Saturday, April 12, 2014

Mee Suah for toddler



Ni entry bila ntah ni tak perasan tak publish
letak gambar takde ayat..
so kita auto publish kan entry ni arini.

kalau mak mak yg buntu takde idea nak masak apa kat anak, try la masak mee suah ni. 
mee suah ni ala2 mihun, tapi dia lebih lembut, boleh jadi mcm bubur sket kalau dah kembang. 
mee suah ni tak silap makanan orang chinese. 

kalau kat tesco ke giant ke, mee suah ni jual dalam bungkus2 kat bahagian mee kering or maggi. 
warna dia putih. 
and dia dah ada rasa masin, so mmg tak payah tambah perasa ke garam ke dlm masakan mee suah ni. 

nak masang dia senang je...ni roughly ye i citer..lain2 korang mak2 semua edit ikut suka sendiri..

1. tumbuk bawang putih..
2. tumis bawang putih tu..
3. tambah air sikit..
4. masukkan udang atau sotong..
(anak2 I tak suka udang or sotong, so guna ayam je)
5. tambah air, biar mendidih
6. masukkan mee suah. basuh dulu tau mee suah bg lembut sket. tapi tak yah rendam mcm bihun. 
7. pecah kan telur. 
8. tambah sayur kalau nak. 
9. biar mendidih dalam 1-2 minit. 
10.siap

makan panas-panas mmg sedap..kalau suka kuah bnyk, letak la bnyk air..
mee suah ni jenis serap air tau, so klu biar lama nnati dia kembang...

I rasa ni tak baper sesuai kalau budak kurang setahun, sbb dia ada rasa masin dari mee suah tu..
lepas setahun ok la kot..

ok tu je...

bye2

2 comments:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...