Friday, August 16, 2013

Raya Day1 (Terengganu)

Pagi pagi raya, lepas Subuh, mandi sunat hari raya, terus turun bawah gi dapur. Tengok bapak mertua dah tercegat kat luar rumah, tengah panaskan bara api, nak bakar sate. Pastu mak mertua dok ketung ketang kat dapur panaskan kuah kacang semua. 

Elok nak menolong, dengar suara anak dara menangis nyaring lagi kuat decibles nya. 

Dah xtolong jugak kat dapur.Naik atas balik. siapkan anak anak. 

Punya la susah nak nak kejutkan Ilyaas bangun pagi. Sebab malam tu susah jugak nak tidurkan dia. Biasala ken, balik kampung ramai sepupu sepapat, main je la kejo nya. 

Dah ada anak ni, objektif utama raya nak tgk anak-anak kita comel dan segak berbaju baru lah. 



Baju kurung Imani di jahit penuh kasih sayang oleh nenek beliau. 
Headband bunga satin 3 kuntum ditempah khas untuk hari raya from ohbabygirl boutique
Gelang, rantai, gelang kaki semua lengkap. Anak dara ken. haruslah ada barang kemas. 



Anak bujang sorang ni, pakai baju melayu johor. dengan sampin. 
All from Mydin. Hahaha. 
Altered by nenek beliau jugak. 
Eh patutnya ada songkok. tp tak banyak gambar dia dgn songkok sebab dia suka kopiah dari songkok. 

Orang lelaki je gi solat. Mak mak yg ada anak kecik ni tunggu je la tok laki balik solat. 
Lepas semua dah balik solat, kitaorg amik gambar family.


Ni almost everybody is in the picture except for yaya sebab dia on call pagi raya. sambut baby baru lahir. gambar ni kita kasik besar sikit. bagi nampak muka semua orang. 

Lepas bergambar, sessi salam mintak maap. kemudian bagi duit raya. 
dan lepas tu, tetamu mula datang beraya. 
tahun ni rasanya tak la ramai sgt orang datang mcm 3 tahun sudah. Pergh dulu mcm non stop tetamu datang. mmg tak smpat bancuh air pun . tapi kali ni, tak banyak membantu sgt la. again, alasan yg sama, Imani asyik melekat dgn umi je. 

Petang tu, hujan turun. Agak lebat. So layan tidur jap. 
Lepas asar, rasa motivated pulak tgk biras dan kakak ipar sibuk bersenam dekat mini-gym HD. 
So join dorang. Kayuh basikal 13km. Rasa mcm hebat je 13km, tp kalori yg terbakar sikit gila. 
Nasib baik la masih breastfeed so tak rasa bersalah sgt makan macam gorila. :P

ok nnt sambung lagi raya hari hari lain nya. 

*raya pun nak buat part-part*

*baru la jadi banyak entry...hahahaha*



2 comments:

  1. Lawanya imani..siap ada reben..
    Akk pun blm bt entry raya..nti2 la..gambar xdonload masuk lappy lagi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dah type aritu ni. ni publish berjemaah. hehhe

      akak baby boy, kena bagi pakai cap je la:d hehehe

      Delete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...