Assalamualaikum, Salam Jumaat.
Harini genap seminggu kitaorg dapat kunci rumah. Our first home. Syukur Alhamdulillah.
Dengan itu, kebanyakkan entry saya selepas ni mungkin berkisar kepada rumah dan rumah dan rumah. Oleh yang demikian (skema pulak), saya nak buat DISCLAIMER terlebih dahulu.
DISCLAIMER
Saya harap those yang membaca blog ni tak rasa annoyed bila lepas ni banyak entry berkaitan hal rumah. Tujuan tulis di blog BUKAN untuk menunjuk-nunjuk pasal rumah yg kami ada ni. Bukan tujuan untuk berlagak, riak atau pun berbangga. Saya harap semua readers/kawan2 di blog faham.
Sebab, saya pernah berada dalam situasi, bila baca blog orang pasal rumah (terutamanya orang yg saya kenal), dan masa tu saya ada keinginan yg sangat tinggi nak ada rumah sendiri tapi belum berkemampuan, timbul perasaan jealous. Tapi, cepat2 kita tepis perasaan tu, sebab kita kena yakin rezeki Allah SWT pada hambaNYA telah ditetapkan. cepat atau lambat sahaja. Masing2 ada bahagian yg dah ditentukan. Jadi, saya pon harap, my readers akan jadikan entry2 berkaitan rumah di blog ni sebagai panduan utk pengetahuan bersama, bab2 berkaitan proses membeli dan pindah rumah baru. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk tidak menimbulkan sebarang rasa kurang selesa kepada yg membaca. Awal2 saya minta maaf sekiranya dalam tempoh penulisan di entry berkaitan rumah kami #athihalimcrib #ourhome #home sweet home akan/telah/sedang menimbulkan rasa kurang senang dalam hati pembaca blog saya.
Inilah rumah kami. Baiti Jannati.
Lepas 5 tahun hidup bersama, kami berjaya beli rumah pertama kami.
Lokasi tak jauh dari tempat kerja dan memiliki ciri-ciri rumah idaman kami suami isteri.
Rumah teres dua tingkat. Lot tengah.
Tujuan utama memiliki rumah sendiri, untuk Ilyaas Hafiy dan Imani Hafiyya (dan mungkin IH #3).
Supaya anak2 dapat membesar dengan lebih selesa, di rumah sendiri. Proses nak beli rumah ni bermula dari Julai 2014 lagi. Waktu kami baru habis writing thesis, dalam proses menunggu untuk viva. Rumah ni unit rumah teres dua tingkat terakhir yang ada pada masa tu. Dah tertulis rezeki kami berdua untuk dapat rumah ni, walaupun duit booking dibayar untuk rumah semi-D setingkat.
Developer MRCB Seri Iskandar. Nama kawasan perumahan Puncak Iskandar.
Jenis rumah Frisia. Perkara pertama sebelum kita dapat kunci dari developer ialah, developer akan terangkan prosedur selepas penyerahan kunci, apa yg developer provide selain daripada rumah kosong, dan tempoh warranty. Akan dapat satu file, seperti dalam gambar di atas ni, beserta borang dan info berkaitan rumah kita.
Lepas dapat kunci, kita terus ke rumah (site). Walaupun masa pack, cuba jugak pergi tengok dulu rumah tu. Biasanya, dekat site, Site Executive dan Contractor akan tunggu kita untuk proses check defects. Untuk check defects ni, tak perlu tergesa-gesa nak isi borang aduan yg diberikan developer. We do it step by step. Untuk makluman, elektrik dan air belum ada bila kita dapat kunci, Kita kena pergi sndiri ke TNB dan Lembaga Air (ikut tempat masing), untuk activate kan elektrik dan air. Jadi, defects bahagian letrik dan air tak kan boleh di check selagi belum complete dua benda ni.
My tips is, bawa selotape bewarna waktu first time defects check.
Lagi bagus kalau contractor ada bersama masa tu. Dia akan terus ambil tindakan untuk baiki kerosakan. Biasalah, kita mmg tak boleh harap rumah yg kita dapat 100% free from defects. Sebab kami mmg dah tau dan dah nampak kerosokan ketara mcm crack etc, kami dah lebih bersedia dan tidak melenting marah masa first time dapat kunci tu. Saya rasa kalau saya ikut hati, mmg rasa sedih and nak marah contractor/developer sebab rumah tu mmg banyak retak, dan finishing sangat poor. Tapi, been reading lots of blogs berkaitan tips nak masuk rumah, dan mungkin umur pon dah menghampiri angka 3 kat depan, sya lebih calm n professional with them.
This is what I did. Setiap defects yang saya nampak, saya tampal selotape bewarna. Saya label dalam buku nota (memang ada satu notebook khas untuk rumah ni). Bahagian yg tinggi n tak sampai, saya ambil gambar. setiap defects tu kita ambil gambar. boleh email kepada developer.
Finishing dekat sliding door. Memang tak puas hati tengok mcm ni. Kita bayar mahal kan. So, kita berhak untuk dapat yg elok. Let them know, diorang akan betulkan Insya Allah.
Lebihan cat pintu pada dinding. Saya tandakan dengan selotape jugak. Nampak remeh, tp kalau kita sendiri nak baiki, kita kena beli cat yg sama warna dengan dinding tu. Extra kos pulak kan.
Since contractor dan developer ada bersama masa first time defects check tu, (in less than one hour je, sebab kami pergi waktu lunch time), dah banyak defects yg saya nampak. Petang tu jugak, contractor arahkan staffs dia bersihkan rumah, dan baiki retak2 yg dah di mention.
Disebabkan tu, kami hold dulu report aduan kepada developer. Let the contractor betulkan apa yg patut.
Lepas beberapa hari, kami visit lagi, banyak retak dah dibaiki. Syukur, maknanya contractor betul2 ambil tindakan. Dan saya buat second time check untuk defects. Nampak lagi banyak dari first time. Biasalah, kali ni datang waktu cuti umum. So, lebih banyak masa nak teliti setiap bahagian. Dari ruang belakang sampai ke longkang dekat porch kereta saya check. Semua saya tampal selotape. Husband check pintu/tombol/plug point/ tingkap/kepala pair/toilet/jubin retak etc. Saya check finishing dan cat.
Sekali lagi, bila kami pergi untuk kali ketiga, diorang dah baiki dan ganti jubin2 retak dan cat balik. Alhamdulillah. Berpuas hati dengan kerja diorang.
Staff contractor tengah bersihkan rumah dan tukar lagi jubin2 yg retak/supih kat tepi.
Sliding door kami bermasalah, jadi kena tukar baru (mungkin)... lepas minggu ni, akan buat formal aduan kepada developer. Alhamdulillah list defects makin berkurang, sebab contractor ambil tindakan cepat untuk betulkan semua defects yg saya dah label dengan selotape dan defects lain yg obvious.
Apepun, banyak lagi nak kena check. Tangki air, pili dan sebagainya.
Kita buat satu-satu. Warranty 2 tahun, tp ada jugak yg dlm tempoh 6 bulan je.
Ikutkan hati, nak pindah masuk rumah ni cepat2, sebab financially, dah tak perlu bayar rumah sewa dan loan bank.. But, its not that fast and not that easy. Banyak perkara kena settlekan dulu. dan banyak quotation harga kena mintak dari contractors grill, wiring, plaster ceiling, etc..
Untuk renovation, mmg belum mampu buat lagi. Just basic things dulu. Ikut kemampuan kami.
Setakat ni dulu. Happy weekdays
x sabo nak gi iyak2 rumah baru.. nak bilik yash... ada fish..
ReplyDeletetahniah. saya pun baru dpt kunci jugak :)
ReplyDelete