Thursday, June 16, 2016

Ramadan 2016- anak-anak



Assalamualaikum semua. Hari ni dah 11 Ramadhan dah. I baru nak wish everybody Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Sorry for the delay. 

Berpuasa tahun ni sgt2 lain pengalamanya pada I. Ni kali pertama berpuasa dlm keadaan sarat mengandung. Start puasa pada minggu ke 34 pregnancy. Mulanya risau jugak memikirkan mampu ke tak berpuasa tahun ni. Tapi, syukur setakat 10 hari sebelum ni, berjaya menghabiskan ibadah puasa. Berjaya berterawikh jemaah (sama ada di rumah dgn husband/family or di surau). Nikmat sgt dpt laksanakan dua ibadah yg hanya muncul dalam bulan Ramadhan ni je. Syukur Allah swt masih beri kekuatan walaupun ada flaws nya..

To be honest, ni bukanlah pengalaman pertama puasa dan mengandung. Anak no 1- puasa time hujung2 first trimester. Memang lembik and xleh makan bnyk. sahur pon roti and telur je hari2. Tapi masa tu tumpuan hanya pda diri sendiri dan suami.. jadi tak rasa letih sgt pon. 
Anak no 2-puasa masa tgh 5 bulan pregnant. Penat tu biasalah, but lebih energetic compare to msa puasa time first trimester. Ni anak no 3, time third trimester, totally pregnant dgn perut besar ni. Pergi mana pon, orang (even strangers) akan bertanya, eh bila due ni...akak dulu kalau besar ni dah mcm ni mcm ni...Comel je akak2 ni berkongsi pengalaman masing2..Alhamdulillah, dorang concern. walaupun stangers. 

Tuesday, June 14, 2016

Work Trip to Cameron Highland



Alamak! Scroll post dalam draft, rupanya baru perasan I haven't posted this Cameron Highland work trip lagi! Actually benda ni jadi masa 7-8 April lepas. Dah 2 bulan lebih...


Sebenarnya, kitaorg pergi CH kali ni atas urusan kerja. Ada meeting and workshop untuk research centers. Both husband n myself dalam group research yg sama mission nya. So, both kena attend. 

Mula-mula mcm xnak gi salah sorang, sbb tak tau sapa nak tolong jagakan anak2 kami. 
But, Alhamdulillah, kitaorg bawa jugak, dan mintak tolong our colleague's wife untuk jagakan while we attended the meeting. 

Since dah bawak anak2 , kena la entertained dorang berdua dulu sebelum dua2 kena kurung dalam bilik hotel je.

Kami bertolak around 9am dari rumah. and reach CH around 11am. 
Terus pergi cari strawberry farm untuk bagi anak2 pengalaman strawberry picking. 

Monday, June 13, 2016

My backyard laundry

Laundry dalam rumah kitaorg boleh dikategorikan sebagai my husband's playground sebab urusan basuh baju kebanyakkannya lah husband yg akan uruskan. 

Bukan setakat basuh baju, jemur baju, lipat baju dan juga iron baju. 
Ada kesempatan I tolong2 kecuali iron baju mmg jarang2 I tolong sebab I sangat2 tak suka iron baju. 
Lebih rela pakai baju kedut dari panas2 ber-iron:D

Anyway, laundry kitaorg boleh dikatakan dekat open space.
Developer mmg siap2 buat paip untuk washing machine dekat yard belakang rumah. 
Design asal, yard ni tak de cover pon, ada pintu and dinding paras dagu orang dewasa. 

Design asal dari developer. Kawasan sebelah kanan gambar ni yg ada tembok berlubang menegak tu lah kawasan yard @ laundry kami. 


Kawasan laundry dari pandangan luar, lepas dah pasang grill, awning dan
 dah tukar pintu kepada jenis tinggi.
Kalau tak buat semua ni, mmg tak boleh nak jadikan laundry sbb hujan akan masuk, 
dan bahaya nak letak washing machine kat sini. 
Expose sgt. 

So lepas dah pasang semua ni, kami membasuh baju kat sini je la. 
tapi jemur still kat luar rumah. 


Our 6th yr wedding anniversary

11 June 2010- 11 June 2016

Genap 6 tahun hidup bersama. 
Alhamdulillah, untuk tahun ke -6 ni, kami bakal menerima cahaya mata ketiga dalam tempoh lebih kurang sebulan dari tarikh anniversary ni. 
Tambah koleksi IH.
Syukur sangat2 atas semuanya. 

Tahun ni anniversary kami jatuh dalam bulan puasa. Jadi tak celebrate mana pun. Tahun lepas dekt Tips of Borneo, Kudat atas urusan kerja + jalan2. 
Tahun sebelumnya di Delft, Holland. 
Before that, kalau anniversary, pasti pergi bercuti.

Untuk tahun ni, hari 11 June tu penuh dengan aktiviti-aktiviti mengemas rumah. 
So, tak ada gambar pun untuk hari tersebut. gambar2 yg ada ni semua sebelum tarikh anniversary. 

A week before anniversary. 
Dekat Bukit Panorama, KT. 

Thursday, June 2, 2016

Pengalaman Root Canal Treament sewaktu pregnant

For the last three weeks, I mengalami sakit gigi yang sgt tak selesa. 
Ianya bermula dari bengkak pada gusi wisdom tooth. I memang ada wisdom tooth yg baring dan belum dibuang lagi. Pernah dah sakit sebelum ni, just before I knew that I am pregnant. Citer original kat sini. At the same time masa sakit gigi tu, I kena sinus. Macam selesema, with lots of kahak. 
Pada awalnya, I pergi klinik panel biasa because I thought it was tonsil infection.Doc bagi mouth gargle je coz mmg tak nampak tonsil bengkak, but some putih2 dekat gusi like infections, he said. 

Few days later, sakit tu belum hilang. So, I asked my dentist friend (Dr Rabiah who is furthering her PhD in Forensic Dentistry in Adelaide Uni, Australia) about my condition. With her suggestion, I knew it's not related to my tonsil, but my wisdom tooth. So, cepat2 I pergi jumpa local dentist. 

So, it comes out that my gusi that covers my wisdom tooth was bitten by my upper back tooth coz the above gusi tengah bengkak (at this time, belum tahu reason kenapa gusi atas bengkak). 
Doc do some scaling, and prescribed me with Amoxicillin Antibiotics which is safe for pregnant lady While the bitten gusi dah baik, I feel another painful feeling dekat my geraham belah atas pulak. 
Amoxicillin Antibiotic

Friday, May 27, 2016

Kisah Anak-anak

Assalamualaikum,

Fuuuuhhhhh... cari mood nak menaip kat sini. Ada baaaannnyyyaaakkkkk sangat nak citer kat blog, tapi tak sempat :(
Alasan lama tp itu benar. Nak tunggu kerja habis, mmg tidak akan habis. So, let's take a break from any science. Kita menulis pasal kehidupan pulak.

Well bila sebut kehidupan, mestilah anak-anak Ilyaas, Imani dan baby IH3 yg jadi keutamaan dalam hidup I.

Ilyaas baru je balik dari lawatan sekolah ke TLDM Lumut. ni merupakan his second school trip. Last yr (4yo), dia dah pernah follow one day trip ke Ipoh dengan Tabika Kemas.
Nak kata I risau nak lepaskan dia tu, tak la sangat. Sebab mungkin I mmg jenis mak2 yg tak la fanatik sgt worry kat anak tu. Dah terbiasa kot.
After all, Ilyaas agak pandai jaga diri sendiri.
I bekalkan dia biskut chipsmore, air kotak, air kosong and roti sandwich telur.
Alhamdulillah, semuanya habis.


Minggu sebelum lawatan, dia ada exam or penilaian di sekolah. 
Setiap malam kena study and buat revision. 
Dari segi subjek, I rasa dia ok semua kecuali English! 
Waaaaa, payah sikit nak pujuk dia hafal vocab dalam English. 
Apatah lagi nak ingat ejaan. 
Maths for additional dia dah ok, tapi minus dia belum betul2 grasp lagi. 
But I am so proud of him on the Malay reading. Ilyaas dah lancar membaca BM. 
Satu buku cerita dia dah boleh habiskan sendiri. 
Siap take over baca buku cerita malam2 untuk adik Imani. 
Harini pon dia bawa buku cerita Nabi Yunus dan Ikan Nun ke sekolah, nak baca dengan kawan2. 

By the way, Ilyaas dah register untuk darjah 1 di sekolah berdekatan rumah kitaorg. Dia orang ke -80 yg register darjah 1 utk tahun 2018. 

Imani pulak, makin manja dengan I. makin dekat nak bersalin, menjadi2 kemanjaannya. 
Kadang2 layan jugak la but sometimes I am too tired, kesian dia. 
Imani sgt emosi. 
Dia tak suka org tolong dia buat kerja. 
Contohnya smlm nak kemas baju dalam almari baru. I amik hanger, dan tlg hang kan gown dia. Dia punya la marah, menangis2 sebab dia tak nak gown tu di gantung. Lepas tu, mula dia buat perangai, sampai ludah air liur kat gown tu. Adooooiiii, rasa nak marah sgt kat dia. Tapi control jugak, walaupun mulut membebel. I biarkan je dia nangis, I gi kemas almari Ilyaas dulu. Mujur la Ilyaas jadi very easy to handle nowadays. 

Lama2 baru Imani stop nangis and dengar cakap. Tp dia ni payah sikit nak say Sorry and Thank You! Harap sgt la dapat terapkan 5 magic words dalam diri anak-anak ni sejak dari kecik.
Kat sekolah Imani good girl ..tu yang teacher dia selalu cakap. 
Antara aktiviti2 Imani buat kat skolah...(gambar cilok from FB)

Doktor Imani

Makcik Imani jual donut

So cute. Just like me! ahahahahha


Bus driver! 

IH3
This little baby dalam perut, kadang2 buat umi ngn ayah panic jugak la. 
Berapa kali dah braxton hicks. semalam constant rasa cramp. mujur bila baring nak tidur, cramp hilang. Dapat tidur nyenyak lagi. 
Movements dia pon kuat. Biasanya dah rasa nak terkencing je setiap kali IH3 berpusing2. 
Last week ada buat 3D scan dkt KPJ BM. Muka sama macam Kak Imani :D 
hahahahahah...
Berat last week was 1.5kg. Umi harap baby dpt gain weight banyak2 ye...
Date untuk czer dah tetap...tak sabar nak jumpa baby, tp umi takut..:d 

Ok tu je la dulu hari ni. hari lain kita update pasal kehidupan lagi.



Friday, May 13, 2016

Some tummy pictures


27 Weeks

28 Weeks

No tummy. only fat cheeks
One happy family at baby IH3 check up at 29 weeks

Yesterday, 30weeks

at UTP Quality Day where le hub receive his award :)

Rezeki baby