Wednesday, March 5, 2014

My Utara Family

Hari ni mood cakap utara lagi....sapa tak paham habaq mai, nnt kami explain ok..

Aritu masa balik BM, sepupu kami ada buat makan2 sempena besday anak dia merangkap anak sepupu kami la.. Nama dia Arshad, ni birthday dia yg ke 5. Sebab depa semua dah bagitau awai2, jadi kami dah siap la beli hadiah, balut comel-comel... Kami beli buku latihan ABC dgn 123 ja, sesuai la kot utk Arshad yg tgh dok tadika..

depa kata nak start majlis lepas zohor..
lepas semayang zohor kat bayan lepas(kami pi tgk tok kami kat byn lepas), kami bertolak pi sg.seluang. sg.seluang ni kampung sebelah ayah kami. 
adik beradik ayah kami ada 9 orang. semua ada anak, tp kami tak larat nak kira berapa semuanya sepupu2 kami...ramai sgt..pastu generasi cicit and piut pon dah ramai....

Masa sampai tu kami lepak dkt pangkin dulu.. 
tau tak pangkin tu apa?
macam pondok ni .....


ni la rupa pangkin kat rumah pak ndak kami...
untung la kami ni ada kampung halaman lagi.
dapat merasa suasana kampung...
sampai Ilyaas ngn Imani dok excited tgk lembu ayam ikan semua..
ni kat rumah pak ndak..
pak ndak kami tu bomoh rawatan islam....
dia yg dok pakai kopiah janggut putih tu, mmg macam tok bomoh la..
tapi orang nya sgt pelawak..n suka bgi duit raya banyak2..
kecik2 selalu paw dia..

dok kat pangkin ni mmg layan nak tidoq ja la..angin tiup sepoi2 bahasa...belakng tu pulak sungai (yg dah tercemar sbb kilang )...
masa kecik2 kami pernah terjun dlm sungai tu...hahahaha...mak cita la sbb mak pon terjun sekali nak selamat kan kami masa tu baru umur 3 ka 4 tahun, tp dah galak nak main dgn sepupu yg besar dok berkubang dlm sungai tu...

Makanan mmg banyak gila...mmg biasa dah, kalau buat makan2 kat belah family ni, mesti makanan melimpah ruah...menu aritu ada bihun sup, laksa, kuih muih pelbagai jenis, kek, agar-agar, ketupat ngn rendang daging, nasik impit, ais krim malaysia, dadih...



Mak kami buat murtabak cream cracker..letak inti sardin...rasa sedap gila! 
sekelip mata dah habis..

masa potong kek, anak teruna kami paling excited..
sampai ptg smlm dok ckp nak beli kek..
alahai nak, hujung bulan ni birthday umi pi beli kek ok.




Anak dara kami pulak, dalam proses berkenalan dgn mak cik pak cik tok cik sepupu sepapat dia..
Dia dah lena masa on the way nak mai, jadi mood dia ok la. sapa pegang pon dia ok ja..


Tuesday, March 4, 2014

Pengalaman naik Jambatan Kedua Pulau Pinang (JK2PP)

Weekend aritu, kami empat beranak balik Penang sat..
Bagi korang yg dok follow blog ni, tau la my parents mmg dok Penang, tp bukan kat Penang Island, kami orang Bukit Mertajam...

Hari Ahad tu, kebetulan ada urusan family kat Jitra, and on the way balik tu kami semua lajak sikit tak exit kat Juru... Sebab dah pakat pakat excited nak test naik Jambatan Kedua Pulau Pinang JK2PP...

Actually, I dgn husband la yg excited memula nak naik, maklumlah PM announce toll free selama sebulan, lepas ni kami balik Penang dah kena toll dah.. So sementara dah ada kat Penang, jom la kita try naik sementara free. Tp masa sampai kat Seberang Jaya, I dah rasa mcm tak patut je naik sebab kereta mcm banyak.. Call ayah habaq kat dia tak yah la naik takut jem...Ayah plak kata takpa takpa, biasa la tu jem petang Ahad...Amboi, orang dok Penang relax ja kalau jem...kami orang Perak ni pulak malas nak jem-jem ni... Sebenarnya Ayah tu dah dok terbayang bayang nasik kandar kat pulau, tu dia sanggup meredah jem, lagi satu bukan dia yg bawak keta...dia dok sebelah ja...

Kami bergerak dengan dua kereta..kereta kami dgn kereta ayah. Ilyaas mestila naik kereta Wan dia..



Walaupun kereta banyak, kami tetap teruskan misi nak jejakkan kaki kat JK2PP ni.. hahaha, last last tak turun kereta pun masa atas jambatan, so tak jejak kaki la jugak..hahahah

Kena exit tol PLUS dulu...bayar tol sekali la..ni plaza tol terbesar kat Malaysia. ada 28 tol gates.


Pastu baru nampak dari kejauhan tol JK2PP..

time ni dah tersangkut dalam jem...Alahai, menyesal la sgt tp dah tak boleh patah balik dah..
Imani dok lena ja mula-mula..tp dah nak dekat Maghrib, gerak dia..terus dia lapar. 
makanan dia dah habis..so gombeng je kerja. Sian gak kat dia..tp dah tersangkut dalam jem, nak buat camne..
Bukan ada RnR ke apa nak stop..

Ayah plak dapat masuk fast lane, sebab ada pekerja Rela yg jaga kat situ lepaskan ayah masuk fast lane. 
Cepat je la ayah sampai pulau..
Kami ni sangkut dlm jem sampai pukul 8 lebih baru sampai Bayan Lepas. 
Exit plaza tol Plus pukul 6 lebih. 



Semua orang nak benda percuma kan..so ramai la yg dok excited nak try JK2PP ni...

sebelum tol tu ada tempat solat, tandas, n playground.situ pon penuh yang amat dgn umat manusia. 

Jambatan kedua ni lagi panjang dari yg first..and tak straight sgt. mcm bentuk S sikit.. 

Dah sampai island, kami pi solat dulu kat Sg Nibong..Pstu ingt nak pi Nasik Kandar Beratur...But rasa lewat dah n semua pakat2 letih dah..Kami pi Jelutong ja..
Pekena nasik Kandar Deen..

Ok la, tak la sedap sgt, tapi sedap la jugak..hahahahah

Still kena beratur panjang gak...so kira sama ja la dgn Nasik kandar Beratur..hahahah



Tu ja la first experience naik JK2PP..
tak best pon...
Jerebu, tak nampak apa..
jem teruk. buat penat ja...


Thursday, February 27, 2014

Untuk korang yang suka handmade items


Walaupun I ni jenis tangan keras and tak berapa kreatif sangat, tapi I suka sangat sangat pada benda-benda yg hand made items...Tambah lagi yang di buat dari rumah, home-basis business.. 

Dah ada beberapa collection barang2 handmade, contohnya mcm baby carrier i customized design from NeezaNeedles. Handbag yg orang jahit sendiri pon ada satu beli dari Maika E-boutique..Purse yang hand made pon ada gak tp tak ingt beli kat mana, cap and hat hand made utk anak-anak pun ada gak,yang tu order from Okinokiyo. Memang suka sgt ngn barang2 hand made ni sebab biasanya kita boleh customized ikut kehendak kita, pastu dapat adjust2 size etc...Harga biasanya lagi mahal sikit la dari yg dah ready stok kat pasaran, tp kena pandai cari...so far Ibeli semuanya kira murah gak la...

Sekarang ni tgh season suka hand made brooch, bracelet and rings...



Myself wearing mother and daughter love brooch hadiah my friend bagi masa bersalinkan Imani last year. 
Kawan I buat sendiri tau ni, dia yg bancuh colour tu, masukkan dalam acuan, and lekatkan batu2 swaroski tu semua

ni close up my brooch 
kalau nak order kaler lain pon boleh gak..nak glitter2 pon boleh. 
tu yang best bila kita order barang handmade ni..



Ni pon brooch yg I order from my friend jugak..
I cakp nak kaler soft pink, terus dia bancuh kan warna pastel2 n buat mcm ni. 
Baru2 ni order lagi corak burung dalam ribbon ni tapi buat warna pastel purple and white pulak plus dark purple mix pastel kaler ..

Masa raya last year, sebab dah tak de idea nak bagi hadiah apa kat mak cik2 n nenek n cousins sebelah my mum (i mmg kalau raya selalu bgi hadiah kat kaum wanita sebelah family my mum), so I order brooch from my friend ni...


Ni la antara brooch2 tu..setakat ni my friend ada corak burung lovebirds (my fav), mother and daugther's love mcm yg kat atas tu, corak butterfly, roses, horse, queen Elizabeth. 
Kaler mmg kita boleh pilih sendiri la...tp sebab dia bancuh sendiri kan, so setiap kali bancuh kaler tu, warna dia akan berbeza tone la sikit..ada sekali tu dia buat lime green mix white, lawa gila...yg tu I bg kat aunty I...
pagi2 raya dorang pakai...besar hati I sbb dorang appreciate my gift. 
Kalau brooc mcm ni my friend jual satu Rm6..maybe la rasa mahal sket, tp kena paham la sbb dia bancuh warna tu n tunggu semalam untuk warna tu kering n terbentuk dalam acuan dia...tp kalau order banyak2 dapat la murah lagi.


Lepas suka handmade brooch, sekarang dah terjebak dalam handmade bracelet pulak..
Ni baru je dapat 2 bracelet I order. One for myself, one for my mum..
I order charm bracelets. So best la boleh pilih2 charms yg kita nak. 

This one is mine. Mula2 my friend nak letak dragon fly..tp I request nak clay flower yg kecik tu. 
and I yg bagitau my friend kalau boleh nak mix kan chains dengan crystal, so jadi la charm bracelet separuh antique chain, separuh crystal chains...
crystal tu cun sgt, sebab mcm telur dinosour. I kan geologist, so mmg suka la bab2 fossil ni..:P
Harga i punya customized bracelet ni RM27 je. 
I rasa murah la sbb kalau beli kat kedai kat supermarket selalu more than rm30
ni I boleh pilih sndiri charm, request design apa, pastu ukuran pon dah suitable with my wrist




yang ni pulak for my mum. tak sure la dia suka ke tak. klu dia x suka, I pakai.hhahhahah
I pilih silver love chain utk my mum..combine with smaller purple crystal and deco with clay flowers and love charm. 


yang ni plak my friend buat utk kawan dia kot..
matching mum's bracelet dgn gelang kaki baby...
cute sgt. 



yang ni pon I suka, tp lebih kurang mcm I order gak la...cuma full antique chain


Ni utk kembar kawan I....cute gila ada stroller charm


Sebenarnya kalau korang pegi kat facebook page dia, mcm2 design pattern dia dah buat.
sgt lawa sgt rambang mata nak pilih.
I paling suka Album The Kuching Collection...

Kawan I ni husband dia duduk kat Kuching, so dia mmg selalu gi sana, n dia ni kreatif pastu guna simbol2 orang sarawak utk design bracelet n necklace dia...


Ni pops ring dia buat..
I ada order satu tp belom siap lagi..
I order sekali satu set dgn brooch. 
I pilih gambar shadow black n white mummy tolak stroller. 
tp bukan yg geng gojes punya gambar la..klu nak yg tu pon kita boleh order gak...
Kalau nak buat rantai ke gelang ke cincin yg mcm ni, korang boleh pilih gambar apa nak lekat kat situ, pastu nnt kawan I ni boleh print n lekatkan guna special resin n design jadi apa yg korang nak..


Korang yg suka usha2 benda2 handmade ni, jemput la pegi tgk page dia..
Klik saja kat gambar bunga matahari kat bawah ni...

Btw harga setiap item dia buat berbeza beza ikut jenis chain, berapa byk charms, jenis crystal etc...
pepandai la order dan pilih




Happy Window Online Shopping


btw most of her designs are mostly inspired by public figures.






ok till then...



love,
athi





Wednesday, February 26, 2014

It's good to see the sea

Sepanjang minggu lepas, kitaorg agak busy la ke sana ke mari. 
Ada urusan family nak kena uruskan. But we were glad to offer our help, sekadar kemampuan kami.
Towards the end of the week, we managed to squeeze some time and go to the beach. 
It was good to see the sea again. 
This time around, we went to Teluk Batik. 
Sebab kebetulan we were staying at my sis-in-law's rented house in Seri Manjung. 

Bangun pagi2 Ahad, before breakfast lagi, kami dah pergi beach. 
Since Imani belum pernah rasa air laut lagi, kitaorg try la bagi dia main air laut...
Dia takut! 
Sama perangai macam abang Ilyaas dia..




Tengok la reaction dia bila ayah nak bagi kaki dia kena ombak n pasir pantai...

Muka struggle je nak gantung kaki tak nak bagi jatuh.
but gravity wins! 

Initially we thought Imani is brave than Ilyaas. 
Ilyaas since baby lagi, mmg takut pantai, takut ombak and takut laut. 




Look at that!
My Ilyaas was crying out his lung bila kaki dipukul ombak.
Hai la anak-anak, umi and ayah sgt suka main2 ombak tepi pantai...
Anak2 pulak tak suka langsung...
Takut and nangis berjemaah lagi tu




Finally Ilyaas berdiri keras kat beach sambil pujuk umi dengan ayah jom la balik..jom la balik...
My funny son...
Hopefully nnt dah besar sikit, tak takut laut lagi ye. 
Bawa pergi Mt Kinabalu pon asyik ajak balik sebab sejuk..
Common kids, you both should love the nature...
Or perhaps, both of you are still small to enjoy the nature kot...

Umi dengan ayah je berangan nak jogging dekat beach la, nak picnic la..tunggu korang besar sikit lagi la nampak gayanya...

After all, it was good to see the sea again. Even though just for a short time..
Hoping for a short family vacation, but looking to my planner and tight calender, we can't afford to throw a weekend trip, not until after Raya..


Tuesday, February 18, 2014

First cinema experience

Hari Sabtu aritu, kitaorg 4 beranak pegi tgk movie dekat cinema for the first time. Movie pilihan kitaorg ialah The Lego Movie. citer yg tengah hot sekarang ni. Since hari Khamis dah menabur janji dekat Ilyaas nak bawak dia pegi tgk Lego Movie. Sampai menangis budak tu sebab dia ingt nak bukak citer lego kat TV. jenuh pulak explain kat dia yg kita kena pergi kedai baru boleh tgk movie ni...budak-budak baby lagi kan, mana la nak paham sgt. 

Hari Jumaat malam, try bg dia tgk trailer Lego Movie ni..berulang ulang kali jugak la dia tgk...So, hari sabtu, kitaorg bangun awal, mcm biasa umi dgn ayah study sikit sebelum anak-anak bangun. Keluar gi breakfast n terus gi Aeon Kinta City. Nak beli tiket pukul 10.50 pagi...dapat harga murah plak tu. RM7 per seat. amik 3 seat. Kalau amik couple seat RM26. so baik amik 3 seat kan murah lagi...


Budak excited nak tgk movie for the first time

Plan asal nak bagi Imani tidur dalam cinema..tp dia dah terlelap masa menyusu dalam kereta...so mmg masalah la sikit bila bawak budak umur setahun ni.. Imani kan baru dpt kaki, so kerja dia nak turun naik tangga dalam cinema tu..
Ada pulak budak2 lain yg layankan dia..
dah bosan dlm tu, I bawa Imani keluar...pusing2 dlm kawasan TGV tu...selfie kejap dlm toilet..


Btw, I mmg bawa sweater siap2 utk anak2 sebab cinema kan sejuk..
Siap bawak bantal kecik sbb plan nk riba Imani spnjg tgk movie..
Towards half time movie baru Imani start mengantuk..susukan dia, then dia terlelap..dapat la umi pon layan citer ni..

Basically the lego movie ni best jugak la..Semua benda lego! buih sabun, air laut semua lego..citer dia simple je..pasal ordinary construction worker, Emmet yg tibe2 terpilih jadi The Special One...yang buat movie ni lain mestilah sbb everything dlm citer ni ada lego.. towards end of the story baru ada watak manusia..hahha, tak nak citer banyk2, tak surprise la kan .....

Ilyaas mmg enjoy sgt tgk movie ni..tergelak gelak ...dah la kuat..satu wayang dgr..mmg puas hati la bawa dia pegi.. Imani je la susah sket...tp end up well je bila dia dah tertidur...






So sesapa yg belum tgk lagi, boleh la plan pegi tgk movie ni weekend ni...best best =)

comel n warna warni...

Wednesday, February 12, 2014

My 27th Birthday

Alhamdulillah, 2 Feb aritu, saya dah genap 27 tahun.
Satu je doa saya di dalam hati masa hari lahir saya haritu..supaya Allah panjangkan usia mak dan ayah saya..
Bila saya dah makin dewasa, menjangkaui three series, bermakna, mak dan ayah makin tua.
Makin menghampiri usia pencen dari perkhidmatan awam.
Sedih saya bayangkan betapa sakitnya mak nak lahirkan saya dulu.
1 Feb aritu, lepas solat maghrib (masa tu saya kat kampung sebelah husband), saya amik kesempatan telefon mak saya di rumah. Sembang mcm biasa..
Towards the end of the conversation, saya ucapkan thank you dekat mak sebab susah payah melahirkan saya.
saya anak sulung, mak sakit nak bersalin lagi lama dari sakit masa nak lahirkan adik2 lain.
Masa ckp tu, air mata dah mengalir sikit2..Mak dapat detect kot perubahan suara..
Dia pegi buat lawak pulak...

Malam tu jugak, ada sessi tiup2 lilin..My sweet mother in law, bersusah payah pergi beli kek untuk celebrate birthday saya. Tersentuh sgt hati..Husband sy sendiri pon x ingt nak beli kek, mak dan adik ipar yg ingt..Thanks so much mak  and adik2 ipar...

Tapi, malam tu ingatan sy mmg pada mak saya...27 tahun yg lepas, mak dah masuk hospital sbb sakit nak lahirkan saya..

My mum,
Seorang wanita yg sangat2 pentingkan anak-anak dan suami.
Lebih dari diri sendiri. Lebih dari segala-galanya.
Saya pulak, kategori anak yg keras hati. degil jugak la (sikit-sikit)
Saya ingt lagi, masa darjah 3, first time saya wakil sekolah jadi atlet acara lumba lari 100m and 200m dekat peringkat daerah.
Mak masa tu tgh pregnant adik no 3.
Mak balik awal from office, nak bagi support kat anak dia.Mak ayah datang padang kilat kat butterworth.
dengan perut boyot mak peluk saya sebab saya dapat no 3 larian tu..heheheh..sukanya bila ingat balik.

Masa darjah 4, saya pernah ponteng kelas sebab join acara sukan peringkat negeri..
mak kejutkan saya pukul 4 pagi sebab saya banyak ketinggalan dalam pelajaran.
mak bancuh milo, mak temankan saya studi.
sejak dari hari tu, saya mmg jadi sorang yg selesa studi di awal pagi.
hasil berkat doa usaha mak, saya dapat 5A masa upsr, dpt pulak masuk TKC,
mak berat hati nak lepas sy pergi.
tp mak sokong. mak hantar..tiap2 bulan mak pegi lawat sampai emosi sy dah stabil tinggal di asrama.
Duit ringgit jgn cakapla..Mak ayah bukan kerja besar, tp dorang ikat perut nak bagi anak2 yg terbaik.

Panjang kalau nak tulis pasal mak.
Saya ada bnyk gambar dgn mak.
Tapi saya tak kan upload dalam ni lagi.
mak tak suka gambar dia ada kat internet..
itu pesan mak. jadi sy ikut je la..

Doa saya sempena hari lahir saya, supaya Allah beri kesempatan pada saya utk terus ucapkan terima kasih pada mak saya sebab susah payah melahirkan, menyusukan, membesarkan dan melayan kerenah saya ni..

Semoga Allah panjangkan usia mak dan ayah saya..

dengar lagu ni, buat emosi tak stabil.Syahdu sgt..

Kau dibuai mimpi dia jaga,
Kau bersenang dia bekerja,
Untukmu tiada terbatas,
Memberi tak minta dibalas

Ingin dibinanya untuk mu,
Kehidupan yang sempurna,
Punya kekuatan jiwa,
Punyai maruah,

Leterennya dari rasa luhur,
Menegur sebelum terlanjur,
Itulah yang diwarisi,
Pesan Ibu terpahat di hati,

Beringat-ingatlah berpesan-pesan,
Untuk kebaikan,
Marah bukan kebencian,
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa,
Berjiwa merdeka,
Sedang dia semakin tua,
Membilang usia,

Di saat kau berjaya,
Dia tiada berdaya,
Semoga kau tak lupa
Jasa Bonda

Marah bukan kebencian,
Tapi tanda sayang



Tuesday, February 11, 2014

Majlis Doa Selamat utk Zarifa

Hari Sabtu aritu, I bangun awal sikit, buat kerja thesis sikit, then siapkan anak-anak sebab kitaorg nak bertolak gi KL. Nak attend majlis doa selamat sekaligus dengan birthday celebration untk anak saudara I merangkap anak susuan I, Nur Wafiatul Zarifa. Hari Jumaat aritu, 7 Feb,Zarifa dah genap satu tahun..dengan izin Allah, anak istimewa ini dapat menyambut usia 1 tahun. 

pukul 11.30 kitaorg sampai KL...khemah putih purple dah tersergam indah depan rumah brother in law i..
rasa mcm kenduri bertunang..



ada candy buffet jugak..budak2 mmg dok ulang alik ke meja candy buffet ni je lah. Ilyaas xlayan sangat candy candy ni..dia dok jaga agar agar merah ...bukan jaga, dia tukang habiskan...

Majlis mula lepas solat zuhur..Jemaah surau datang baca doa selamat..


Ahli jemaah surau kota kemuning yg memeriahkan majlis..

masa doa selamat ni, I duk bawak Ilyaas pergi toilet. dia skrg dah mmg tak pakai pampers dah waktu siang.so kena rajin bawa melawat toilet la..
Imani lepak dgn mak  sedara dia kat luar..Lega gak la, since balik CNY Imani dah kurang clingy dgn I..
at least dia nak la dkt mak2 sedara n nenek dia..klu tak, jenuh nak entertain dia sorang.



Ni la mak sedara kesayangan Imani, cik ana yg tgh induction nak masuk kerja. Comel kan Imani ? hehehe puji anak jap yer...Dia skg dah tak nak pakai headband2 ni..dia nak pakai cekak je..rasa dia dah besar la tu..klu dia tgk I pakai cekak dalam rumah, dia renung je cekak I, dia ingt ummi pakai cekak dia kot..

Bila bagi pakai cekak, dia sengih2 rasa dia dah cantik la tew..



Ni birthday cake kedua untuk Zarifa. yg kek no 1 ada dlm entry Zarifa is 1. Kawan biras I buatkan ni. Dah la details dia cantik, mcm wedding cake dah I tgk..rasa dia pulak sedap...moist sgt red velvet dia..kejap je hidang dah habis..
Ilyaas makan sepotong lebih..pastu petang tu main basikal, masuk angin dalm perut terus termuntah keluar warna merah..semua orang terkejut ingt dia muntah darah..padahal dah makan red velvet banyak, dgn jadi along kawasan jaga agar2 merah nenek dia buat kan..semua yg keluar kaler merah la..


Gambar princess Zarifa =)

Geram budak masham ni,,, nak gigit pipi labuh dia..
Good Job Jippa..dah pandai meniarap tau..

and last but not least



Zarifa dgn Umi Athi

Jippa baru sudah minum susu tu, pastu ngantuk, umi athi nak tidurkan, tp kena amik gambar dulu...