Sunday, March 25, 2012

Ilyaas Hafiy is 1 today


Alhamdulillah. Anak sulung saya aka anak tunggal saya (buat masa ni) dah berumur SATU tahun hari ni.
Setahun yang lepas, saya bertarung nyawa melahirkan Ilyaas Hafiy. Memang bertarung nyawa sungguh, sebab both labour room and operation theatre saya masuk..

Entry pertama tentang Ilyaas Hafiy dalam blog ni di publish 4 hari selepas kelahiran beliau.Comelnya dia masa tu...kecik nya dia, dan sgt fragile. bau baby yang sangat kuat. sekarang , masham peluh..tp masih jadi bau kegemaran umi dan ayah...

Sama mcm ibu2 lain, saya teringin dan bercadang nak buat birthday party untuk Ilyaas. Tapi, memandangkan Ilyaas baru saja keluar dari ward beberapa hari yang lepas, saya belum sempat nak organize plus keadaan kami yang mmg perlu jimat cermat sekarang ni menjadi barrier for the time being. InsyaAllah umi janji nnt dah sampai masa, Ilyaas dah besar sikit dah paham erti birthday celebration, umi akan buat birthday party untuk Ilyaas. Umi nak Ilyaas rasa seronok diraikan.

Dalam usia 1 tahun ni, Ilyaas Hafiy yang membawa maksud pemberani yang mulia dah pandai buat banyak perkara...Jom, kita tengok list of things he can do for now...
  • Turun & Naik sofa dan katil sendiri
  • Lambaikan tangan pada orang
  • Tepuk tangan bila happy..(tak happy pun tepuk jugak, or bila nyanyi lagu If you are happy and you know)
  • Angkat tangan bila orang baca doa, especially doa lepas azan dan doa makan
  • Memanjat setiap inci rumah yang boleh dipanjat
  • Naik basikal kecik (tricycle)
  • Berjalan 5-6 langkah
  • Minum air dari sipping cup sendiri tanpa perlu dipegang oleh orang lain
  • Suka buat gaya cakap handphone
  • senyum yang mencairkan hati siapa saja yang tengok
  • Ilyaas suka baca buku. apa sahaja jenis buku dia akan belek tanpa jemu

Kerenah/Tabiat Ilyaas Hafiy yang menjadi habit dia buat masa skrg ni ialah...
  • Garu kepala, telinga dan hidung bila ngantuk
  • Terkejar kejar cari umi kalau nak susu
  • Main air liur dan nganga mulut kalau khusyuk buat sesuatu (ie tengok tv)
  • Marah bila lmbat suap makanan
Dalam tempoh setahun, Ilyaas dah berpengalaman di jaga oleh pengasuh dan juga tinggal di nursery. Alhamdulillah, he managed both well. Good Boy. 

 Ni antara gambar-gambar kenangan Ilyaas sepanjang tempoh setahun ni...




newborn


1stmo


2-4m
5-6m
7-8m

9-10m
1-12m

Eh, dah tengok perkembangan anak kan, jom tengok perkembangan umi dia lepas setahun bersalin...(Inter frame kejap ye )

  • Berjaya menyusukan Ilyaas selama 1 tahun 
  • Berat badan dah almost sipi-sipi pre-pregnancy weight..Lagi 500-1000gm..(fluctuates)
  • Dah tak bekerja.Full time student and mother and housewife 
  • Sedang gigih mengusahakan bisnes kecil-kecilan

Okayla, umi dia xpayah tempek gambar, sebab tak cun..lagipun ni birthday Ilyaas..kasi chance muka Ilyaas penuh entry ni yer...

Doa dan harapan saya untuk my first born ni ialah semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan tubuh badan yang sihat pada dia, dijauhkan dari segala kecelakaan dan masalah, sentiasa dalam lindunganNYA dan membesar jadi anak soleh dan taat pada umi dan ayah..Bnyk lagi harapan umi pada Ilyaas, boleh buat entry asing untuk itu sahaja...

Apepun,saya ambil peluang ni untuk ucapkan HAPPY 1ST  BIRTHDAY TO MY SON, ILYAAS HAFIY.

Semoga Ilyaas menjadi seorang Pemberani yang Mulia seperti namamu....


I LOVE YOU MORE THAN MYSELF SON....


2 comments:

  1. Happy Besday Ilyaas..waaa, sama besday ngan auntie laa..hehe..semoga sihat,panjang umur,murah rezeki,jadi nak y baik!

    ReplyDelete
  2. happy birthday Ilyaas...moga panjangumur, murah rezeki dan jadi anak yg soleh dgr cakap ibu dan ayah..:)

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...