Wednesday, August 21, 2013

Imani Hafiyya - 7 bulan

Anak dara ni dah genap 7 bulan hari ni. Alhamdulillah. 
Syukur dpt tgk anak membesar dpn mata, walaupun bukan 24jam dgn dia. Siang 8-5.30 antar kat babysitter. 
Imani sekarang dah pandai ngensot macam ulat gonggok. Laju gila ngensot.
Memang tak boleh letak atas katil lansung dah skrg. Merbahaya sgt. 
Even kalau dia tidur siang pon, tak berani nak letak atas katil ,even sengkat2 dgn bantal keliling katil tu. Kekuatan Imani dah mampu menolak bantal2 tu jatuh tergolek. 

Makan pon dah banyak. 3 kali sehari kalau dgn babysitter. Kalau dok dgn umi, skip breakfast, sebab umi paksa minum susu direct sebab umi malas pam. hahahah, kejam sikit la. tp tgk dia ok je, tak cranky sebab lapar pon pagi2. Umur 6 bulan setengah baru introduce daging ayam dalam menu harian Imani. 
Masak bubur nasik, campur campak dgn carrot, ayam dan kurma. 
Pastu blend 3/4 halus. 
Laju dia makan bila ada rasa ayam. 
Kekadang tak cukup 2oz sekali makan. 
Yang I perasan, lepas makan, tunggu 30minit, sure dia ngantuk. Pastu nangis merengek nak minum susu. 
Lepas gombeng dalam 10-15minit, confirm tidur. 
tp kalau dah ngantuk or penat sgt, dpt nenen je terus pejam mata. 
Kalau tidur dlm buai, mmg nyenyak tidurnya. 
Kalau atas tilam, kejap2 terkejut. 
Hmmmm, tp kat rumah kitaorg mmg xde buai. buai kat rumah bs je. 
kat rumah plak, Ilyaas sokmo cakap banyak, main keluar bunyi kuat2. adik tidur pon tak nyenyak. 


anak dara umi get ready nak balik raya
mainan penuh kat seat belakang utk dua anakanda tercinta

Umur 6 bulan lebih dah tumbuh gigi. aritu kan demam seminggu sebelum raya. 
dah agak demam nak tumbuh gigi. minggu kedua raya, dpt rasa benda keras mcm tulang kat gusi dia. minggu ni dah nampak putih2 gigi. kena gigit dah beberapa kali. tips dia, setiap kali dia gigit, picit hidung dia. 
ada gak kekadang dia sengaja gigit, sebab gatal sgt kot gusi tu. picit hidung pon x nak lepas. last2 cubit peha dia. hahaha, pastu takut2 peha anak lebam. 
favorite dia skrg sebelum tidur or lepas bangun tidur, pegi jilat jari kaki abg dia. habit ape ntah ni.
pelik pelik. 
lagi2 kalau abang dia pakai stokin tidur mickey mouse. mmg laju dia gi cari kaki si abang. 
klu nak susu tp nangis bnyk kali umi takde, dia gi tarik jari tangan abang dia plak. 
kekadang Ilyaas layan la. tp most of the time, Ilyaas bengang. 
so dia tolak je kepala adik dia. 
Tak larat nak cakp dah jgn buat adik cmtu. 
Imani pon satu hal gak, suka sgt sakat abang dia. suka gi cium2 meleleh air liur kat pipi abg dia.kat badan ke. tarik rambut. 
rasanya seminggu dua lagi, dia gigit kot abg dia tu. 


Masa malam raya. time ni tgh teething. sikit2 nak gigit. bagi teether tak nak. nak gigit jari.
nak gigit hp. nak gigit toys. 
Imani budak comel ni, berat dia tak berapa naik sgt. aritu timbang 6.6kg je. masa 6bulan la. panjang 66cm kot. ke 68. so nampak panjang je. baju pun ada yg 0-6m muat lg. kalau beli 12-18 mmg gelebeh je dia pakai. biasa la kot budak perempuan kan.

mulut dia boleh tahan la banyak ckp. suka buat bunyi mendengus kalau dia nak tarik perhatian orang. bunyi mcm ganas je.
tp klu ngantuk, dia akan membebel sorang2 kluar bunyi2 lembut je. penuh keayuan.
dalam kereta, ada masa saya riba je dia. time tu, mmg aktif betul.
kejap2 nak mintak ayah dukung. bukan nak ayah pun, nak stereng kereta tu sebenarnya.
dah pandai pegang botol susu sendiri skrg ni

Skrg Imani dah pandai pegang botol susu. masih setia pada TT. dah start minum air kosong jugak. pon guna botol air TT yg ada pemegang kat tepi tu. bagus gak botol tu. leh cabut handle dia, n guna kat botol susu. 
Belum ada gaya nak merangkak. tp kaki dah kuat. sbb suka melompat kalau pegang dia berdiri. 
dia nangis pun boleh tahan hebat. mcm kena dera. 
kekadang malas nak layan. 
makin tak dilayan, makin kuat decibles kenyaringan dia. 
terpaksa jugak la dukung. 
kalau lambat, dia merajuk. fuhhh, susah pulak nak memujuk. 
anak anak. 
suka masuk dapur. ciri2 kewanitaan dah terserlah gitu. 
okay tu je la kot. 
oh ye belum amik jab pneumococal lagi ni. 
InsyaAllah weekend ni kita amik. 
partner in crime.
teman suka duka
adik beradik
air dicincang tak akan putus

7 comments:

  1. happy 7mon imani... best dapat sepasang ni.

    ReplyDelete
  2. Comel.imani..mmg ada rupa abangnya la..ada iras2la cuma imani muka lembut..hehe

    Happy 7 mos imani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq aunty..haah imani muka ilyaas tp lebih girlish

      Delete
  3. Oh my malay!
    Berbahaya lah. tatabahasa melayu xde perkataan mer. Hiuihuui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.mmg dh tau pon.tp sengaja je guna mer tu sbb my bro slalu guna ms berckp

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...