Thursday, December 3, 2015

Pengalaman sakit gigi geraham bongsu


Sapa pernah ada pengalaman sakit gigi geraham bongsu????

saya pernah! 

Selalu dengar orang bagitau, sakit gigi adalah sakit paling tak best dan paling sakit. 

Memang betul pun... Sengsara betul rasa kalau gigi sakit, nak2 lagi gigi geraham bongsu ni. 

Banyak sebab kenapa gigi geraham bongsu selalu sakit. Salah satu nye sebab gigi tumbuh terbaring. atau melintang. just like my case. 

Ni saya share sikit mcm mana cara pertumbuhan gigi bongsu ni. Kan dia tumbuh bila kita dah kategori dewasa. Masa tu kebanyakkan gigi lain mmg dah lengkap. Biasanya gusi pon dah penuh dengan gigi and si bongsu ni nak jugak tumbuh. Bila gusi dah full, ruang untuk si bongsu ni tumbuh dah tak cukup or tak ada.. jadi dia tumbuh ikut suka hati dia je... 




ada yg vertical impaction dekat soft tissue (gum/gusi), ada yg horizontal , distal dan sebagainya la mcm dalam gambar kat atas ni..

Ilyaas's 4yo convocation and 1st school trip

Ni cerita bulan 11 haritu. 

17 November, Ilyaas ada Convocation Tabika Kemas.
Buat dekat D Hotel, Seri Iskandar. 

Actually, convocation untuk pelajar 4 tahun pada hari Sabtu sebelumnya, tp masa tu kitaorg semua ada kat KL sebab husband attend workshop kat Le Meridien jadi we all tak attend pon convo 4 tahun tu. Masa tu dah inform cikgu dia siap2, jadi cikgu dah simpan kan hadiah2 Ilyaas. Rupanya untuk 4 tahun, Ilyaas dapat Pelajar Harapan. dapat la satu piala/trofi. 

Untuk convocation yg diadakan dekat hotel pulak, Ilyaas sorang je pelajar 4 tahun yg join memandangkan Ilyaas dapat Anugerah Pelajar Cemerlang 4 tahun. 



Waktu menunggu nak dipanggil nama. Kesian dia boring. Umi dengan ayah amik cuti half day nak attend convocation anak. Haruslah berbangga dengan pencapaian anak.. 
Alhamdulillah. Moga cemerlang dunia dan akhirat ye sayang. 

Wednesday, December 2, 2015

Doa Selamat & House Warming

Assalamualaikum wbt semua. 

27 hb November, Jumaat lepas, kami suami isteri sempat buat sedikit majlis untuk tujuan masuk rumah baru. Buat simple2 je. Doa selamat dan bacaan Yassin then makan-makan. 
Tetamu yg dijemput ialah parents and siblings side ganu and penang, as well as jiran tetangga di kawasan perumahan baru, jiran tetangga di kawasan perumahan lama dan office mates. 

Kami pilih hari Jumaat memandangkan perak dapat public holiday masa 27hb (cuti keputeraan sultan perak) dan my parents from penang pun cuti since my mum bekerja dekat kedah. One more thing, kebetulan, lebih afdhal buat majlis pada hari Jumaat, kira mcm officially pindah masuk pada hari Jumaat:D walaupun sebenarnya dah almost a week tinggal kat rumah baru sebelum majlis ni. 

Wordless Wednesday: Ilyaas Hafiy Selfie






Tuesday, November 24, 2015

It's all about my curtains



So, we have now move in into our new house. The last item we need before we can settle in the house is the curtains, of course. Some people yang I jumpa banyak bertanya, dah tempah curtain? masa kami mula-mula inform mereka yang kami akan pindah rumah. Memang ramai pihak rasa curtain paling penting untuk sesebuah rumah, but not to my husband and me. Bukan curtain tak penting, tapi bagi kami yg paling penting ialah grill. For safety reason. Curtain is more for privacy reason. Jadi kami tempah curtain selepas cukup kumpul duit dan dah selesai urusan pemasangan grill. 
We ordered our curtains for the whole house from Nafisa Textile SIBC, Seri Iskandar. 

Can read the earlier post about home progress here. 

The total for the whole house (excluding two single blinds that I bought from Ikea which cost me RM69 and Rm89 each) is RM3170. 
The price include harga kain, upah jahit, upah pasang, harga railing kayu, harga raling besi, harga hook, harga cangkuk langsir di dinding, dan harga upah pasang blinds Ikea. 


Kita tour langsir from tingkat atas rumah ke bawah ye. 

For Imani's room the langsir is shades of pink. 
I pilih 2 warna pink berbeza, satu bercorak, satu lagi pink plain. 

For Ilyaas' room is blue + brown sebab kain biru tu ada corak abstract warna brown and grey. 
Untuk bilik Ilyaas juga I beli single window blind from Ikea warna grey. 

Giveaway: Mommy Bloggers Network by the HEHS lady

Original Blog

My fav Mommy Bloggers

 very determined about homeschooling

always share about her kids, recipes and life story that I feel much more a like 

Muslimah young mummy 






Monday, November 23, 2015

Cat Rumah dan Upah Cat + Cuci Rumah

Assalamualaikum semua, 


Bila dah siap buat wiring rumah, nak kena cat balik tempat2 yg dah ditebuk oleh wireman untuk buat looping suis, looping lampu dan sebagainya. Plan asal nak pakai warna cat yang sama je dengan apa yg pemaju dah sediakan untuk jimat kos. 

Kami berdua memang tak sempat nak mengecat. Dengan kerja nya lagi, n tengah2 bulan 11 aritu asyik outstation je. So kitaorg hire pekerja indonesia yg memang bekerja kontrak kat taman perumahan tu untuk cat almost the whole house (kecuali bahagian yg tak kotor/tak de buat wiring) dan basuh/cuci rumah yg memang penuh berhabuk kepada keadaan rumah yg bersih dan boleh diduduki. 

Pada asalnya, kitaorg target harga mengecat dan mencuci satu rumah teres 2 tingkat dalam RM500-700 je. Bila tanya harga from pekerja Indonesia ni, dorang letak RM2000. Memang terkejut gila la. 
Then I call my dad inform and tanya opinion dia, my dad cakap murah sebab dia pun pernah upah orang cat bahagian ruang tamu rumah je dah RM300, apatah lagi kalau nak cat serumah + cuci sekali kan. 

Consult abg ipar jugak, pon cakap murah dan berbaloi. 
I baca 2-3 blog, ada yg mentioned kos cat rumah oleh kontraktor cina untuk rumah teres setingkat pun dah makan RM2000. Jadi untuk rumah teres 2 tingkat kos RM2000 untuk cat and cuci kira dah berbaloi. Tapi banyak kot RM2000 tu, memang sebelum buat keputusan setuju kitaorg recalculate balik bajet yg ada. Kalau tak lari bajet jauh sangat.

Lepas negotiate dengan pekerja indonesia tu, kami dapat tawar RM1600. sebab tak perlu pun cat bahagian luar rumah, dan tangga + siling. So dapat la kurang sikit. I siap buat agreement lagi, ada signature kedua-dua pihak pekerja dan pemilik rumah untuk elak dari kena tipu atau I menipu dorang. Alhamdulillah, dorang buat kerja cepat dan kemas dan I memang puas hati hasil dorang cat dan bersihkan rumah tu. Lega satu bab. 

Untuk jenis cat pulak kami pilih beberapa jenis cat dan warna yg berbeza ikut ruang.