Hari Sabtu masa pergi Big Bad Wolf Sale kat The Mines Exhibition Center, kitaorg tak tau nak lunch kat mana. Asalnya macam nak lunch kat The Mines je, tp dah janji nak berlunch dgn keluarga KU sekali, so kitaorg balik KU dulu. Lepas zohor, Abg Min and Kak Ezri bawak kitaorg gi makan kat Mohd Chan Chinese Food (Halal Restaurant). First time nak cuba makan kat sini. Excited gak sbb perut sudah bergendang gendut tali kecapi. (perut saya mmg tgh gendut pon)
Sementara tunggu makanan yg di-order sampai, saya pun snap-snap la gambar mana yg sempat.
So, restoran ni ada beberapa cawangan. Semuanya sekitar Lembah Klang sajer. Tidak adil. abis tu, kat tempat luar Lembah Klang, susah la nak cari chinese food yang halal. especially kat area Ipoh. Semua kedai chinese tak halal.
Antara menu hidangan yang ada kat sini, mcm nasi goreng, nasi dgn lauk, mee-mee, keow teow etc lah. Mostly tak pedas, nama pun chinese food kan.
Pau and Dimsum pun ada jugak.
Tapi kami tak cuba pun. Nampak cam sedap sajer.
Ni adik ipar makan. Nasi ngn daging masak lada hitam. Nama chinese dia apa ntah tidak ingt sudah.
Pastu husband makan nasi ngn ayam apa ntah. tp dia goreng ngn oyster sos and cili kering.
Ada gak order sotong celup tepung. Not bad
Mil makan keow teow goreng. Sedap gak sbb saya sempat paw mak.
Saya makan Hokkien Ying Yong.
iaitu keow teow hokkien la kot.
Banyak gila portion keow teow ni.
Share ngn husband tak habis gak.
So share ngn adik ipar.baru habis.
Overall, servis dia ok. Cepat jugak. Nk lagi cepat, sila order nasi ayam. mmg pantas dan laju makanan anda tersedia.
Makanan sampai dulu dari air. So, bagus la. tak kenyang air je dulu.
Air-air dia pun sedap and nampak menarik especially teh ais dia. berbuih-buih mcm teh tarik.
Keadaan kedai bersih, luas and suhu just nice. tak panas sgt walaupun tgh-tgh hari.
Btw, kitaorg makan kat cawangan shah alam seksyen 15 tu.
Published with Blogger-droid v2.0.8
kat area sek akk pun ada..tp blm penah cuba..huhu
ReplyDelete