26 March 2012, sehari selepas Ilyaas cukup setahun...
Saya and husband decide nak buat makan-makan sikit kat tadika Ilyaas.
Dengan niat untuk kesyukuran sempena Ilyaas dipanjangkan umur sampai setahun,
dia sihat semula lepas warded dan kami pun dah settle down kat tempat baru.
(Haish, banyak betul entry kau pasal anak kau umur setahun! anak orang lain pun setahun jugakkkk ooooiii)
Ahhh, xkisahlah..blog sendiri kan ni, biarlah nak tulis entry 365 hari pasal anak pun...taksukatakyahbaca okay
Kek ni saya order, sehari sebelum iaitu hari Ahad 25 March la..sebab ni last minute plan.
Mulanya nak buat birthday Ilyaas sekali dgn doa selamat masuk rumah last 2 weeks. Tapi sebabkan ada kecemasan berlaku dalam family kitaorg, maka tak jadi lah..
So, pagi2 ahad tu kitaorg bincang2, rasanya ok jugak kalau bagi kawan2 Ilyaas kat tadika makan.
Ilyaas baru setahun, tp dah duduk tadika ye...Sebab tadika ni ada jg daycare..Ilyaas paling muda kat situ.heheh
Ni la kek nya..Alhamdulillah la ada jugak kek walaupun
rasa comot sikit kek ni. Nak expect apakan, order last minute.Seb baik akak tu sudi buatkan..
Haaaa, ni sessi nyanyi lagu birthday kat Ilyaas Hafiy..
Ilyaas excited je nampak umi ayah datang nursery tgh2 hari.Ingat nak amik dia awal la kan..
padahal singgah jap je, pastu balik uni semula..
umi purposely pakai baju kurung sbb nak celebrate birthday anak..Ada kaitan ke?
Sessi potong kek..Keras pulak icing tu...Susah nak potong sambil dukung Ilyaas
takpelah, biar umi tolong potongkan sendiri.Ilyaas takyah sibuk nak potong...
Makan kek with ayah
Dengan umi pulak
closed up sikit nampak dahi suwak masing2 ...
separuh kek tinggalkan untuk budak2 session petang pulak
Anak Ayah
Dengan ibu, pengasuh Ilyaas kat tadika.Nangis dia sebab nak kena tinggal balik
Haruslah ada gambar sekeluarga.Walaupun Ilyaas nangis dah sbb tau nak kena tinggal..
Apsal la umi gi pejam mata tu...
Kat tepi umi tu, ada kotak merah.Kitaorg isi goodies bag..Ada kek apollo, cumi, sweets, and biskut panda..kasik kat budak2 tadika tu..
Alhamdulillah,walaupun tak fancy, takde decoration hebat-hebat, takde khemah bagai, makanan tak seberapa, tp rasa syukur and seronok sangat dapat kesempatan sambut hari lahir anak. Excited ok meraikan anak sendiri!
Yang penting, rasa syukur ke hadrat Ilahi panjangkan usia anak yang comel ni..
Okayla, share sikit, total bajet tak sampai pun rm100..
kek tu murah je, rm45..
goodies bag dan bahan2 dalam tu untuk 40 orang = rm38 je..
decoration=rm0
khemah etc =rm0
mungkin 2-3 tahun lagi baru buat sambutan hari lahir yang meriah sikit..boleh gabung dgn zulfa ke (my niece yg lahir 10 days earlier than Ilyaas)
okay, bye, nak pi lunch...
happy birthday ilyaas! semoga sihat2 selalu & jadi anak yang soleh, aminnn :)
ReplyDeletewaaa....best nya dah celebrate birthday ilyaas.
ReplyDelete