Monday, November 26, 2012

Ilyaas Hafiy at 20months old

My 20months old boy siap sedia nak ke rumah babysitter. Picture taken this morning.
 
Assalamualaikum,
 
Sedar tak sedar, Ilyaas Hafiy dah pun 20bulan semalam. Cepat nya masa berlalu.
Another 4 months sebelum dia genap 2 tahun. and another 2 months sebelum dia bergelar abang.
Alhamdulillah, Ilyaas anak yang sgt senang dijaga. Anak yg dengar cakap dan anak yang soleh.
 
Ilyaas sgt menghormati azan. Kalau dia tengah main dan dengar azan berkumandang kat tv, dia akan cepat2 masuk bilik amik sejadah dan mintak kopiah untuk solat.
Kalau dia tgh tgk kartun boboiboy atau upin ipin, dan kita cakap jap lagi dah nak "Allahuakbar", dia sendiri cari remote suruh stopkan kartun dan tunggu azan berkumandang. Sejuk perut ni mengandungkan dia. Selain azan, Ilyaas mudah terhibur kalau kita bukak video-video berunsurkan zikir dan alunan ayat quran. Jadi, malam2 kalau dia susah nak lelapkan mata, saya bukak youtube zikir terapi, selawat penenang hati untuk Ilyaas dgr. Dalam kereta, kalau nak bg dia tidur (since dia duduk sorang kat carseat belakang), kitaorg bukak zikir terapi Hafiz Hamidun, lagu Maher Zain etc untuk dia dgr sampai tertidur.
 
Selain tu, kalau nampak bangunan berkhubah, dia akan sebut "Allahuakbar".refering to masjid. Tapi,semua building berkhubah dia cakp camtu. Nampak orang pakai songkok, kopiah, topi, or baju Melayu pun sama. Fanatik sudah. Nasib fanatik benda2 keagamaan.
 
Ilyaas masih berat mulut nak panggil "Umi". Kadang2 je dengar dia panggil, itupun sekali dua je. Panggilan "Ayah" mmg dah sebati kat mulut dia. Semua benda ayah yang di sebut. Nak buat camne, since dalam pantang dia nangis ada bunyi2 sebutan Ayah..
 


(left to bottom right)
Ilyaas with his big balls. (sgt byk bola pelbagai size di rumah sy)
Ilyaas dgn mainan2 nya
Ilyaas with Kak Hana, sepupu from Johor
 
 
Selalunya, dia nak makan sendiri sekarang, tak nak bersuap. Especially kalau keluar makan kat luar. Suka jugak tunjuk perangai kalau makan di restoran. Nak keluar dari baby chair, nak berlari dalam kedai. Menjerit mintak attention. Mencabar kesabarn umi n ayah dia jugak la, sebab kami tgh lapar, dan Ilyaas buat hal dalam kedai. Bila food sampai, dia xnak makan pulak. Ataupun nak main dgn makanan. So, solution dia, tiap kali keluar or ke kedai makan, saya akan bawa bekal dari rumah, contohnya biskut or keropok ikan terengganu. supaya Ilyaas lebih sabar menahan lapar sementara tunggu order kami sampai. Takpun, if dah sampai waktu makan, saya belikan dulu nasi ayam untuk dia makan awal-awal, or bagi dia makan siap2 kat rumah. Hehe.  Baru kami husband n wife dapat makan dgn lebih tenang.
 
Ilyaas tahu dalam perut umi ada adik. Ada baby. Nampak gambar baby, dia akan sebut "abbbyyy"..malam2 before tidur, dia akan cium perut umi tanda dia cium adik dia. Moga-moga Ilyaas jadi abang yg penyayang, protective dan baik nnt.
 
Cepat bosan kalau takde kawan bermain. So, balik rumah dia mmg mintak attention parents dia untuk temankan dia bermain. Kalau di rumah babysitter, ada anak2 babysitter time cuti sekolah ni, so he is happier there. But still petang2 nampak kereta kami dpn rumah babysitter, dia akan terus lari nak naik kereta. he knows his daily routine. Kalau jumpa sepupu dan bapa2 sedara dia, Ilyaas ialah orang paling excited. Tak ingt makan, tak ingt tidur, tak ingt susu. Unless dia nmpk sepupu dia minum susu baru dia mintak susu jugak. Bila sepupu2 dia dah balik, dia akan cari2 dorang kat bilik tetamu. Ketuk2 pintu panggil nama sepupu2. Pastu mintak gambar kat fridge magnet untuk ditatap, tanda dia rindu his big family. Mintak hp, nak tgk gambar sepupu2 dia. Antara sepupu faveret dia yg selalu disebut ialah "Ammeeejjjaarr", "Ajaaaanneee" and " Abbbbyyy" referring to Ayyad. Kalau tgk gambar Angah dia akan tenung lama-lama. Pernah beberapa kali dia deman-deman ayam lepas balik dari kampung. Sian Ilyaas.
 
Dari tempoh 11bulan hinggu 20 bulan, fits Ilyaas berulang sekali. 2minggu lepas actually, dalam tidur, walaupun waktu tu suhu dia tak tinggi sgt, dan mmg ada kain basah di atas kepala dia. Around 7.30am, lepas subuh, kami baring2 balik, saya yg tidur2 ayam ni dgr Ilyaas mcm mengerang. Bila bukak mata, nampak mulut dan tgn dia tgh vibrating. Cepat2 sy kejutkan dia sambil panggil husband. Bukak baju Ilyaas, mengiringkan badan dia dan ambil air, sapu terus kat kepala n badan dia. Mujur Ilyaas sedar dan bagi responds. Siap2 terus ke klinik. Inilah perkara yg sgt sy takut setiap kali Ilyaas deman, walaupun dia deman2 ayam saje.
 
(top left to bottom right)
Ilyaas' swimming session
Ilyaas wif Ammejjjar and Kak Hana
Ilyaas main komputer tok dad
Ilyaas and Zulfa berkongsi cerita lepas lama tak jumpa
 
Okaylah, dah panjang pulak entry ni. Khas untuk Ilyaas baca bila dah besar nnt. heheh.
 
I love you son. Smelly boy. Semoga membesar jadi anak yg sihat, soleh dan cerdas minda dan fizikal.
 
 


Published with Blogger-droid v2.0.8

2 comments:

  1. cute m chomel je ilyas..nti adik ilyas boy ke girl?

    ReplyDelete
  2. thank u..tp kalau cranky, boleh jadi comot dah ilyaas ni.

    hehe, nnt kita announce:)

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...