Wednesday, February 12, 2014

My 27th Birthday

Alhamdulillah, 2 Feb aritu, saya dah genap 27 tahun.
Satu je doa saya di dalam hati masa hari lahir saya haritu..supaya Allah panjangkan usia mak dan ayah saya..
Bila saya dah makin dewasa, menjangkaui three series, bermakna, mak dan ayah makin tua.
Makin menghampiri usia pencen dari perkhidmatan awam.
Sedih saya bayangkan betapa sakitnya mak nak lahirkan saya dulu.
1 Feb aritu, lepas solat maghrib (masa tu saya kat kampung sebelah husband), saya amik kesempatan telefon mak saya di rumah. Sembang mcm biasa..
Towards the end of the conversation, saya ucapkan thank you dekat mak sebab susah payah melahirkan saya.
saya anak sulung, mak sakit nak bersalin lagi lama dari sakit masa nak lahirkan adik2 lain.
Masa ckp tu, air mata dah mengalir sikit2..Mak dapat detect kot perubahan suara..
Dia pegi buat lawak pulak...

Malam tu jugak, ada sessi tiup2 lilin..My sweet mother in law, bersusah payah pergi beli kek untuk celebrate birthday saya. Tersentuh sgt hati..Husband sy sendiri pon x ingt nak beli kek, mak dan adik ipar yg ingt..Thanks so much mak  and adik2 ipar...

Tapi, malam tu ingatan sy mmg pada mak saya...27 tahun yg lepas, mak dah masuk hospital sbb sakit nak lahirkan saya..

My mum,
Seorang wanita yg sangat2 pentingkan anak-anak dan suami.
Lebih dari diri sendiri. Lebih dari segala-galanya.
Saya pulak, kategori anak yg keras hati. degil jugak la (sikit-sikit)
Saya ingt lagi, masa darjah 3, first time saya wakil sekolah jadi atlet acara lumba lari 100m and 200m dekat peringkat daerah.
Mak masa tu tgh pregnant adik no 3.
Mak balik awal from office, nak bagi support kat anak dia.Mak ayah datang padang kilat kat butterworth.
dengan perut boyot mak peluk saya sebab saya dapat no 3 larian tu..heheheh..sukanya bila ingat balik.

Masa darjah 4, saya pernah ponteng kelas sebab join acara sukan peringkat negeri..
mak kejutkan saya pukul 4 pagi sebab saya banyak ketinggalan dalam pelajaran.
mak bancuh milo, mak temankan saya studi.
sejak dari hari tu, saya mmg jadi sorang yg selesa studi di awal pagi.
hasil berkat doa usaha mak, saya dapat 5A masa upsr, dpt pulak masuk TKC,
mak berat hati nak lepas sy pergi.
tp mak sokong. mak hantar..tiap2 bulan mak pegi lawat sampai emosi sy dah stabil tinggal di asrama.
Duit ringgit jgn cakapla..Mak ayah bukan kerja besar, tp dorang ikat perut nak bagi anak2 yg terbaik.

Panjang kalau nak tulis pasal mak.
Saya ada bnyk gambar dgn mak.
Tapi saya tak kan upload dalam ni lagi.
mak tak suka gambar dia ada kat internet..
itu pesan mak. jadi sy ikut je la..

Doa saya sempena hari lahir saya, supaya Allah beri kesempatan pada saya utk terus ucapkan terima kasih pada mak saya sebab susah payah melahirkan, menyusukan, membesarkan dan melayan kerenah saya ni..

Semoga Allah panjangkan usia mak dan ayah saya..

dengar lagu ni, buat emosi tak stabil.Syahdu sgt..

Kau dibuai mimpi dia jaga,
Kau bersenang dia bekerja,
Untukmu tiada terbatas,
Memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu,
Kehidupan yang sempurna,
Punya kekuatan jiwa,
Punyai maruah,

Leterennya dari rasa luhur,
Menegur sebelum terlanjur,
Itulah yang diwarisi,
Pesan Ibu terpahat di hati,

Beringat-ingatlah berpesan-pesan,
Untuk kebaikan,
Marah bukan kebencian,
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa,
Berjiwa merdeka,
Sedang dia semakin tua,
Membilang usia,

Di saat kau berjaya,
Dia tiada berdaya,
Semoga kau tak lupa
Jasa Bonda

Marah bukan kebencian,
Tapi tanda sayang



Tuesday, February 11, 2014

Majlis Doa Selamat utk Zarifa

Hari Sabtu aritu, I bangun awal sikit, buat kerja thesis sikit, then siapkan anak-anak sebab kitaorg nak bertolak gi KL. Nak attend majlis doa selamat sekaligus dengan birthday celebration untk anak saudara I merangkap anak susuan I, Nur Wafiatul Zarifa. Hari Jumaat aritu, 7 Feb,Zarifa dah genap satu tahun..dengan izin Allah, anak istimewa ini dapat menyambut usia 1 tahun. 

pukul 11.30 kitaorg sampai KL...khemah putih purple dah tersergam indah depan rumah brother in law i..
rasa mcm kenduri bertunang..



ada candy buffet jugak..budak2 mmg dok ulang alik ke meja candy buffet ni je lah. Ilyaas xlayan sangat candy candy ni..dia dok jaga agar agar merah ...bukan jaga, dia tukang habiskan...

Majlis mula lepas solat zuhur..Jemaah surau datang baca doa selamat..


Ahli jemaah surau kota kemuning yg memeriahkan majlis..

masa doa selamat ni, I duk bawak Ilyaas pergi toilet. dia skrg dah mmg tak pakai pampers dah waktu siang.so kena rajin bawa melawat toilet la..
Imani lepak dgn mak  sedara dia kat luar..Lega gak la, since balik CNY Imani dah kurang clingy dgn I..
at least dia nak la dkt mak2 sedara n nenek dia..klu tak, jenuh nak entertain dia sorang.



Ni la mak sedara kesayangan Imani, cik ana yg tgh induction nak masuk kerja. Comel kan Imani ? hehehe puji anak jap yer...Dia skg dah tak nak pakai headband2 ni..dia nak pakai cekak je..rasa dia dah besar la tu..klu dia tgk I pakai cekak dalam rumah, dia renung je cekak I, dia ingt ummi pakai cekak dia kot..

Bila bagi pakai cekak, dia sengih2 rasa dia dah cantik la tew..



Ni birthday cake kedua untuk Zarifa. yg kek no 1 ada dlm entry Zarifa is 1. Kawan biras I buatkan ni. Dah la details dia cantik, mcm wedding cake dah I tgk..rasa dia pulak sedap...moist sgt red velvet dia..kejap je hidang dah habis..
Ilyaas makan sepotong lebih..pastu petang tu main basikal, masuk angin dalm perut terus termuntah keluar warna merah..semua orang terkejut ingt dia muntah darah..padahal dah makan red velvet banyak, dgn jadi along kawasan jaga agar2 merah nenek dia buat kan..semua yg keluar kaler merah la..


Gambar princess Zarifa =)

Geram budak masham ni,,, nak gigit pipi labuh dia..
Good Job Jippa..dah pandai meniarap tau..

and last but not least



Zarifa dgn Umi Athi

Jippa baru sudah minum susu tu, pastu ngantuk, umi athi nak tidurkan, tp kena amik gambar dulu...



Monday, February 10, 2014

For cotton lovers like me

Lepas balik Terengganu masa cuti CNY aritu, mil I dah terpikat tgk kain2 yg I beli utk buat diaper clutch next batch.. Pastu mil tanya boleh ke tak kita pegi sendiri kedai cotton yg I slalu beli online. sbb mil i jahit nursing cover (yg I tolong jualkan), jadi nak rasa dulu kelembutan kain cotton tu, sesuai ke tidak nak di gunakan as nursing cover...

I pon cepat2 la contact kawan I yg jadi stokis kain cotton tu tanya boleh ke tak kitaorg nak pergi kedai cotton yg supply cotton kat dia, mintak alamat bagai...

So semalam, sampai la I bersama husband, anak2, mil and adik ipar ke kedai kain cotton ni..
Kedai ni nama dia Pemborong Cotton dComel...
Husband park keta depan kedai tu je, I terus ckp haaaa dh nampak kain coton yg I berkenan...



Gambar atas belah kiri tu kain cotton yg I berkenan. Corak bunga2 kecik color blocking ..tp last-last tak beli pon corak tu, sebab TERLALU BANYAK corak lain yg lebih cantik, menarik, the bomb sgt!

Rambang mata mcm nak makan semua kain cotton tu.. Dah la kaler terang-terang,cantik sgt. Mcm2 jenis ada, nak soft color ada, pastel ada, pinky-pinky, striking, semua ada..Klu nak buat baju kurung,mmg sgt banyak pilihan..Nak cotton utk bedsheet ke, sarung tilam baby ke, semua ada..mcm2 corak..pastu kualiti mmg bagus sgt la..tak keras..n lembut, sejuk je..

Seriously, gorgeous sgt corak2 yg ada..Cute plak..



Masa pegi ni pon I pakai blouse from english cotton..kena sgt la dgn tema nak pergi borong kain cotton. 
Kedai ni pemilik dia orang Islam, pekerja dia semua orang Islam. Jadi dia sentiasa bukak ayat-ayat Quran. Tenang je rasa. kedai pon bersih..so I biar je anak-anak lepak.Imani siap merangkak n sepahkan kain2 yg dorang dah susun kat rak..

Kat sini, cara nak pilih kain, korang boleh tgk katalog..pastu tulis code dia, n bagitau nak berapa meter..Nak corak je ke, or nak kain plain je ke..Pastu bagi kat assistant kedai tu, nnt dorang potongkan ikut berapa meter korang nak.Minimum boleh potong 2m..kalau 1m, dorang tak leh potongkan..

Kalau xnak tgk code dlam katalog, korang boleh pilih kain2 yg dah dipotong dekat rak2 . Ada yg 2m, ada yg 4m. Yang 4m, siap ada dh matching utk kain n baju (jenis kain plain/polkadot n baju corak bunga2)..
Adik ipar I yg baru nak berkhidmat sebagai doktor minggu depan borong 6 pasang kain nak buat baju kurung! I borong jugak...hahaha

Masa dok menunggu orang kedai tu potong kain yg kitaorg order, I still cant stop searching dlm kedai tu.semua rak i dok belek2 sbb seriously geram mcm nak beli the whole kain yg ada...cantik cute mute sgt!




yang husband I pulak dok ckp " habislah abang, lepas ni setiap kali dtg KL, syg ajak datang sini"

hahahah, mana ada, kalau nak beli borong baru datang sini. kalau tak order from stokis je kot..

kalau beli borong, 10 pasang (4m x 10pasang) dpt sepasang (4m) Rm55..jadi semeter Rm13.75 je..Jauh murah dari Nagoya and Jakel. tapi kualiti n corak cun.kalau beli lebih dari 10pasang, harga still sama., unless korang nak beli sampai 50 pasang, baru dpt harga lagi murah.yg tu I tak ingt berapa ringgit sepasang...

tapi kalau nak beli satu dua pasang je, baik order dari stokis..boleh dapt harga lagi murah. Kalau kat kedai, sepasang (4m) RM85...



Ok ni la signboard kedai tu..lokasi dia kat taman melawati, sebelah MRR2..dekat2 butik Abby Abadi u all..

signboard dia tulis pemborong selipar..tp tak jual pon selipar tu..hahah dulu2 ke dorg jual selipar, skg jual cotton je..


ni facebook dia

Alamat kedai tu: 9165 Jalan Negara, Taman Melawati, 53100 KL..
No fon ada kat gambar tu..
Tapi, kalau gi kedai ni, kena belian secara borong je la..
So nak beli sikit2 kurang dari 10pasang (40m) korang order dari kawan I ni k. Panggil dia Munirah..

korang klik gambar bawah ni, nnt direct link ke fb page dia..


Dan sebelum i end kan entry ni, nak tayang kain cotton yg I borong semalam....



Cantik tak????

Sebenarnya nak beli banyak lagi corak...especially paisley yg soft2..tp kena kontrol la nafsu..

hahahah, beli ikut keperluan jer...

tu pon dah 2 jam kitaorg spend masa kat kedai tu..

kalau nak jimat, korang pilih code dekat fb page Munirah (cotton mommymonster) and suruh dia call kedai tanya stok..nnt korang amik je la dari Munirah..dia buat service delivery area Paka, Kemaman, Kerteh, and around KL. 

Kalau lain dari kawasan tu, kena tambah duit postage la...




Saturday, February 8, 2014

Zarifa is 1 year old!





First and foremost, syukur ke hadrat Allah SWT...our sweetheart, Zarifa is already 1 year old yesterday, 7 February 2014. Masha Allah, praised to Allah. 1 year ago, she was born and was diagnosed with Trisomy 18 and heart problem, which also known as Edward Syndrome. A genetic problem in Chromosome No.18.
But Allah is the greatest planner of all. Doctors cakap her life span was only 15 days. Wikipedia also mentioned that. Despite her T18 and also heart problem, Zarifa is still with us. She celebrated many events with us. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...


And I am so glad that I was given chances by her parents, to be part of Zarifa's flesh and blood.She consumed my milk. And she is my daughter too! Thanks Abang Min and Kak Ezri. 


And below, is what a father of T18 baby said ....courtesy of Abang Min's fb...


My prayers sempena ulang tahun pertama Zarifa, to see her play with my birthday gifts! 



Zarifa has definitely thought me that life is not about waiting for the storm to pass. It's about learning to dance in the rain. 


Love you to the moon and back,
Umi Athi



Wednesday, February 5, 2014

Jumpa dentist blogger Dr Harzlen Harun


Assalamualaikum, 

Masa cuti CNY aritu, aktiviti pertama kami kat Terengganu ialah pegi jumpa dentist. 
dentist yg I kenal melalui blogging...heheheh. Rasanya dah nak masuk 3 tahun baca blog harz since dia bersalin kan Qasyaf.. Kebetulan Ilyaas ngn Qasyaf sebaya..beza bulan je..
Plan asal nak pegi hari ahad/isnin ...tp dah alang-alang sampai Terengganu awal, kitaorg gi hari Khamis. pepagi dah whatsapp Harz tanya klinik bukak ke tak..

from rumah parents in law i senang je nak gi klinik ni.lokasi klinik pergigian dr harzlen ni dekat chendering, berhadapan SMK Chendering, and istana baru. 
Just nearby KT Skill Institute, father in law i punya institute.. (hehe promote jap, sapa nak hantar adik ke sedara belajar kemahiran membaiki aircond or electrical stuff, boleh contact KT SKill ni yer, scholarship di sediakan!)



Budak budak nampak ruang mainan ni terus excited la nak bermain-main... Masa sampai tu Harz tgh suap Qasyaf and Qisya makan..
Comel je duduk rapat2 mummy suap makan...
Ada je babysitter dorang kat klinik tu, tp dua budak ni manja kededek ngn mummy dorang. Mummy nak check patient baru dorang terpaksa lepaskan mummy pergi buat kerja..
I kesian jgk tgk Harz kena handle anak2 sambil handle klinik and patients, tp at least anak2 dia behave and dgr ckp. So tak menyusahkan pon..Puas tgk anak membesar depan mata sendiri.

rawatan yg I amik dekat klinik harz cuma check gigi Imani ngn Ilyaas je. kebetulan Imani mmg dah schedule check gigi kt klinik kesihatan kerajaan. Jadi I dah bagitau nurse KK nk pegi jumpa private dentist sendiri..



Ilyaas behave sgt masa check gigi ni. Dia ikut je apa doctor cakp..ni first experience ilyaas jumpa dentist. Dia tak nangis, x takut pun.. 
Terus kena puji gigi cantik.. kembang idung umi dia dgr sbb tiap2 mlm mmg wajib gosok gigi sebelum tidur.. and I mmg control jugak la pengambilan gula-gula utk Ilyaas bila dia dgn I la.kalau kat rumah babysitter tu pernah je nampak dia dok makan gula-gula..

Masa check Imani, fuhhh drama sgt. I kena baring atas kerusi dentist tu dengan dia sekali sebab dia baby lagi kan..too small for the chair..Walaupun I baring sekali n peluk dia, masa harz nak bukak mulut dia nangis meraung mcm sakit... padahal tak pon, aunty harz nak tgk gigi dia je..ada kuning sket, so harz cuci dgn kapas..yg lain2 ok..

Harz sgt baik...Sweet je tp nampak gaya cam tegas jugak..heheh


tq harz for the treatment. I mmg dah lantik u jadi dentist anak-anak I.. next time balik ganu I plak nak buat scaling...n check apa yg patut..

I beli tooth mousse ni jugak from harz. first time tau pasal benda ni..The nite before nampak Harz upload kt IG, tup tup dia promote kat klinik gak. tp masa tu ada perisa vanilla n mint je. mesti la amik vanilla. harz jual rm70 je.. nak tau kepentingan tooth mousse ni boleh baca entry kat blog harz.

Dah cuba pakai kat diri sendiri n kat anak-anak..so far ok n dorang takde masalah apa2...
rasa dia of course sedap mcm cream manis...

Btw ni blog Klinik pergigian dia...pergilah usha..ada senarai harga servis2 kat klinik ni jugak...



Ni I amik gambar tp x clear.tgk kat blog harz je la eh...



Tuesday, February 4, 2014

Skip Hop Water bottle (RM28 include postage)

Bee

Lady Bug

Monkey

Owl

Swaddle Pod newborn- 5kg ( With Cap) RM55

Brown Bear
RM 55 include postage

Colorful Dots
RM 55 include postage



Oren Dots
RM 55 include postage


Pink Bear
RM 55 include postage


Green Dots
RM 55 include postage


Purple Star
RM 55 include postage

To order: email: myhafiy_blogshop@yahoo.com
or whatsapp/sms ke 0194488744