Sunday, December 9, 2012

Lunch di AEON Manjung. Perak


Salam Hari Ahad semua...

Petang-petang Ahad ni lepak depan laptop kejap, sambil cari resepi maggi seperti yang dipromote di tv. Lunch td, seperti yang dijanjikan oleh husband, kami ke AEON Manjung yang baru bukak 4 Dec haritu. Sebab hari ni hari Ahad, so banyakla kereta atas jalan, slow la sikit perjalanan nak ke sana. Nasib baik Ilyaas tidur dalam kereta. Sebelum dia tidur, sempat amik gambar jap, lama dah rasanya tak amik gambar bertiga camni. 

My little family

Sampai je, semua dah kelaparan. Tapi, semua restoran penuh. Kitaorg decide jalan-jalan la dulu sementara tunggu ada kedai yg reda sikit pelanggannya. Sambil jalan-jalan tu, makan Aunty Anne's dulu, buat alas perut. 


Budak comot makan choc stick
 AEON ni kecik je rupanya compare dgn AEON Station 18 kat Pengkalan. Pusing kejap dah habis tawaf. Takde beli apa-apa pun. Pastu, kitaorg decide nak lunch kat Food Avenue je lah, since semua restoran still fully occupied.

ni pun ramai orang. rasanya sebb most of the workers are first timer, jadi servis slow sikit.

husband sapa la ni, dahulukan anak dan isteri walaupun dia sendiri kelaparan.
dahla hensem..

(kasi chance aaa puji suami sendiri)
 Ilyaas and ayah makan nasi ayam je. Tp umi Ilyaas makan special sikit. Dengan alasan, alang2 naik kereta sampai 45minit untuk sampai ke sini, kena makan sedap sikit. So, saya makan Sizzling Chicken with butter rice. berapa banyak kolestrol yang masuk, entahlah...:P


Pekena lagi dengan minuman faveret dua tiga menjak ni. Roasted Milk Tea with Grass Jelly

Lepas makan, kitaorg terus balik. Sempat tengok drama sebabak dari Ilyaas Hafiy bila kitaorg xnak belikan mainan kat dia, n xnak stop dkt playground. Dia nangis sambil geleng-geleng kepala and buat gaya tak dapat apa-apa pun...
Nangis sedih-sedih sebab pulang dgn tangan kosong.

Anak la anak, baru semalam belikan mainan...




4 comments:

  1. Salam kenal. Saya baru blk dari CH dan info dr blog cherish every cherry pasal info jln k berang-G. Musang -CH sgt byk membantu. Boleh ke saya copy paste link di blog utk rujukan.

    ReplyDelete
  2. alahai saperlar X sayang anak, tapi ada kann.. kannns, ehhHHHE, salam dr wak yee

    ReplyDelete
  3. terliur tgok sizzling chicken tu..uhuk

    ReplyDelete
  4. Salam, kalau nak cuci-cuci mata jemputla jenguk-jenguk blog saya ada long sleeve maxidress & jubah cotton denim yang stylish leh pakai g pejabat, kuliah, atau jalan2 saje.
    -->http://hiasanterindahstore.blogspot.com/

    tnx athi ~:)

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...