Assalamualaikum korang,
Jumaat lepas, husband cuti.
Kitaorg balik Penang awal sikit.
Sebab husband kira mcm nak pujuk bini dia ni yang dah muncung panjang coz si bini teringin nak pergi bercuti2 dalam Malaysia, tapi ada beberapa kekangan lately ni.
So, bila balik Penang, pendek la balik muncung si isteri tu. heheheh.
hari Jumaat kami plan nak ke penang Island.
melawat tok sekali.
Before tu, breakfast dulu kat TTS.
TTS= taman tun saadon kat gelugor.
Nak pi sini, korang lalu depan main gate USM, pastu terus lagi sampai nampak simpang belah kiri ada signboard ke Taman Tun Saadon.
Belok Kiri, dan terus. akan nampak Pasar Taman Tun Saadon belah kanan.
Sebelah pasar tu ada medan selera
Situ la tempat makan yg I dgn suami suka.
ni tempat best la kalau korang nak rasa taste of penang tp bukan nasik kandar style.
ada banyak gila gerai jual makanan lazat.
nyummmmmssss..
yang paling kami suka, of course nasi lamuni.
kat sini ada banyak gerai jual nasi lamuni.
dia bungkus macam nasi lemak jer.
tp gerai yg jual nasi lamuni paling best paling cepat habis ialah Gerai Mami Tanjung Corner. Gerai dia tengah2 sekali yer. Harga nasi lamuni dia jual Rm1.50 sebungkus.
Nak tau nasi lamuni tu camne?
Sumber dari blog yg dinyatakan ni yer.
Biasa orang makan dengan sambal, telur ngn ikan goreng.
Pastuh ada serabai and apam bakar. Sebiji 70sen atau 7 kupang. Makan ngn kuah manis.
Yang ni paling sedap jugak..
Teringat zaman dalam pantang, makanan breakfast tiap2 hari.
untung nya jadi orang penang.
lepas ni anak ke 3 nak pantang kat umah mak lagi.
sebab nak makan serabai.
Gambar Ilyaas tu dok makan nasik lamuni.
memang fav dia.
Tiap2 kali pi sini, mmg sebungkus dia habiskan sorang2.
Selain tu, ada gak apam manis. tp ni bukan jual dalam row gerai2 kat medan selera taman ni.
kena lintas jalan. and kadang ada kadang tak dak.
and yang jual tu Aci . seorang makcik india
So, I memang sikit sangsi la nak beli. heheheheh..
kalau teringin sangat, ajak my mum pi beli kat Kampung Melayu jer sebab yang jual orang Muslim.
Ada setengah orang tak kisah sangat pasal ni, sebab mmg betul adunan bahan yg digunakan tu just tepung, telur ngn gula..insyaAllah tak de isu pon halal ke haram, cuma my family n I mmg klu boleh nak cari dari yg Muslim la.heheh banyak la sebab kenapa..
lagipun ni kat Malaysia, banyak je sumber dari orang Muslim leh di cari.
Kalau kat oversea, linean sikit la yg penting bahan2 yg digunakan halal...
Satu lagi yg best, Roti Canai Wahid. Sebelah je dengan Mami Tanjung corner.
Roti canai dia ada bawang. Sedap giloooooooo
kuah campuq memang meleleh leleh teringat..
lepas dah puas mengeyangkan perut dan of course tapau nasi lamuni (sampai habis semua kat gerai Mami Tanjung Corner tu)...
kami gerak pi Ayer Hitam...
Nak naik bukit bendera pulak....
Entry lain la eh yang pasal bukit bendera tu....heheheh
berbangsa india laaa. beragama hinduuu... hahahhaa
ReplyDeletepepagi buat ayer liuq cheq meleleh..sedapkan serabai..lama x balik penang..tmbh2 umah tok kt jalan tengku jelutong telah dirobohkan beberapa bln yang lalu..-atie
ReplyDelete