Monday, September 22, 2014

Tips hilangkan tumit kaki merekah/kasar: Scholl Rough Skin Remover

Assalamualaikum and Hi, 

Bila kita dah berusia ni... satu persatu ciri-ciri keremajaan hilang. Betul kan?
Zaman belasan tahun dulu, rasa kulit always mulus je. Walaupun zaman tu adalah zaman jerawat batu membiak, tapi bahagian kulit lain still maintain muda remaja. 

Once dah start kerja, and pakai kasut tinggi atau jenis sandal, tapak kaki mula merekah. Tambah lagi yang jenis jalan kaki naik turun LRT berulang alik pergi office. 
Or yang jenis kerja mmg kena berjalan sana sini memang kaki akan merekah kan...
Setiap hari, kulit kaki especially dekat tumit makin merekah. 
Mula-mula tak kisah, tapi lama-lama rekahan tu jadi hitam sebab dimasuki habuk dan debu. 
Ada masa rasa pedih sebab seolah-olah terluka..

I dapat selesaikan masalah tumit kaki merekah and kasar ni. 

Dulu tapak kaki I lebih kurang gambar belah kiri ni.. sekarang dah improve macam gambar belah kanan.. Pic sumber google yer...tak kuasa I nak amik gambar tumit kaki letak kat blog ni.. 
Aurat deh...(hihi)

Untuk atasi masalah ni, I cuba macam2 jugak cosmetic feet cream untuk pulihkan tumit kaki ni. 
Beli berus yang jenis keras untuk gosok tapak kaki buang segala sisa2 habuk yang terlekat celah2 rekahan ... Tapi tak berapa nak berjaya. 
Until I cuba Scholl Rough Skin Remover ni. Dah hampir 6 bulan sebenarnya I guna product ni.. And I rasa ianya sangat berkesan kurangkan rekahan and baiki balik kulit di tumit kaki I. 
Disebabkan tu, I nak review and share kebaikan benda ni. 
Harga I tak ingat berapa dah. Around belas belas ringgit kot. 
Suggested to use with Scholl Feet Cream/Lotion, tapi I tak guna pon lotion tu, I just guna lotion baby biasa je lepas dah guna Rough Skin Remover ni..
Dalam tube ni, dia ada cream yang macam scrub tu. berbiji2 and kasar. 
Penggunaan pon senang je. Masa mandi, picit sikit rough skin remover ni atas tapak tangan, sapu dekat tumit yang kasar and merekah tu dan biarkan kejap.. Boleh la basuh2 muka or gosok gigi dulu. 
Then bilas. 
Masa minggu pertama, I amalkan setiap hari selama 7 hari tu.. 
Lepas dah nampak improvement, I jadikan aktiviti seminggu sekali. 


Alhamdulillah, my tumit kaki memang makin better. dah tak kasar and rekahan2 tu dah hilang. 
Makin smooth. 
tak la segan sangat bila tersentuh kulit suami rasa mcm kaki sendiri macam kulit buaya...hahahah

Actually boleh jugak guna dekat bahagian2 badan yg ada kulit yang kasar contoh nya dekat siku... 

Yang penting kena rajin la amalkan.. 
Jangan beli saja tersimpan mcm tu tak guna.. 

Tips: Letak je dalam toilet, setiap kali mandi bilas tapak kaki mcm kita basuh muka hari2 dengan pencuci muka...



3 comments:

  1. Ok,blh cari ni. Sat lagi kulit lg lmbut dr bby. Hihi.

    ReplyDelete
  2. Bagusnya review cm ni...julia pun alami masalah yg serupa...tp biarkan je selama ni...so better cure awal2 kan...leh usya kt watson nanti scholl

    ReplyDelete
  3. In sha Allah , sy akn try jgk la scholl tu .

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...