Thursday, September 3, 2015

Insya Allah, tak lama lagi dapat kunci

Assalamualaikum semua, 

Memang menjadi rutin kami empat beranak untuk meninjau kawasan perumahan yg bakal kami duduk nanti. 
Rumah pon dah nampak siap sepenuhnya. Last sekali pusing minggu lepas, after work. 
Biasalah kan, orang yg excited nak masuk rumah pertama ni, kalau boleh hari2 nak tatap rumah tu. hahahah . I think semua yg pernah melalui fasa ni ada perasaan yang sama mcm kami laki bini kot. 
bukan kata kami je, anak2 pon sama-sama excited and turut join berangan itu dan ini. 

Masa round kawasan tu dah nampak sorang pak guard meronda. naik motor pusing2 kawasan rumah tu. dan yg paling gembira, semalam dapat call dari developer inform yg dorang dah hantar surat kepada I dgn husband bagitau yg kami dah boleh collect kunci dan sekarang tengah tunggu clearance statement dari bank je. Alhamdulillah. 

Syukur sangat-sangat. InsyaAllah, lepas dapat amik kunci kami akan check dulu defects yang ada. 
Sebenarnya, dari luar rumah lagi dah boleh nampak defects yg agak ketara. Retak!

Rumah kami je yg ada retak kat bahagian tu, dan dah memang tahu kenapa. Sebab our house adalah berada di selekoh. Bilik yg terlibat kat area selekoh tu je yg retak. It is very obvious mmg dari dalam kereta pn boleh nampak. Harap nya nanti developer buat la something lepas kami isi borang complaint tu. 



Pandangan rumah kami dari belakang.  Kalau ikutkan hati dan nafsu hahahah, nak renovate dan extend terus dapur dan ruang makan. Tukar pagar belakang and pasang bata so that dapat pagar batu. 

Tapi, nak mengikutkan keinginan, memang confirm hutang berlambak lah jawabnya. 

Kami mungkin tak kan buat major renovation at the moment. Buat apa yg perlu dan basic dahulu. 
Aim utama ialah untuk tidak menambahkan jumlah hutang yang tidak perlu buat masa ni. 

Ada rezeki, harga minyak naik balik nanti (mudah-mudahan), kami dapat bonus, boleh lah fikir untuk renovation dan sebagainya. 



Bilik tidur utama. Tak lah besar seperti yang diimpikan. Tapi cukup untuk kami. 

Ada rezeki lebih, boleh extend ke depan. Luas sikit. hahahah. senang anak-anak nak tidur sekali. 

At the moment, yang penting, wiring, lampu, kipas, grill dan langsir dahulu. 

walaupun teringin sangat nak buat kitchen cabinet (kc) cantik-cantik, tapi rasanya tak mampu lagi (insert icon nangis laju2). 

Kalau nak buat semua bagi rumah tip top baru dapt pindah, seriously tak mampu. Dengan nak membayar rumah sewa sekarang, nak bayar hutang loan bank dan loan2 lain lagi... 

*udah-udah la citer pasang hutang* 


Kawasan perumahan kami dah siap bina surau! this is the best part yg I dgn husband rasa. Surau tu dah ada aircond, kipas, lengkap dengan speaker lagi. Paling penting, walking distance je dari rumah. Selang dua row je dari rumah kami. Moga lebih istikamah la kami sekeluarga mengunjungi surau ni dan mendekatkan diri dengan ilmu agama, Insya Allah...



Our future surau =)



7 comments:

  1. Wah...!!! Luas jugak halaman belakang rumah sis yep...
    Cantik...cantik...

    ReplyDelete
  2. memang lain mcm seronoknya kalau dpt dok rumah kita beli sndirikan sis..
    wahh..akk yg teruja baca nih

    ReplyDelete
  3. besnye dah nak masuk rumah sendiri..mesti dah pk mcm2 nak deco kan..tahniah2

    ReplyDelete
  4. wowww..bestnyer...bila la nk dpt rezeki dok umh cmni plk....

    ReplyDelete
  5. cantinya rumah dia...mesti excited kan...best best

    ReplyDelete
  6. oh.. excitednya.. kitorg yg masih nmpk cerucuk bagai pun dh seronok, dok berangan itu ini.. inikan pula yg dh siap dpn mata.. hee.. nnt jgn lupa buat house warming.. kalau timing ok, nk menyibuk gak berangan sekali kat rumah atas tanah.. :)

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...