Tuesday, April 22, 2014

Cerita Bergambar di hari Selasa


Assalamualaikum semua, 

First of all, nak ucap tahniah kat geng2 mommy gojes yang dah selamat melahirkan anak kedua mereka.
Excited tau dgr berita gembira dari korang semua. Alhamdulillah, baik czer ataupun normal, semua selamat. 
Yang tgh menunggu hari tu, all d best korang. enjoy last few bits of your pregnancy,, nnt kan rindu rinduan pulak..

I nak citer based on gambar je arini. gambar2 yg ada dlm hp..sebab takde idea nak ngomel apa arini...


Gambar 1: Talk by Tun Dr Mahathir Mohamad
Last week, hari Rabu, Tun datang UTP bagi talk bertajuk leadership.
Alhamdulillah, dapat attend. Last year masa talk tu I tgh dalam pantang Imani. So tak dpt la nak attend. 
Talk ni mula kol 10.30, tapi audience semua dtang bermula jam 9.30 pagi. 
ni dikira sebagai public lecture, so semua penduduk sekitar UTP dah berdekatan digalakkan untuk hadir. 
masuk free je pon. buat dkt chancellor complex utp. 
memandangkan Tun sendiri ialah chancellor UTP, setiap tahun akan ada upacara tahunan ni. 
Masa talk tu dlm 50 minit camtu. sambil dgr talk, I mengepam.guna madela harmony beli from Kina. 
lepas talk sessi Q&A. masa sessi ni baru best. ramai ketawa bila ada soalan-soalan panas. 
and Tun mmg cool sentiasa.setiap kali jawab soalan dia bg jawapan yg best-best. 
Statement " APA NAMA" tak ditinggalkan. lawak je rasa. 
adore him so much. 
mana kan tidak, lahir dan membesar di bawah kepimpinannya...


Gambar 2: My everything
 2 weekend lepas my brother yg kerja kat Sabah dgn parents and adik bongsu I datang.
Masa tu adik I ada kursus Sime Darby kat HQ..parents gi la KL sebab dah alang2 adik balik semenanjung kan. tp weekend je. And masa tu Ilyaas baru je keluar hospital. Imani still on off demam..
Jadi dorang dtg rumah kitaorg. Walaupun kejap, dapat berkumpul ramai-ramai satu keluarga best je. 
Adik no 3-Amir tak dpt dtg. sbb dia tgh kerja skrg. part time kat KFC.
tauke ayam dah dia skrg...elok gak, sambil tunggu nak sambung studi, dia cari experience kerja goreng ayam jadi cleaner KFC. gaji sikit je, tp at least ada KWSP dah. 
Pas dinner kat rumah, bawah parents and adik2 jalan2 kat Sri Iskandar n dlm UTP. 
Singgah supper kat kolej kediaman. Dapat snap satu gambar yg buat I rasa syukur, syahdu, gembira dgn kurniaan dua orang anak, sihat dah membesar dgn baik. Alhamdulillah. 

Gambar 3: JK2PP lagi sekali-kosong sajer

Weekend baru ni plak, hari jumaat kitaorg dpt off, sebab birthday sultan perak on saturday. kira jumaat tu cuti ganti. jadi kitaorg balik penang. berkesempatan nak JK2PP lagi sekali. kali ni boring, sbb takde orang atas bridge. pastu rasa panjangnyeeeee bridge ni. Experience naik JK2PP masa lepas perasmian 
 Jumaat pagi tu kitaorg gi penang Island, visit tok and mak sedara. sempat singgah kat Taman Tun Saadon, brekpas dulu kat situ. mmg heaven la brekpas situ..tp bg peminat nasi kandar, kena gi kampung melayu kat ayer itam. kat TTS ni takde nasi kandar best. 
Ni citer nasi kandar kampung melayu. dia bukak pagi sampai kol 11. 
pastu petang pukul 4 sampai tgh malam..tp lokasi waktu petang kat Farlim Ayer Itam bukan dkt flat Ayer Itam tu. 


Gambar 4: Roti Canai Banjir & Nasi Lamuni-Signature food at Taman Tun Saadon

Kalau kat TTS, yang glamour sekali nasi lamuni. Ilyaas kat nasi lemak. 
dia mcm nasi ulam2 la..tp tak rasa pon ulam ulam tu. makan dgn sambal, telur, ngn ikan.

pastu famous lagi roti canai banjir dgn bawang. 
ada apom manis penang. terbaik..gambar takdak pulak..



Gambar 5: Instant Baby Oats Organic

haaaaa, ni citer kitaorg cuba mengamalkan gaya hidup sihat.
pagi2 cuba makan oat. hahahaha.orang dah lama buat, kami baru nak mula. 
better late than never kan. 
atceli, i beli instant baby oats from organic shop dkt pantai hospital masa ilyaas warded aritu. 
masa ni, takde idea nak bg imani makan apa for dinner..(ye, pi beli oat utk dinner)..sebab imani pon asyik demam je n takde selera..xde choice sgt kat situ.nampak pamplet promte instant baby oats ni, so beli je la. 
RM8.50 sepeket besar. akak jual tu ckp orang dewasa pon bleh makan. 
So minggu ni kitaorg cuba la sorang dua sudu.campur air panas.ngn kurma. 

Gambar 6: Oat + Kurma

gini la rupa nya..oats tu mmg lembik habis2.
sbb tu la namanya baby oats. 
tp i prefer this one dari yg biasa beli kat supermarket tu..
sbb dia tak de biji2 keras oat.
rsa standard la.tp dah tambah kurma, manis n sedap la sikit. 
apa i perasan, bila makan mcm ni, susu akan lebih sikit dlm 2oz cmtu..
alhamdulillah. 
setakat ni mmg berjaya lagi bekalkan susu yg cukup utk imani. 
dia belum campur susu lagi. 
walaupun susu kais pagi makan pagi, kais ptg makan ptg. 
InsyaAllah umi cuba yg terbaik. 
At least sampai bulan ramadhan nnt, baru kita topup dgn fm ye Imani sayang. 
Lagipun Imani mcm fobia skit, aritu ada letak fresh milk dutch lady yg utk kid tu dlm botol dia. 
lepas tu terus dia tak nak minum dari botol susu dia dah. 
even letak ebm pon, dia mcm fobia takut umi or ayah tipu dia tu susu lain selain susu umi. 
mak pengasuh ada cuba gak bancuh susu fm dugro..
pon sama reaction nya. 
so takpela, no rush, umi power pumping skrg dan makan banyak2 bg susu banyak. 
supplement apa2 belom beli lagi..hahahah
takut beli tak abis makan je...
eh tadi citer pasal oat, ni citer susu pulak..



Gambar 7: Bekal Imani 

back to oat story
pagi ni bekalkan instant baby oat dgn kurma utk imani.
tambahan utk bubur nasi + lauk ikan masak kicap + sup ayam..

imani ni, susah nak makan. 
dia jenis I diet. 
minum susu je dah cukup. 
resah jugak tgk anak sorang ni kurang makan. 
berbanding abang dia, mmg dia kurang sgt makan. 
satu dua sudu, dah bilang xnak...
kalau dia bilang nak, pastu nnt nak suap, dia tutup mulut rapat2..
main main lagi dgn umi tau...

time nak tidur, alahai, jenuh melekat dgn miss B...kiri kanan dia belasah..
sejam lebih melekat baru tertidur..umi tidur dulu la..
apa-apa la adik.
janji awak sihat yer..

Gambar 8: Adik Imani dalam car seat nak balik Penang jumpa Tok Nenek Azizah

Alhamdulillah, dia ok dlm car seat. 
sekali sekala la buat jugak perangai carseat crying. 
skali dia buat perangai, mmg bingit satu kereta...
high pitch ini budak...


ok gambar dah habis.
cerita pun tamat di sini.
jumpa lagi di entry lain.

bye-bye

Happy Tuesday All



1 comment:

  1. akk pun actually nak jugak diet makan oat pepagi tau..
    sekarang ni memang badan dah naik banyak sangat..
    haihh

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...