Thursday, December 3, 2015

Pengalaman sakit gigi geraham bongsu


Sapa pernah ada pengalaman sakit gigi geraham bongsu????

saya pernah! 

Selalu dengar orang bagitau, sakit gigi adalah sakit paling tak best dan paling sakit. 

Memang betul pun... Sengsara betul rasa kalau gigi sakit, nak2 lagi gigi geraham bongsu ni. 

Banyak sebab kenapa gigi geraham bongsu selalu sakit. Salah satu nye sebab gigi tumbuh terbaring. atau melintang. just like my case. 

Ni saya share sikit mcm mana cara pertumbuhan gigi bongsu ni. Kan dia tumbuh bila kita dah kategori dewasa. Masa tu kebanyakkan gigi lain mmg dah lengkap. Biasanya gusi pon dah penuh dengan gigi and si bongsu ni nak jugak tumbuh. Bila gusi dah full, ruang untuk si bongsu ni tumbuh dah tak cukup or tak ada.. jadi dia tumbuh ikut suka hati dia je... 




ada yg vertical impaction dekat soft tissue (gum/gusi), ada yg horizontal , distal dan sebagainya la mcm dalam gambar kat atas ni..



And untuk gigi bongsu kesayangan I ni, tumbuh totally horizontal. Dan selama ni dia ada bawah gum. Lately ni, dia cuba nak menonjolkan diri. Means, start to appear slowly in between my gum. Masa proses nak appear kan gigi ni, memang sakit sgt. mcm tumbuh gigi tapi sbb gum dah tak ada ruang, gigi bongsu ni tolak gigi geraham yg kat depan dia. 

Yang I circle orang tu la 2 gigi bongsu kiri dan kanan yg tumbuh melintang. 

Sakit dia tak tau la explain cmne. Denyut2 dalam mulut and pipi pon bengkak. 

Memang berhari2 tahan dengan ubat tahan sakit je. Sampai dah tak tahan, I pergi dental clinic . Masa ni kat I ada kat Shah Alam. So pegi dekat Ooi and Khor Dental Surgery, Kota Kemuning. 


Ubat yang dentist bagi. I buat x-ray jugak untuk confirmkan masalah gigi bongsu tu. 
Lepas makan ubat for almost a week, gusi dah surut dan tak x rasa sakit. 
Dentist mmg bg referral letter untuk buat minor surgery untuk buang gigi bongsu ni. 
I pon cari dentist berdekatan rumah and buat appointment untuk operate. Scary gak la. 

Tapi,.... hari I nak operate tu, dentist ada emergency case... 

So cancel operation. 

And until now, belum operate lagi. Agaknya tak kan operate lagi la sampai at least one year from now. Risiko plak operate time2 mcm ni:P 

But alhamdulillah, dah tak sakit lepas makan antibiotik. 



5 comments:

  1. Apa je berkaitan dengan gigi memang scary kan... Huhu

    ReplyDelete
  2. Tahu tak sakit nye masa operation tu yg amat

    ReplyDelete
  3. I ada satu gigi gak dah 5 tahun dah. patutnya kena operate asik delay je smpi I pun dah malas. effect dia gigi yg kena impact tu pun x kuat. sakit. berlubang dah 3 kali tampal dah. and then ada pus makanan kat situ. baca entri athi ni buat i rasa nak pegi operate pulak..

    ReplyDelete
  4. smpi skunk fobia dgn dentist. btw done folo, folo me back ;) http://acuyuhan.blogspot.my/

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...