Wednesday, December 2, 2015

Doa Selamat & House Warming

Assalamualaikum wbt semua. 

27 hb November, Jumaat lepas, kami suami isteri sempat buat sedikit majlis untuk tujuan masuk rumah baru. Buat simple2 je. Doa selamat dan bacaan Yassin then makan-makan. 
Tetamu yg dijemput ialah parents and siblings side ganu and penang, as well as jiran tetangga di kawasan perumahan baru, jiran tetangga di kawasan perumahan lama dan office mates. 

Kami pilih hari Jumaat memandangkan perak dapat public holiday masa 27hb (cuti keputeraan sultan perak) dan my parents from penang pun cuti since my mum bekerja dekat kedah. One more thing, kebetulan, lebih afdhal buat majlis pada hari Jumaat, kira mcm officially pindah masuk pada hari Jumaat:D walaupun sebenarnya dah almost a week tinggal kat rumah baru sebelum majlis ni. 



Majlis bermula lepas solat Jumaat, dalam jam 2.30ptg. 
Kaum lelaki dari masjid terus ke rumah. 
Time ni masa menunggu kehadiran para tetamu. 

Makanan saya order katering je. And some di order oleh my mum khas from bukit mertajam. 
Susunan meja buffet. Meja tak cukup:D sbb tu ada meja yg rendah, pakai meja belajar anak2 n coffee table je. Janji boleh. asalkan ada. masa ni risau jugak sebab nampak langit agak gelap dan sedikit mendung. sekarang kan trend petang2 hujan. tapi alhamdulillah, cuaca redup dan sejuk je sepanjang majlis berlangsung. Hujan mulai turun hanya selepas pukul 5ptg. Bila tetamu semua dah balik. 



Menu utama ialah nasi tomato, ayam masak merah, dalca sayur, jelatah dan buah tembikai. 


Side menu, bihun goreng, karipap pusing dan donut pusing signature kak mun. 

ni di tempah khas from bukit mertajam. 
roti jalan dengan kuah kari ayam  dan juga kuah manis suji. 
and bengkang suji. 

roti jala dengan kuah manis tu menjadi kegemaran ramai sbb dorang kat sini tak biasa makan kuah suji, mulanya dorang ingat kuah durian . 


Lepas baca yassin dan sedikit tahlil ringkas, jemputan terus makan. 


tuan rumah tu bukan amik untuk diri sendiri ye. tuan rumah seronok sgt layan tetamu sampai lupa nak makan. tuan rumah cedok nasi untuk anakanda dan anak2 sedara kesayangan dalam gambar ni. 

lepas majlis habis baru I merasa nasi tomato ni sbb terlupa nak makan masa majlis:d


Antara tetamu jiran2 yg datang. Including tuan rumah dan bapak serta bapak mertuanya... 


Overall, rasa syukur dpt buat doa selamat dan jamu semua jemputan makan. 

Thank you so much kepada semua yg membantu, My mum, my mother in law, my dad and father in law, adik ipar- Azie and mak pengasuh Ilyaas Imani yg bagi cucur badak untuk digoreng. 

Thank you jugak kepada ramai yg datang dan bawa mcm2 buah tangan dan makanan. 

Harap semua cukup makan masa jamuan ni. 

apa-apa kekurangan harap dimaafkan:D hehehe

Terima kasih semua... 
Alhamdulillah. 

1 comment:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...