Tuesday, December 11, 2012

December, pls be nice to me


That's my December.
Occupied calender dgn tarikh-tarikh yang sudah ada plan masing-masing.
Kalau ikutkan, first week december je yang agak free.
Tapi sebenarnya tak jugak, terjebak dengan preparation for seacarl auditing. yang akhirnya saya surrender. Untuk baki minggu-minggu terkahir tahun 2012 ni, saya bekalkan melt away stress daily calming lotion, buat bekalan kalau stuck dalam research. Malangnya, lotion tersebut jenama Johnson's, yg menyumbang pada rejim zionis. tp lotion ini dibeli lama dulu, sebelum saya peka dgn keadaan ini.

December, bulan kritikal untuk saya. Nak siapkan report untuk symposium, dan submit dgn hati tenang. Kalau berkesempatan, nak present before bersalin, means in early january. Tapi, masih byk yg saya rasa tak confident, especially bagi platform yg mmg tak ada reference dari literature/publish paper langsung. Serta seperti biasa tiada guidance. Kritikal jugak sbb ada appointment dgn pakar di hospital besar, untuk check size luka czer. Berdebar nak tahu saya boleh bersalin normal atau tidak kali ni.

Weekend ni ke KL. Berharap dapat singgah sekejap untuk ke pesta buku sang serigala itu. sana-sini orang bercakap pasal serigala tu. teringin jugak nak pergi. List buku nak dibeli untuk diri sendiri and the kid(s) pun dah ada. Dgn harapan tidak terlebih bajet.

Weekend depan pulang ke Penang, Harus melawat atuk yang kurang sihat, serta attend wedding sepupu. Serta nak siapkan bilik di rumah mak untuk persedian berpantang nnt.

Weekend akhir December, ayah ajak ke CH lagi. Ada family day KTSkill. Nak tolak rasa rugi, percutian pendek, tapi nak ikut ke CH rasa berat dah nak bawa perut yang ketika tu sudah 36weeks plus. Nak tinggal berdua dgn Ilyaas di rumah, rasa tak mampu pula. Mungkin, ikut saja ayah dan suami ke CH untuk satu malam.

Dalam kesibukan bulan december ni, sempat pergi dating dgn my awesome man last thursday. dating tgk movie breaking down part 2. Best! Lagi best sbb tengok semua part dgn jejaka awesome saya.
cuma tak berapa nak puas hati kenapa jacob dgn reaneese??? concept tak dapat mak, dapat anak pun jadi

jatuh hati dgn lagu tema breaking down. dari dulu lagi suka lagu ni.
Thousand years by Christina Perri
Hospital beg pun dah packing. Belum letak dalam bonet kereta sbb ada beberapa item belum ready. Kena sterilise manual pam dulu. Kali ni nak bawa pam ke hospital siap-siap. it will make my life easier in emergency case. Husband dah bising, lambat packing sbb skrg mmg dah mula rasa-rasa nak beranak. Taklah, belum masa lagi. Baby tunggu masuk 2013 dulu ye, at least kalau 2013, kiraan by year awak n abang awak akan jadi 2 tahun. Kalau keluar 2012, nnt jadi beza umur 1 tahun saje.
Sedap layan ABC ni waktu lunch semalam
tambah lagi keadaan panas-panas di sini, nikmat.
Alhamdulillah
pasni kena pantang ais 100 hari...( mampu ke?)


Ok, sampai sini dulu bebelan ..
yang penting, struggle bulan december ni, InsyaAllah, DIA sentiasa bersama kita. 


ps: kalau korang nak cari barang-barang UK yang preloved n good condition, sila lawat belog ini.



dan bagi yang mencari diaper clutch, bengkung moden ataupun nursing cover boleh visit blogshop saya



TQ



1 comment:

  1. sis..dah xlama dah awak nk bersalin ye..dulu bersalin elyas czer ek?knp ye?

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...