Tapi bukan buat sendiri la. Of course di-order dengan penuh kasih sayang dan kesabaran menunggu.
Dah berapa minggu kot, bukak fb, bukak blog je mesti orang tayang gambar durian crepe ni.
Tengok resepi mcm tak reti nak buat. Siap pakai berbagai jenis tepung untuk crepe tu. Tiada kuasa dan masa untuk buat sendiri. So, order dari Kak Nanie hari Ahad lepas, janji dpt Isnin. Isnin plak Kak Nanie sms durian tak cukup, postponed hari Selasa. Hari Selasa, Kak Nanie tak dpt nak hantar siang, jnji nak hantar malam pun tak jadi sebab husband dia ada kerja. Hari Rabu, I dah sedikit berputus asa. Takpela, gi KL nnt cari la klu sempat. Tp Kak Nanie ckp dah siap n ready to deliver. Husband dia deliver sampai ke lab. Since dah dibawa ke lab, elok di share dgn kawan-kawan. Sebab tak banyak, share secara sembunyi-sembunyi, takut ada pulak yg terkecil hati kan.
Tak sempat-sempat nak merasa. Masuk kereta je terus makan durian crepe ni. Mak aihhh, marvelleous nya! Sedap gila. Walaupun husband beleter habis kereta dia bau durian, I dah tak kisah. Ni mmg worth it for kereta berbau. So, husband pun try gak seketul. Dia suka. Tengok2, tinggal dua ketul je lagi. Alamak, mana cukup kan,balik rumah nak makan lagi, nak bg Ilyaas rasa gak. Terus I text Kak Nanie tanya ada extra tak today. Dia cakap ada, n kena self collect. Cepat-cepat bagitau husband, n dia setuju jadi driver pergi cari rumah Kak Nanie, walaupun tgh hujan lebat time tu. Dapatlah tambah sepeket lagi. RM10 for 6pcs. Berbaloi kan. Klu kat KL tengok harga RM10 utk 4pcs.
Balik rumah, terus hidangkan untuk makan dgn anak bujang. Dia plak layan je sambil tengok Boboiboy. Makan durian crepe dulu baru nak mandi n kemas-kemas barang. Last-last husband buat semua tu, sbb isteri dia ni mengidam sgt dgn durian crepe. Paket kedua yg dibeli tu, I makan sorang-sorang. Tak kasik hubby makan. Eh, actually kasi je, tp dia yg dah tak nak, sian takut bini dia kempunan tak cukup makan durian crepe. Bukan I yg teringin sangat ok, baby dalam perut ni yg ngidam:P
Tapi arini bawa gak dua ketul, nak bg kat member kat lab yg xdpt semalam. Ada rezeki lebih, share la kan.
Ilyaas melayan durian crepe. Lepas makan nasi, dia mintak lagi.
Seb baik dia xanti-durian:P
So, kesimpulannya, mmg sedap la durian crepe ni.
Published with Blogger-droid v2.0.8
Waahhh..Anak fathiyah mkn gak crepe tu..anak akak tak mau...dia tak suka rasa cream tu...durian je yg dia makan...
ReplyDeleteaduh... lin still tak try lg durian crepe ni.. huhuh
ReplyDelete