Tuesday, June 14, 2016

Work Trip to Cameron Highland



Alamak! Scroll post dalam draft, rupanya baru perasan I haven't posted this Cameron Highland work trip lagi! Actually benda ni jadi masa 7-8 April lepas. Dah 2 bulan lebih...


Sebenarnya, kitaorg pergi CH kali ni atas urusan kerja. Ada meeting and workshop untuk research centers. Both husband n myself dalam group research yg sama mission nya. So, both kena attend. 

Mula-mula mcm xnak gi salah sorang, sbb tak tau sapa nak tolong jagakan anak2 kami. 
But, Alhamdulillah, kitaorg bawa jugak, dan mintak tolong our colleague's wife untuk jagakan while we attended the meeting. 

Since dah bawak anak2 , kena la entertained dorang berdua dulu sebelum dua2 kena kurung dalam bilik hotel je.

Kami bertolak around 9am dari rumah. and reach CH around 11am. 
Terus pergi cari strawberry farm untuk bagi anak2 pengalaman strawberry picking. 

Kami ke Abang Strawberry Farm

Rupanya, Abang Strawberry ni dah kira famous jugak la. I je yg tak tau..hahah, dah lama x sempat google bagai dah. Farm ni dah pernah masuk TV3, sebab ada sambal strawberry dia yg famous. 
But, I x beli pon, coz rasa x berani nak mencuba.hahahaha. maybe next time je la. 

Berbalik pada citer petik buah strawberry, sebenarnya ni pengalaman pertama jugak untuk I sendiri. Bukan anak2 je..
So, agak excited di situ. 
Harga sebakul penuh I dah x berapa ingat berapa. Maybe 1/2 kilo RM20 kot. Kot je ye, mmg x ingt sgt. 



Kebetulan mmg strawberry tgh rancak berbuah masa ni. So rambang mata jugak la nak petik semua.
last2 kami bawak balik more than 1/2 kg.

Lepas tu terus check in di Copthorne Cameron Highland dekat dengan Kea Farm. 

Well, hotel ni dari website nya nampak cantik...
Tapi sebenarnya, boleh tahan je la. 
View dari luar mungkin cantik memuaskan. Tapi dalam bilik dia , kureng sikit la for me. 

Karpet agak berbau. Mcam kepam gitu. Keluar dari lif dah boleh detect bau kurang menyenangkan tu. Ilyaas and husband plak jenis alah pada habuk, mmg terus dorang bersin and selesema. 

Ironing service pon kena keluar dari bilik and pergi dekat pintu lif bomba untuk guna shared facility for ironing. Patutnya sediakn je iron dalam setiap bilik. 
Toilet pon tak berapa nak bersih sgt la. 




Morning temperature in CH..masa ni around 18 degrees. 
Tak sejuk mana pun, but anak2 so excited coz this weather reminds them of Delft (during summer). 


Bergambar before breakfast and off to Aunty Sarah's room. Thanks Sarah sebab jadi babysitter Ilyaas and Imani while kitaorg attended the meeting and workshop.

After check out on Friday tu,kitaorg terus gi Bharat Tea Plantation dekat Tanah Rata. 



Mestilah sebab nak makan scones and minum teh sambil melihat keindahan ladang teh menghijau ...

Overall, quick trip to CH ni rasanya menggembirakan anak2 jugak sebab dorang dapat berjalan-jalan. and dapt pengalman baru iaitu petik buah strawberry. 



No comments:

Post a Comment

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...