Wednesday, January 11, 2012

WW: I miss Australia (part 2)

Kawan-kawan, layan je lah ye tuan punya badan ni dok rindu ausie oi oi pulak seminggu ni..












Tuesday, January 10, 2012

Frozen Baby Food Market Research

Assalamualaikum and Hi all my readers =)

My TKC sister , Kak Nurul ( mother of two) is throwing some survey regarding Frozen Baby Food Market Research.

Since most of us cook for our little fella, so this survey might help us reducing time spent in the kitchen to cook their food in the future.

So, I would like to request your kindness and generosity to spend 2-3 minutes filling up this Frozen Baby Food Market Research Survey.

Please kindly click the link below for the survey form.


Thank You All


=)

Monday, January 9, 2012

I miss Australia (part 1)

As the title said, I miss Australia.
So I take some time to glance through my old pictures.
The outcome is I want to start study back.
I want to go for field trips. (tapi sapa nak bagi Ilyaas gombeng malam2 before sleep?)

Well, I have wrote and put some nice pictures (at least they are nice to me) in my other half blog.

So, for all readers yang dihormati, jemputlah ke blog Baby Steps to My Dreams saya untuk preview I miss Australia (part 1).


Saturday, January 7, 2012

My first swimming experience

Hello aunties-aunties semua, malam ni umi kata Ilyaas kena tolong umi update blog . sebab umi tension asyik kena gigit dengan Ilyaas. Ilyaas bukan sengaja nak gigit umi, tp isi umi lembik banyak lemak (upsss, umi jangan marah ye), jadi sedap bila di gigit. Tapi takpela, since Ilyaas dah gigit umi sepanjang malam ni, so Ilyaas tolong umi update kay... Harap-harap aunties2 semua paham la baby language Ilyaas ni ye :P

Petang tadi kan, umi bawa Ilyaas pegi swimming pool. Ala dekat je swimming pool ni,jalan kaki seminit dah sampai. Tapi tak paham nape la umi xpernah bawa Ilyaas gi sini sebelum ni.. Umi bawa keta mainan Ilyaas sekali tadi. Selalu umi bagi Ilyaas main keta mainan ni dlm rumah je..tp tak best sgt sebab tak leh masuk kaki dalam lubang yang ada kat keta tu. Tadi masa kat pool tu, Ilyaas boleh main keta ni ..Best sangat tau.Umi tekan2 hon tu sampai ada sorang lagi baby sibuk nak main keta Ilyaas jugak.

Mula-mula kan, Ilyaas takut tau nak masuk pool ni sebab nampak mcm dalam je..Kalau Ilyaas tenggelam nnt macam mana...Seb baik la ada keta ni..Eh, jomlah kita tengok gambar Ilyaas main keta dalam air ni yer...=)
Ni la keta Ilyaas...


Ni paling best.main plush2 air percik kat muka..
Segar rasa sebab cuaca panas kan skrg ni..

Jom naik keta Ilyaas, Ilyaas bawa gi Gold Coast

Mana fish ni umiii?

Rehat ngn ayah sebab umi nak lepaskan gian swim dlm pool orang dewasa pulak.

Ilyaas main dlm pool tu kejap je sebab umi takut Ilyaas demam.Ye la kan ni first time Ilyaas masuk swimming pool besar. Selalu dlm baby bath tub tu je. Aunties2, comel tak baju mandi Ilyaas? Umi beli aritu..emmm rasanya dah dekat 2 bulan umi beli sebab ingt nak pegi swim masa gi rumah MamiJah kat johor aritu, tp ms tu umi n Ilyaas sama2 xberapa sihat, so postponed la aktiviti ni.. Ilyaas suka sgt baju swimming ni sbb ada gambar fish.. Umi beli kat Jusco je, brand Ogival kot, rasanye la sebab Ilyaas tak reti baca lagi..

Okay la ye aunties2 semua, Ilyaas dah sleepy ni. penat sikit malam ni swimming. tp sebab Ilyaas baik hati, Ilyaas tolong jugak umi type kan entry ni..Lagipun entry ni kan cerita first experience Ilyaas swimming...Ilyaas nak jadi mcm umi lah, suka swimming. Pastu boleh swim kat tempat2 dalam...Tak caya eh umi Ilyaas boleh swimming kat tempat dalam2? Cube aunties2 baca entry ni...umi selalu cakap dia rindu swimming, tp ntah bila la agaknya umi Ilyaas nak dpt swimming dgn intensive balik...hmmm.. 

Apepun, Ilyaas suka sgt dpt swimming n bawa keta dlm pool petang tadi. thank u umi , thank u ayah...

Published with Blogger-droid v2.0.2

Sup ikan merah & bubur nasi utk Ilyaas

Assalamualaikum semua pembaca yang disayangi =)

How's ur Saturday? Alhamdulillah, KL cerah terang benderang penuh dgn limpahan rahmatNYA..
Sangat sesuai untuk beraktiviti bersama keluarga, tapi indoor activities la, sebab the temp.is quite high. Rasanya mencecah 34-36 degrees ni.
Kami tak ke mana-mana hari ni, just duduk rumah. seperti biasa, husband terkacak akan mengemas rumah buang habuk sana sini yang suka sgt singgah kat rumah ni. While Ilyaas akan tolong umi dia masak. Ilyaas dok kat belakang umi je la tengok umi masak. Amik berkat, kot-kot nnt besar leh masuk MasterChef Malaysia ke..hehehe

Hari ni, saya masak sup ikan merah untuk Ilyaas. 
Ni la rupanya.tak berapa clear amik pic guna henpon jew..
Simple je resepi ni, tak letak garam. Tapi letak kiub ikan bilis separuh. try bagi perasa sikit dalam makanan Ilyaas. Sayur brocolli yang besar2 tu sepatutnya saya blend and campur dalam bubur dia, tp tadi tak sempat since Ilyaas dah menangis lapar n dah ngantuk. So saya just lenyek2 carrot yang dah lembut dengan isi ikan gaul dalam bubur nasi dia.

 bubur nasi Ilyaas. Just Rice and potato. Sekarang dh tak perlu blend dah nasi dia since gigi dah 6 batang 

Habis semangkuk Ilyaas makan tengah hari ni.. Sedap kot...(hahaha bagi chance tukang masak puji diri sendiri sat naaa:P)...

Okayla, makanan camni sesuai untuk baby umur 8/9 bulan ke atas. depends dgn penerimaan anak anda =) 



Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, January 6, 2012

Testing masak mee udang

Dua mingu lepas, saya tiba2 je teringin nak makan mee udang... So,bila pi shopping barang2 rumah kat Jusco, terus beli udang. Hari Ahad tu, siang2 lagi dah bagitau husband malam ni nak makan mee udang..  macam la reti nak masak mee udang kan..tapi takpe, tak jadi masalah sebab of course lah kena google resepi dulu before masak. Hasil carian di google, ini lah resepi yang saya olah2 sedikit..

Bahan-bahan:-
1 bungkus mee. separuh pun cukup dah kalau makan berdua je
bawang putih dan bawang besar 
Udang putih (yang telah dibuang kulit) + Kepala udang
Fish cake
Telur
Cili giling
Sos tomato dan sos cili
Sos tiram
Taugeh dan Sawi 
kiub ikan bilis/ maggi cukup rasa /garam

Cara-caranya:-
1)Kisar kepala udang dalam blender, ataupun tumbuk. Tapis air yang diperolehi dari kepala udang.
2)Tumis bawang putih dan bawang besar dalam kuali.
3) Masukkan cili giling bersama sedikit air dan  biar cili masak
4)Kemudian masukkan tiga-tiga jenis sos + air ikut kepekatan yang disukai
5) Masukkan air dari kepala udang tadi dlm kuah 
6) Bila kuah dah mendidih, boleh masukkan kiub ikan bilis/garam/maggi cukup rasa
7)Masukkan udang dan biar sekejap. And kuah is ready
8) dalam periuk lain, celur mee dan sayur-sayuran
9) Sedia dihidangkan bersama fish cake yg digoreng n telur rebus...



Btw, husband kata rasa mee udang ni more to mee curry sebab masa saya tumis tu, saya tumis sekali dengan  daun kari..so last2 turns out jadi mee kari udang..hehe, tp simple recipe je ni, tu tak jadi kot.hehehe..