Friday, January 6, 2012

Testing masak mee udang

Dua mingu lepas, saya tiba2 je teringin nak makan mee udang... So,bila pi shopping barang2 rumah kat Jusco, terus beli udang. Hari Ahad tu, siang2 lagi dah bagitau husband malam ni nak makan mee udang..  macam la reti nak masak mee udang kan..tapi takpe, tak jadi masalah sebab of course lah kena google resepi dulu before masak. Hasil carian di google, ini lah resepi yang saya olah2 sedikit..

Bahan-bahan:-
1 bungkus mee. separuh pun cukup dah kalau makan berdua je
bawang putih dan bawang besar 
Udang putih (yang telah dibuang kulit) + Kepala udang
Fish cake
Telur
Cili giling
Sos tomato dan sos cili
Sos tiram
Taugeh dan Sawi 
kiub ikan bilis/ maggi cukup rasa /garam

Cara-caranya:-
1)Kisar kepala udang dalam blender, ataupun tumbuk. Tapis air yang diperolehi dari kepala udang.
2)Tumis bawang putih dan bawang besar dalam kuali.
3) Masukkan cili giling bersama sedikit air dan  biar cili masak
4)Kemudian masukkan tiga-tiga jenis sos + air ikut kepekatan yang disukai
5) Masukkan air dari kepala udang tadi dlm kuah 
6) Bila kuah dah mendidih, boleh masukkan kiub ikan bilis/garam/maggi cukup rasa
7)Masukkan udang dan biar sekejap. And kuah is ready
8) dalam periuk lain, celur mee dan sayur-sayuran
9) Sedia dihidangkan bersama fish cake yg digoreng n telur rebus...



Btw, husband kata rasa mee udang ni more to mee curry sebab masa saya tumis tu, saya tumis sekali dengan  daun kari..so last2 turns out jadi mee kari udang..hehe, tp simple recipe je ni, tu tak jadi kot.hehehe..

2 comments:

  1. nak sedap time tumis tu tambah serbuk jintan sikit.. sikit je. hihi.

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...