Thursday, December 3, 2015

Ilyaas's 4yo convocation and 1st school trip

Ni cerita bulan 11 haritu. 

17 November, Ilyaas ada Convocation Tabika Kemas.
Buat dekat D Hotel, Seri Iskandar. 

Actually, convocation untuk pelajar 4 tahun pada hari Sabtu sebelumnya, tp masa tu kitaorg semua ada kat KL sebab husband attend workshop kat Le Meridien jadi we all tak attend pon convo 4 tahun tu. Masa tu dah inform cikgu dia siap2, jadi cikgu dah simpan kan hadiah2 Ilyaas. Rupanya untuk 4 tahun, Ilyaas dapat Pelajar Harapan. dapat la satu piala/trofi. 

Untuk convocation yg diadakan dekat hotel pulak, Ilyaas sorang je pelajar 4 tahun yg join memandangkan Ilyaas dapat Anugerah Pelajar Cemerlang 4 tahun. 



Waktu menunggu nak dipanggil nama. Kesian dia boring. Umi dengan ayah amik cuti half day nak attend convocation anak. Haruslah berbangga dengan pencapaian anak.. 
Alhamdulillah. Moga cemerlang dunia dan akhirat ye sayang. 



Sekarang ni Ilyaas suka sangat buat muka pelik2 bila bergambar. 
Dah malas nak senyum betul2.

Masa nama Ilyaas dipanggil atas stage tu, nama ayah dia salah sebut. 
Dari Abdul Halim jadi Abdul Rahim. 
hahahaha. nasib la...


Ilyaas dengan cikgu kelas 4 tahun. Cikgu Anis. Terima kasih cikgu banyak mengajar Ilyaas. 
Tu trofi pelajar cemerlang. 
Trofi pelajar harapan masa ni kat rumah dah. 

Then, Hari Khamis 19 November, Ilyaas join school trip to Ipoh. Naik bus ramai2. 
Mujur Ilyaas ni jenis independent and tak takut orang, so I pon tak la risau sangat lepaskan dia pergi rombongan. Bagi duit poket Rm10 kat penjaga dia. 


Ilyaas dengan Aqil dalam bus. Cikgu Anis wassap gambar. Suka la tu naik bus. 

Itinerary asal nak ke Kidszoona, lepas tu lunch, ke balai bomba dan kolam renang Majlis Bandaraya Ipoh. tapi, last minute cikgu tukar plan. 

Lepas Kidszoona, terus ke Taman Rekreasi Gunung Lang. Lunch kat situ dan naik boat ke mini zoo di Gunung Lang. 

After that terus balik. 


Ni je gambar yg ada dalam simpanan I sbb lepas main2 kat Kidszoona, cikgu dah tak wassap gambar. 
Maybe cikgu busy jaga and kawal budak2. 

Apepun, petang tu, Ilyaas non-stop bercerita keseronokan dia join school trip ni. 
Citer naik boat la, tengok burung unta dan sebagainya. 

Yang adik, dengar je dengan muka tak puas hati..:D 

malam tu Ilyaas tidur awal sbb ngantok, penat seharian berjalan and main2.


2 comments:

  1. wahhh.. blom bole imagine nk lpskan anak utk school trip.. hehehe.. dh besar dh, ilyaas!

    ReplyDelete
  2. semoga jadi anak soleh.. berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...