Monday, July 9, 2012

Kelebihan Ber-Diaper Clutch

Assalamualaikum semua,

Hari ni saya nak cerita pasal kelebihan menggunakan diaper clutch.
Diaper clutch atau lebih senang cerita, tempat salin baby dalam satu beg kecil bersaiz clutch sahaja!
Dalam bahasa orang putihnya, Baby Changing Station in a Clutch!

Berikut ialah beberapa kelebihan menggunakan diaper clutch:-

1. Menggantikan beg bayi yang besar, berat dan bulky ketika kita keluar outing.

2. Ringan, kecil serta sgt portable/mudah diuruskan menggunakan sebelah tangan sahaja.

3. Dijahit secara one-to-one basis dengan penuh kasih sayang. Handmade ok.

4. Terdiri daripada pilihan fabrik 100% cotton yang cantik.

5. Boleh digantung pada stroller atau car seat bayi. Kerana mempunyai penggantung berpelekat velcro.
Tadaaaa,  ringan je, sangkut kat stroller. No more stroller terbalik bila angkat baby
coz gantung beg baby yg berat kat belakang stroller.


6. Mempunyai 2 poket yang mampu memuatkan 2-3 pampers, baby wipes, 1 baby bottom bum, 1 baby nappy rash, 1 baby powder and 1 set of baby suits/rompler. Semuanya item mestilah yang bersaiz travelling pack ye.
The size and inside look

Picture courtesy of my happy client
7. Ada elastic band untuk elakkan barang dari terkeluar. Dan kelihatan sgt kemas selepas di ikat.

Picture courtesy of my happy client


8. Lengkap dgn toy ring. Boleh jugak digunakan untuk sangkut baby pacifier.

9. Soft padding PUL changing mat yang memudahkan ibu/ayah nak salin pampers baby. And kalis air juga!

10. Bergaya dan cantik!

Jadi, kami di MyHafiy Blogshop ada banyak design yang sgt cantik untuk semua ibu di luar sana. Saya yakin sewaktu berhari raya nanti, diaper clutch ni akan jadi penyelamat untuk semua parents yang membelinya. Sebab, tak perlulah lagi kita usung bag baby yang berat dan besar-besar tu untuk berjalan menziarahi sanak-saudara.

Cukup dengan pengguna Diaper Clutch (brand SnuggBaby) ni sebagai peneman ada dan bayi berhari raya. Ringkas, Mudah dan Bergaya lagi tau!!!!

Harganya pun murah je, cuma RM50....

Untuk sesiapa yang berminat, jenguklah blogshop kami atau facebook page kami...




Terima Kasih=) Sebar-sebarkan lah pada rakan-rakan dan saudara mara anda...


Takziah utk keluarga Allahyarham Afifi

I had so many things to update since I did quite a number of activities over the weekend. Balik Penang, makan nasi kandar, shopping baju raya Ilyaas and visited both of my grandparents.

But, last two days, Saturday midnight, I read a news-feed in FB. A junior of mine updated her status saying Takziah to one of our UTP junior. I was shocked reading the news and quickly let my husband know about it.

Well, personally I don't know arwah...Maybe we have meet in the campus, but I did not notice. But cerita permergian arwah agak tragis, jadi menggamit saya untuk menulis satu entry takziah buat keluarga beliau memandangkan kami sama-sama warga UTP, menuntut ilmu di bawah bumbung yang sama.

He was on his way back to UTP from Mid-Semester break together with 3 other friends. His friends drove from Johor and then pick him up from KL after he celebrated his mother's birthday that night and continue their journey to UTP. Unfortunately, dorg terbabas masa nak elak lopak air and langgar besi penghadang jalan.. He died at the location while his other friends are injured..

Untuk cerita lanjut, boleh baca di link ini..

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Afifi Emara.


Thursday, July 5, 2012

Ilyaas Hafiy Milestone @ 15 months


Ilyaas Hafiy : Pemberani Yang Mulia
DOB: 25 March 2011, Ampang Puteri Hospital

Alhamdulillah, dah 15 bulan 1 minggu lebih dia hari ni. Sangat masam, especially bila bangun tidur. Mulut bau susu,leher bau peluh. Ketiak bau peluh. Kalau kena kejut pagi-pagi secara paksa, sure mengamuk. Tapi kalau dia bangun pukul 6.30 pg, maknanya in 30minutes, dia akan bagi hadiah 'kek' kat ayah dia. Umi surrender, skrg ayah handle Ilyaas kat toilet most of the time. Umi sakit pinggang nak bongkok-bongkok cuci poo-poo awak. 


Update Ilyaas pada usia 15 bulan...
Masa kat Ganu with my TKC friend


  • Berjalan sgt laju, separa berlari. Kalau bukak sliding door kejap je, sure dia dah ada depan pagar rumah. Takpun, main pili air kat luar rumah. 
  • Mulut pot-pet pot-pet.. Suka sebut uuuummmmiiii bila menghadapi sesuatu kesukaran.Contohnya, tak dpt amik mainan kat tempat tinggi. Tak pun sebut aaaaayyyyaaahhhhh kalau ayah nak keluar rumah, terkedek-kedek lari nak kejar Ayah dia..
  • Antara words lain... Nakkk nii, Bobob=Boboiboy la, daaaaaa (ntah apa maksud), ammmmmm (amin pas baca doa makan ke, doa lepas azan ke)..
  • Faveret skrg tgk BoboiBoy. Pakai baju BoboiBoy. Pakai cap makan BoboiBoy. 
  • Suka berjoget kalau dgr lagu kat tv..antara lagu faveret selain lagu boboiboy, lagu KLMU, KK Metropolitan, 1 Malaysia...Patriotik kan ?
  • Makan semua jenis benda. Roti canai, spaghetti sup, spaghetti meatball, carbonara semua laju. Nasi lemak, nasi goreng, nasi kuah kari ngn telur pun laju. Sup ayam tak yah cakap la.
  • Dah stop breastfeeding. Tapi ada masa dia curi minum saki baki susu yang ada kat miss B. Layankan aje. rindu agaknya. Boleh baca kat entry ni camne saya stopkan Ilyaas dari susu badan. A difficult experience!
  • Minum Dumex Dugro dengan jayanya. Kalau hari panas, dia bangun malam 2-3 kali. Kalau hujan, or tidur kat tempat aircond, tak bangun langsung! Bahagia. I have my beauty sleep la mcm tu.
  • Selasa pakai Cloth Diaper! Dia suka sgt pakai. So, boleh umi tambah stock. Nanti share ngn adik ye.
  • Merisaukan sbb selalu terjatuh dan lebam kat dahi. Tiap hari ada je kecederaan dia ni. Terkapit jari kat pintu la, terhantuk kat dinding la, jatuh depan rumah ke, tarik wayar smpi cerek jatuh. Macam-macam . Worried ok worried! Nak child proof mcm mana lagi tak tau la.. 
  • Feveret bulan ni, tenung toys dlm magazine Pa&Ma umi, bagi hint dia nak toys tu. Aduh, padahal tu toys utk baby je nak oooii. Sure nak toys adik nnt ni..Last-last, page tu terkoyak dah pagi tadi..Comel !
  • Suka main shapes toys. Dah pandai masukkan shape bulat, segi empat and segitiga dlm holes yang betul.
malu-malu plak dia.
tu tshirt faveret dia.
dgn topi yg dia suka pakai tercampak kat tepi tu.

  • Time solat Maghrib, sure dia nak join sekali. Terbongkok-bongkok cuba nak sujud. Baca quran sekali.. Dia amik buku tulis, buat-buat baca quran. Alhamdulillah. 
  • Very amaze with azan kat TV1 since kecik lagi. even until now.
  • Anak soleh , InsyaAllah.
  • Masuk kereta, suka tukar radio ke CD sendiri. N tak reti dok diam dalam kereta. So kena ikat dlm carseat sorang2 kt belakang. Ni cara sy nak bagi Ilyaas disiplin dlm car seat.
  • Suka makan keropok lekor ok! Keropok keping pun suka gak! Mmg org Ganu lah! Terbaik
  • Gigi dah 9. Dan bakal tumbuh lagi. 4 atas, 4 bawah, 1 geraham atas.
  • Kalau terjaga tgh malam, and tak leh tidur...mula lah memanjat badan umi. nak baring atas umi. Berat nak ooooiii...last-last baring atas ayah..lebih empuk dan selesa. Tertidur cmtulah dia.. Manja!
  • Satu lagi, dia dah pandai socialize. dan kenal ahli keluarga. tak takut dah kat grandparents, pakcik makcik dia. 



Comel, manja, nakal, taat, dan menghiburkan hati! Itulah Ilyaas Hafiy kami. Semoga jadi anak soleh ye sayang.




Kisah RPD

Dalam entry smlm kan, saya sgt emotional before RPD sy. Hampeh sungguh.
Seb baik dah lepas.
Lega.

Klu nak baca cerita panjang kisah RPD, boleh la baca kat entry ni yer.

Terima Kasih.

Petang ni nak balik penang.esok nak pi makan nasi kandaq.

Jangan jelez!

Bye.

Eh Eh, sat sat... Jenguk dulu MyHafiy Blogshop ye :) Tima Kacih !


Wednesday, July 4, 2012

Emotionally unstable few hours before RPD

Well, my RPD or in its long name Research Proposal Defence will start in few hours.
But weirdly, I am being very emotional and nothing related to my RPD.
First, to make sure I am concentrating on the presentation and get some motivation, I tried to listen to You Raise Me Up song in Youtube, but end up, I was crying!
Rasa mcm orang gilo tibe2 tgh reading my presentation and suddenly cry.
I was imagining my dad, who always raise me up when I am down, also my mum, and also my husband.

And be a bit more emotional sebab pagi tadi got little argument with husband on topic nescafe o is not a coffee o. You get me or not? of course la nescafe o bukan kopi o. kan? nescafe is a brand.kopi is another product dr kopi cap hang tuah ke, cap kapal layar ke..to my understanding la..
Lepas nyatakan my opinion, now I feel bad about it.
Salah I tak pegi tukar nescafe o husband ke nescafe susu..
so dia terpaksa minum something yang dia xsuka.
salah i jugak sbb x prepare breakfast kat rumah , and end up makan kat luar.

ahhhhh,
tak leh camni..emosi tak stabil
pastu pagi ni je dah 4 kali ulang alik gi toilet.
baby tibe2 dok push pundi kencing umi ye?

ok, bye.
kena cari mood focus nak RPD.

Salam aleykum...


Monday, July 2, 2012

Ayam Panggang Oregano & Nasi Planta berCendawan



Sebelum study malam ni, nak kena share kisah resepi menjadi. Kalau tidak, tak tenang nak belajar ni. Bukan apa, excited ni sebab kembang kempis hidung terasa bangga dpt buat ayam panggang tanpa pakai oven... 
Ni menu kami sekeluarga malam ni
Ayam Panggang Oregano
Nasi Planta dgn Mushroom
Coleslaw
Sup Potato and Vegies (tp dlm pic ni takde kuah sup, amik isi sup je)
Sup tu khas untuk Ilyaas makan sorang :P

Resepi ni sgt senang and confirm jadi. Rujukan asal dari buku 23 Resepi Pilihan by Chef Hanieliza (Menu Buku Resepi PTS)



Ayam Panggang Oregano

Bahan-Bahan
2 keping paha ayam (size besar) - dibersihkan
1 ulas bawang putih (saya guna dua ulas) - dicincang halus
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk oregano
1 sudu makan minyak zaitun (saya ganti ngn minyak jagung sbb takde olive oil)
2 sudu makan sos barbeku 
1 sudu makan sos Worcestershire brand Lea&Perrins
1 biji lemon (saya guna half limau kasturi sbb takde lemon)

Cara Membuat
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali lemon/limau kasturi
2. Perahkan lemon/limau kasturi dan gaul rata. Perap selama beberapa jam
3. Bakar ayam gunakan pemanggang di atas dapur
4. Hidangkan dgn sos lada hitam dan sos cili

* saya perap semalaman dalam peti ais frozen supaya senang pas balik uni,terus defrost dan masak *
Ni before masuk peti ais sejuk beku.

dalam proses memanggang ---errrr panggang ke camni..
nasib la labu, i xde oven lagi, so guna non-stick frying pan jadilah..
Kalau ada oven senang la, xyah pusing2 ayam tu selalu..
apa saya buat ialah, every few minutes, tukar position ayam, so that masak dua-dua side and x hangit either side.




Untuk Nasi Planta berCendawan pulak, saya pakai resepi sendiri je...boleh la share kat sini..hehehe

Nasi Planta Bercendawan



Bahan-bahan
2 pot beras-dibasuh dan ditoskan
1 ulas bawang besar-dipotong besar
1 ulas bawang kecik -di penyekkan
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
Garam secukup rasa
Planta satu senduk nasi
2 butir white button mushroom-dipatung dadu/kecil

Cara Memasak
1.Masak Nasi macam biasa dlm rice cooker
2.While Nasi tengah masak, panaskan kuali kat atas dapur
3. Tumis semua bahan-bahan bersama planta
4. Gaulkan cendawan bersama bahan-bahan dalam kuali
5. Masukkan garam secukup rasa
6. Dah cair semua (tak perlu garing), tuang ke dalam rice cooker yang tgh memasak nasi tu
Time tumis bahan-bahan di atas sebelum di campur dgn nasi yang tgh dimasak dlm rice cooker
Kacau nasi dgn campuran ni supaya rasa planta sekata pada keseluruhan nasi

Okaylah, nak kena concentrate study. Esok ada rehearsal RPD. Rabu RPD. 
RPD-Research Proposal Defence. 
Doakan saya dpt buat yang terbaik and tak gugup sgt masa present nnt ya! Thanks =)

Btw, tempoh memasak semua ni termasuk sup + coleslaw ialah 45minutes to 1 hour je. 






Kelahiran Normal Selepas Pembedahan Caesarean?


Artikel ni sy dpt dr positive parenting. Sekarang sy mmg sediakan diri dgn ilmu VBAC ni. Apa tu VBAC? It's Varginal Birth After Ceaseran. Seperti some of you might now, I gave birth through Emergency Ceaser to Ilyaas last year. And I hope I can do normal birth for my second child, InsyaAllah will join our family next year in January. 

So, artikel ni sedikit sebanyak bagi moral support for me utk VBAC. Mudah-mudahan, kita hanya merancang kan, Allah yang tentukan..

Jom baca artikel ni =)

Berminat dengan Baby Changing Station in a CLUTCH? Boleh tengok kat MyHafiy Blogshop



Ketahui peluang anda menjalani kelahiran normal selepas satu pembedahan caesarean serta risiko dan kebaikannya.
Oleh Profesor Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Obstetrik dan Ginekologi.

Sebelum ini, wanita yang pernah menjalani pembedahan caesarean perlu menjalani pembedahan yang sama untuk semua kelahiran yang seterusnya. Namun demikan, pada hari ini, wanita sudah boleh merancang untuk melalui kelahiran semula jadi. Ini dikenali sebagai kelahiran normal selepas caesarean (VBAC).
Mencuba kelahiran normal selepas satu pembedahan caesarean adalah lebih selamat dan kurang berisiko berbanding pembedahan caesarean yang rutin. Kebanyakan doktor akan mengesyorkan kelahiran normal daripada pembedahan caesarean. Pastikan anda sentiasa mendapatkan nasihat doktor sebelum membuat sebarang keputusan.
“Bolehkah saya menjalani VBAC?”
1) Lazimnya, masih selamat bagi anda untuk menjalani VBAC jika pernah menjalani satu pembedahan caesarean sebelum ini.
2) Lazimnya, VBAC tidak akan disyorkan jika anda pernah menjalani dua atau lebih pembedahan caesarean.
Risiko yang Terbabit Dalam VBAC
Wanita hamil dengan parut daripada pembedahan caesarean akan berisiko kecil untuk mendapati parut pada uterusnya terbuka semasa mengalami sakit kelahiran. Komplikasi yang dikenali sebagai pecah rahim ini boleh membahayakan nyawa. Namun demikian, peluang untuk berlakunya pecah rahim dengan VBAC tunggal (kajian tidak menunjukkan keputusan untuk kehamilan berganda) adalah hanya sebanyak 1 hingga 2 peratus sahaja.
Kebaikan VBAC
  • • Lebih selamat. VBAC akan mengurangkan kemungkinan anda mendapat jangkitan dan kehilangan darah yang serius atau mengalami komplikasi berkaitan pembedahan.
  • • Dapat menjalin ikatan dengan bayi yang baru lahir dengan lebih awal. Anda boleh terus memegang bayi anda selepas menjalani VBAC yang berjaya. Ini adalah lebih cepat berbanding setelah menjalani satu pembedahan caesarean. Anda juga boleh mula menyusu bayi dengan susu ibu sejurus selepas kelahirannya.
  • • Pemulihan yang cepat. Jangka masa untuk anda tinggal di hospital adalah lebih singkat selepas satu VBAC berbanding selepas pembedahan caesarean. Dalam pada masa yang sama juga, anda akan mendapat semula tenaga dan stamina anda dengan lebih cepat.
  • • Kurang mahal. Satu VBAC yang berjaya adalah lebih murah berbanding pembedahan caesarean yang terancang.