Monday, July 2, 2012

Kelahiran Normal Selepas Pembedahan Caesarean?


Artikel ni sy dpt dr positive parenting. Sekarang sy mmg sediakan diri dgn ilmu VBAC ni. Apa tu VBAC? It's Varginal Birth After Ceaseran. Seperti some of you might now, I gave birth through Emergency Ceaser to Ilyaas last year. And I hope I can do normal birth for my second child, InsyaAllah will join our family next year in January. 

So, artikel ni sedikit sebanyak bagi moral support for me utk VBAC. Mudah-mudahan, kita hanya merancang kan, Allah yang tentukan..

Jom baca artikel ni =)

Berminat dengan Baby Changing Station in a CLUTCH? Boleh tengok kat MyHafiy Blogshop



Ketahui peluang anda menjalani kelahiran normal selepas satu pembedahan caesarean serta risiko dan kebaikannya.
Oleh Profesor Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Obstetrik dan Ginekologi.

Sebelum ini, wanita yang pernah menjalani pembedahan caesarean perlu menjalani pembedahan yang sama untuk semua kelahiran yang seterusnya. Namun demikan, pada hari ini, wanita sudah boleh merancang untuk melalui kelahiran semula jadi. Ini dikenali sebagai kelahiran normal selepas caesarean (VBAC).
Mencuba kelahiran normal selepas satu pembedahan caesarean adalah lebih selamat dan kurang berisiko berbanding pembedahan caesarean yang rutin. Kebanyakan doktor akan mengesyorkan kelahiran normal daripada pembedahan caesarean. Pastikan anda sentiasa mendapatkan nasihat doktor sebelum membuat sebarang keputusan.
“Bolehkah saya menjalani VBAC?”
1) Lazimnya, masih selamat bagi anda untuk menjalani VBAC jika pernah menjalani satu pembedahan caesarean sebelum ini.
2) Lazimnya, VBAC tidak akan disyorkan jika anda pernah menjalani dua atau lebih pembedahan caesarean.
Risiko yang Terbabit Dalam VBAC
Wanita hamil dengan parut daripada pembedahan caesarean akan berisiko kecil untuk mendapati parut pada uterusnya terbuka semasa mengalami sakit kelahiran. Komplikasi yang dikenali sebagai pecah rahim ini boleh membahayakan nyawa. Namun demikian, peluang untuk berlakunya pecah rahim dengan VBAC tunggal (kajian tidak menunjukkan keputusan untuk kehamilan berganda) adalah hanya sebanyak 1 hingga 2 peratus sahaja.
Kebaikan VBAC
  • • Lebih selamat. VBAC akan mengurangkan kemungkinan anda mendapat jangkitan dan kehilangan darah yang serius atau mengalami komplikasi berkaitan pembedahan.
  • • Dapat menjalin ikatan dengan bayi yang baru lahir dengan lebih awal. Anda boleh terus memegang bayi anda selepas menjalani VBAC yang berjaya. Ini adalah lebih cepat berbanding setelah menjalani satu pembedahan caesarean. Anda juga boleh mula menyusu bayi dengan susu ibu sejurus selepas kelahirannya.
  • • Pemulihan yang cepat. Jangka masa untuk anda tinggal di hospital adalah lebih singkat selepas satu VBAC berbanding selepas pembedahan caesarean. Dalam pada masa yang sama juga, anda akan mendapat semula tenaga dan stamina anda dengan lebih cepat.
  • • Kurang mahal. Satu VBAC yang berjaya adalah lebih murah berbanding pembedahan caesarean yang terancang.

5 comments:

  1. have your reading on VBAC & endless pray mudah2an dapat VBAC jugak. insyaAllah bole :)

    ReplyDelete
  2. akak dpt bersalin normal after bersalin czer. gap sgt2 dekat. 1st kid umur setahun, akak pregnant balik. but alhaldulillah, sepanjang pregnant xde sebarang masalah and alhamdulillah dpt bersalin normal...

    banyak2 kan berdoa, insyaallah allah akan permudah kan segala nya...

    ReplyDelete
  3. thanks FrH:)

    Kak Ana: Oh yeke,akak pun lahirkan anak sulung on czer eh? xpernah tau pun selama dok baca blog akak. thanks ye. iAllah kena doa2 byk2..

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan..trima kasih atas perkgsian pngalaman dgn pembaca

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...