Thursday, September 3, 2015

Sabah Fieldwork: Tip of Borneo, Kudat

Last entry for Sabah Fieldwork yo!

Ni part paling best kot. We went to Tip of Borneo! 

The last land in Sabah aka Borneo. 


Tengoklah kami berdua berpijak di atas batu yang boleh tenggelam bila-bila masa sahaja. 
At the very end of land in Borneo. Terasa sangat teruja dapat jejakkan kaki di sini. 
Walaupun sebenarnya formation batu di sini tak termasuk dalam research kami, tapi haruslah kena pergi jugak ke Tip of Borneo since dah sampai ke Kudat. 

Di belakang kami tu terbentang luas South China Sea. Saya pegang suami kuat-kuat sebab angin sangat kuat masa ni. Takut termasuk dalam air. Belakang tu terus laut dalam. 

Kawasana ni ditenggelami air laut kalau air pasang. Time kami sampai ni, air dah surut so dapat la turun ke kawasan ni. If not, tengok dari atas (viewing point je). 



Image from google map. Tanjung Simpang Menggayau, Kudat. di mana terletaknya Tip of Borneo. 
Gigih saya buat label ni nak memudahkan those yang bakal pergi ke Tip of Borneo. 

Nak sampai ke sini kena lalu kawasan kampung dan jalan raya yg tak berapa nak elok sangt. But memang worth it la untuk sampai ke sini. Pantai dia cantik sangat. Tak silap I nampak ada chalet penginapan kat sini. Cuma mungkin facilities kurang sikit la. 

Kat sini ada dua parking lot. lebih baik parking di lot 2 sebab tak perlu berjalan jauh sangat. area sini sedikit berbukit. dari parking lot tu kita perlu berjalan memanjat bukit (sedikit), kemudian, turun bukit dan dah boleh nampak the end/final land of Borneo. 




Pemandangan from parking lot 2. masa ni kita kena berjalan dan berjalan untuk sampai ke the tip. 

Bila dah sampai, apa lagi, amik gambar banyak2. 
tapi sayang sangat, our camera rosak kat sini. masuk sediments kot :( 

dah la tu camera hantaran from me to my husband. rosak pulak masa ulang tahun perkahwinan kitaorg yang ke-5. Ye, kitaorg gi Tip of Borneo masa ulang tahun ke 5 :) 




Gambar wajib dengan mercu tanda Tip of Borneo. 
dan gambar melompat pon gambar wajib jugak. 

That is my student. 
hahah perangai lecturer dengan student sama naik je. 
nak buat camne, lecturer muda maka berjiwa muda jugakla.




Our team. 





Sempena menyambut ulang tahun perkahwinan ke-5. 
Kami amik gambar banyak2 dekat sini. 
Mungkin tak kan datang dah kot. 

and I was sitting on the Tajau Sandstone yg dah weathered due to wave effect. 
Cantik kan batu tu? 
Macam honeycomb effect, right? 

Keindahan kuasa Allah SWT kepada ciptaanNYA.
batu pon termasuk ciptaan Allahh kan..





Pemandangan di Tip of Borneo and that is the beach yg ada chalet penginapan tu. 
Crystal clear wate. 
Yang gambar ketam tu saya ambil sebab suka tengok habitat hidupan laut dekat atas batu. 

A balanced ecosystem =)

Well, overall, Tip of Borneo ni worth untuk mereka yg ada perasaan nak ckp kat orang 

" when there, done that" 

and yg suka tengok scenery cantik 




3 comments:

  1. wow..menarik tempat ni sis..bestnya!!!

    ReplyDelete
  2. been there tapi not as geologist lah huhuhu... memang cantik sgt. sukaaa..

    new camera! hehehe

    ReplyDelete
  3. menariknye.. i'll have to put this in my to-go list.

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...