utk imani minum susu ibu k..
InshaAllah..
part ni ciknaa pun dah rasa.. Allah saja yg tau. beza nya susu ciknaa dah expired sbb rania reject frozen ebm.. bl smua dah expired, baru dia boleh terima.. takpe la mommy, takmo pandang blkg lg..usaha utk stok akan datang pulak yer..
ReplyDeletesedihnye... klu i pun sure nanges.
ReplyDeleteelektrik kuat x klu gune deep freezer nie..?
ReplyDelete