Friday, April 4, 2014

Sakit-penghapus dosa dan penguji kesabaran

Assalamualaikum, 
Salam Hari Jumaat semua... 

Minggu ni, minggu yg mendebarkan, dan juga menyedihkan. 
Hari isnin, adik I yg kerja kat Kunak, Sabah, warded dekat Hosp. Daerah Kunak. 
Dia dah beberapa hari demam, tapi tak baik-baik. 
Kemuncaknya bila dia makan dia rasa meloya. 
Pastu dia muntah keluar darah. 
Warna brownish pulak darah tu. 
Bukan merah fresh. 
Dah makan muntah demam tak kebah, dah berkali ke klinik dalam estet dia kerja tu, HA kat estet tu hantar dia ke emergency department tgh2 malam hari sabtu..
dapat mc. 
pastu dia muntah darah lagi, gi hospital balik n terus admitted. 
doc masukkan tiub dari hidung ke perut dia. 
and kena berpuasa since masukkan tiub tu. 
Darah dari perut dia terus keluar dan terkumpul dlm tiub tu ke plastik bag yg nurse dah attach kan. 
ada beberapa keping gambar dia dgn tiub tu dia whatsapp aritu..sian nye tgk...
dah la sorang sorang kat sana. 
nasib baik la housemate dia n staff2 n boss dia selalu datang melawat n bawa semua keperluan dia. 


ni mesin ubat yg masuk melalui drip kat tgn. dia kan kena puasa. tak leh minum air, x leh makan. sebab doc nak monitor perut dia dulu. 
semalam baru dpt makan bubur. tu arini start normal diet. 
nak tgk capability perut dia dpt terima ke tak makanan biasa. 
Syukur nasib baik I ada schoolmate yg pernah HO dkt Hosp. Tawau. So I mintak tlg kawan I ni tanyakan doctor dkt hosp. Kunak condition sebenar adik I. 
kawan I bagitau, mmg confirm adik I ada bleeding dalam perut. puncanya masih belum tau. 
sekarang on medication untuk stop kan bleeding tu. 
lepas dah xde bleeding, nnt akan kena followup setiap bulan kat hospital dgn jumpa pakar. 
punca sebenar bleeding tu kena juga dikenal pasti. 
and proper treatment diperlukan. perkara ni boleh berulang lagi kalau tak buat followup and give correct treatment. 
wallahulam, mmg adik I takde masalah bertumbuk or bergaduh ke apa. 
tp dia kan pernah accident jatuh motor dulu. tu pon I dah risau gila terus EL gi jaga dia kat spital seremban masa tu..perhaps kesan accident tu ke..tak tahu la..
Dr google plak kata dia ada simptom2 peptic ulcer aka ulcer perut. boleh baik sendiri, kalau antibodi kuat. 
boleh membahayakan nyawa jugak kalau tak dirawat betul2.. Astaghfirullah...

Dugaan....

Inikan adik yg jauh sakit kita dah risau, mak ayah lagila risau. 
I cannot imagine mcm mana ahli keluarga penumpang dah crew MH370 yg kehilangan, tak tahu di mana orang2 yg mereka sayangi... Allahuakbar...berat mata melihat, berat bahu memikul...

Hari Selasa malam pulak, Ilyaas ada demam sikit. bagi pcm, dia kebah n kembali ok. 

hari rabu, hantar dia gi babysitter mcm biasa, tak demam pun, so I pon tak bg la ubat. 
petang tu, badan dia panas gila. check suhu dah 39.5! MashaAllah. 
berdebar debar rasa jantung, takut dia kena febrile fit lagi... 
masa tu dah nak masuk maghrib, so husband suapkan Ilyaas and Imani makan dulu. 
Kebetulan Ilyaas mmg tak de selera mkn kat rumah babysitter, n I ada belikan bubur kat dia ngn Imani kt pasar malam hari tu..berselera dia makan...
badan panas, tp dia aktif je. Lepas makan, bg makan pcm. 

Lepas solat, kitaorg terus gi klinik. ramainya orang. dapat giliran no 9. masa ni Ilyaas mmg merah gila muka. tak larat je. berdukung je. sian sgt. 
doc check suhu still 38. terus masukkan ubat kot rectum dia. 
lepas tu dia aktif la kejap. balik rumah mintak nak makan lagi. semangkuk bubur dia habiskan. dgn kek choc cheese..
malam tu dia tidur ok la suhu stabil walaupon still panas. Patut pukul 3 bagi dia makan ubat lagi. tp pukul 1 pagi I terjaga sbb tersentuh dahi dia, ya Allah, panas gila!
xcheck dah suhu berapa masa tu. terus masukkan ubat rectum again.. 
demah badan kepala dia. 
tidur pon pakai pampers je...lap badan ngn kepala dia ngn air asam jawa. 
tersengguk2 I dgn husband. 
husband la bnyk stay up jaga Ilyaas. sebab Imani asyik melekat je dgn I. 


Hari Khamis pagi (semalam),  suhu dia panas lagi... pukul 7 pg, bg pcm..basahkan badan dia dgn air paip. and dia nampak segar sket....

I x pergi uni semalm. jaga Ilyaas kat rumah. Imani hantar gi babysitter. sepanjang hari suhu dia maintain above 38 degrees. Demah ke mandikan ke semua ttp sama. selera makan pon xde..
minum air je la. 
vitagen pon minum sket2 je. 
lemah sgt tgk. 
tgh hari pukul 12, I cuba pujuk dia nak suapkan nasi ngn sup ikan I masak, tibe2 dia mcm menggigil sbb sejuk...gelabah nye masa tu. kebetulan dia baru gi toilet buang air...maybe sejuk sbb kena air paip kot. cpt2 dia sendiri ckp nak ubat..terus dia baring n get ready supaya I masukkan ubat kot rectum dia...siaaaannnn sgt..
lepas tu dia rehat jap. baru la ada selera makan. tu pon makan tak sampai 10 suap..
I dah rasa nak bawa gi pantai hospital dah. tp I call dulu paed dia tanya pendapat. nurse yg kerja ngn paed tu bg tips n cara2 nak kurangkan suhu. kena alternate ubat etc..I cuba la dulu

kol 2 ptg cmtu bg dia mandi...sbb suhu nampk kurang sket..pujuk2 baru dia tidur...
masa ni suhu dh turun 37.5 cmtu..lega rasa. 
kol 5 ptg, nak keluar amik Imani ngn husband, suhu dia naik balik. bg pcm skali lagi. selang 5 jam kata nurse paed tu..
suhu ilyaas mmg tak kebah2 la..
husband balik mmg I serahkan kat husband la urusan layan Ilyaas. I layan Imani plak. tp I sendiri dah jadi x larat. sian Imani, main sorang2 je...
malam nak kol 10, suhu dia dok tinggi lagi 38 ke atas. tp i bg pcm n ubat2 lain yg doc bg..
kol 11, still panas..semua cara nak kurangkan suhu dah try dah...tak kebah2..
i masukkan ubat kot rectum dia. sbb nurse paed tu pesan, klu lepas sejam pcm intake, still tak turun suhu, bg ubat rectum..alhamdulillah, suhu dia terus turun ke 37 plus...still continue demah n sapu air asam jawa...
kol 4.30, i just bagi dia pcm..suhu dah rendah masa ni..
lega sket...

pagi tadi, just dedar2 je rasa badan dia..
so i pon datang la uni...
tp Ilyaas nangis la dulu kat rumah babysitter sbb dia tak nak gi, nak duduk rumah ngn umi...
sorri sayang, umi kena siapkan correction thesis ni..
banyak ni kena buat...the whole week umi tak dpt fokus apa2..
risaukan pak ngah kena masuk hospital, tak tahu sakit apa. 
risaukan ilyaas

walaupun bukan I yg sakit, tp orang yg rapat, yg I sayang sakit, buat I resah gelisah. 
Memang sakit tu menguji kesabaran kita. penghapus dosa2 kecil.bagi orang dewasa la. 
bg budak kecil mcm Ilyaas sakit, itu dugaan nak uji kesabaran ibu bapa dia mcm mana nak jaga amanah Allah ni.

Hopefully, Ilyaas pulih sepenuhnya dari demam..and x pulak berjangkit dekat Imani..
berbelah bahagi sgt hati I ni.
mungkin hujung bulan ni kena tinggalkan dorang dalam seminggu. untuk present paper I. 
ya Allah, xnak pegi...
I am hoping someone can help to represent me there.....

2 comments:

  1. semoga dipermudahkan urusan sis...

    ReplyDelete
  2. Be strong dear....jgn lemah semangat....u pun kne jg kesihatan sbb nak jaga anak kan....semoga dipermudahkan semua....DOA bnyk2.

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...