Sunday, May 19, 2013

My weekend remedy

Dari hari Isnin sampai hari Jumaat, masa berjalan sgt pantas. Setiap hari rasa terisi sgt dengan research, walaupun progress tak meningkat pon, tapi dapat new perspectives dan opinions dari beberapa pihak yang sebelum ni tak directly involve with my research. 
Lepas dah discussions , baru sedar diri ni kat mana. 
I'm dealing with seismic for my research. wholly seismic, tak perlu ke field trip sebenarnya. Kalau pergi pon atas arahan sv je, bukan kepentingan research. Bila deal dengan seismic, tanpa ada latihan atau background, maka interpretation jadi tak menentu. Interpret ikut suka. 
Dulu kerja dgn seismic jugak, tp seismic processing. Totally different field from what am doing now. Jadi view seismic tu dari pandangan yg berbeza. 

Discussions buat sy nampak banyak yg kena perbaiki. Rasa down jugak bila dah almost a year dapat data, interpretation belum betul2 settle dgn hasil yg memuaskan. Hasil on paper mmg ok, tp hasil pada data. 
Sedih. Cakap dgn husband dan husband kata itu normal. 

Jadi untuk weekend ni, saya mmg lapangkan dada, lapangkan fikiran dari research. Nak bersedia mula semula interpretation dgn lebih details dan berhati-hati. Weekend ni, saya langsung tak sentuh kerja-kerja study. Hanya untuk anak-anak dan suami. Hasilnya, secara mental, saya lebih bersedia untuk hari esok dan hari2 yang mendatang. Syukur sgt, ada anak-anak tempat hilangkan tekanan dalam minda sy. Syukur jugak saya diberi kewarasan tak lepaskan stress pada mereka, kerana mereka amanah buat saya. 

Hari Jumaat lepas uni time, terus ke Tesco, untuk dinner di luar. sy request dgn hubby nak dinner kat luar. 
makan di Chicken Rice Shop. First time isi customer feedback form online dan sekarang dapat voucher pai tee untuk next visit ke crs. 

hari sabtu tak kemana. Breakfast di luar. balik rumah, masak lunch, kemas rumah. sebenarnya husband yg kemaskan. saya lebih kepada monitor anak-anak je. I'm so lucky to have you husband. Sgt-sgt beruntung. Petang ke tasik Utp.beli roti dan bawa Ilyaas bg ikan makan roti. 

Ahad pulak husband pergi main badminton, n sy guna masa tu utk have some-me-kids-time with Ilyaas dan Imani. Bagi peluang pada Ilyaas melukis dengan water color. 

My Ilyaas. Too cute to resist. geramnya,,baru tidokan dia tadi...

dah pandai bergaya depan kamera dah. 
tak sangka budak ni dah besar.

Ilyaas nak tunjuk bakat melukis. 


dah habis melukis, melawat adik pulak. sementara umi masak utk lunch dan tunggu ayah balik dari main badminton. Ilyaas ni kira boleh diharap jugakla utk tlg tengok adik dia. tp tak leh lama-lama, tak pasal mata n hidung adik jd mangsa. geram sgt kot tgk mata adik bulat. 

nak tolong pasangkan nursery rhymes dkt adik. Kadang-kadang adik tak duduk dlm katil tu, Ilyaas take over tidur kat situ. dia panjat sendiri, amik bantal dan minum susu dalam tu. Kalau kat rumah, suka bagi ilyaas pakai romper je tp ada 2 helai je romper yg muat dgn size dia sekarang. bila tgk dia pakai romper, rasa dia still baby. Imani pulak romper semua romper abang dia je. banyaknye blue in color. kesian adik. 
baju recycle baju abang je mostly. 

Spend time dgn anak-anak rasa diri lebih bermakna. Tak rasa loser dan useless sgt. sekurang-kurangnya, bila dgn anak-anak, rasa diri sgt diperlukan dan sgt penting buat dua insan ini. ilyaas sikit-sikit panggil mi mi mi.. Imani pulak pantang nampak umi melintas depan dia, mula la buat nyanyian berirama syahdu mintak umi dukung.  Walaupun handling them is tiring, I feel so much better now. Rasa nak putus asa dgn study hilang bila lihat saya dah drag anak-anak dalam jalan pilihan saya ni. saya tak boleh stop separuh jalan. 

Cakap banyak kan, padahal buat master je pon. Tak pelah, ape orang nak kata, bg yg pernah buat master secara research, pasti paham keadaannya. 

Moga hari-hari mendatang sy lebih pandai dan lebih tangkas menyiapkan urusan study ni. dah tak sabar nak habis. Sgt tak sabar. 







3 comments:

  1. bila bersama dgn keluarga, hilang segala bebanan stress kan.... :)

    ReplyDelete
  2. Sis
    Akk dh rasa pengalaman mcm sis..
    Tapi bila dh hbs nikmat tu sis akn rasa lain..
    Ssbab sis belajar dgn adanya fmily..
    Kena ingat pengorbanan derang even dorang xfhm lg..
    Good luck on ur research ye sis..
    Semoga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  3. seronok melayan anak2 masa cuti2 ni.. penat pun rasa berbaloi je...
    good luck on yr study ye.. =)

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...