Sunday, February 17, 2013

Hari Lahir ku ke-26



Saya dapat hadiah se-bouquet roses dari cinta hati.
Surprise ok. Deliver sampai depan gate rumah. rumah mak ayah la, sebab tgh dalam pantang.
Pastu adik yg tolong signkan delivery tu, sebab orang dlm pantang malas nak keluar rumah tgh hari panas-panas. Nanti hitam kulit i ni..hahah..mengada.

2.2.13 aritu, saya dah jadi 26 tahun. Tua sudah. kalau terbalikkan number pon xjadik muda dah, jadik lagi tua.
Sebab dok dlm pantang, so takde la nak keluaq pi celebrate ke apa. Seminggu pastu, husband beli kek sponge. Pastu makan ngn adik2. Orang dlm pantang pon makan. hahah, satu slice.
Seminggu pastu pulak, tibe2 ada apek cina call tanya macam mana nak dtg rumah nak hantar bunga. Konpius den. Bilo pulok nya order bunga, tau la den suka online shopping. tak kan mamai pi order bunga untuk diri sendiri kan.
Bila tanya husband, dia ngaku la. Tp cam angin ngn kompeni florist tu,kata boleh buat surprise. Jalan nak datang rumah pon tak tau. Hampagas di situ. tiga kali kot tepon tanya direction. Kali ke 4 kita call dia sebab suspen la pulak mana la cina ni pi, berejam orang tunggu bunga xsampai-sampai.



Excited la saya nak dapat bunga. Tak duduk diam tunggu bunga sampai. Ini kali pertama wooo dapat bunga. Satu bouquet pulak tu.
Tapi ni bukan kali pertama husband buat surprise walaupon dia bukan jenis yang terrer buat surprise. first time masa gi honeymoon. second time masa birthday I yang ke 24. bagi hadiah depan lif klcc. terkezut mak.
ini kira third time la. eh ke fourth time. haaa, nnt nak check diary sat. baru kawin nak masuk 3tahun, sudah lupa ingatan.

Apepun, rasa appreciated sgt2. Dalam2 pantang ni, rasa gumbira sebab husband sgt penyayang dan layan kita bebaik pas sakit susah payah nak lahirkan anak dia. Pastu bersyukur gak, pada usia 26thn ni, saya dah ada 2 harta bernilai, bekalan akhirat kelak, InsyaAllah. Sepasang cahaya mata.

Harapan (standard la bila meningkat umur, kita kena letak harapan demi masa depan kan?) saya, nak sihat. nak cepat2 dpt master.nak besarkan anak2 dgn baik. lepas dpt master, nak dpt kerja. nak balas jasa mak bapak. aritu kerja kejap je, tak dan sgt nak membalas jasa depa. pastu nak pi holiday dgn husband dan anak2. Kalau boleh nak pi Australia.

kalau nak list harapan, sampai malam tak abis. yang penting, nak jadi lebih solehah.


Published with Blogger-droid v2.0.8

1 comment:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...