Monday, August 8, 2011

Nasi Tomato




Suami saya sgt suka makan nasi tomato berlauk kan ayam masak merah (yang pedas). Nasib la sy boleh memasak nasi tomato ni.

First time saya cuba memasak nasi tomato ialah pada Aidilfitri 2007, waktu saya 2nd year degree. masa tu sy dan geng2 geologi Curtin Perth sepakat nak masak juadah pagi raya sama-sama. Ipah buat kerisik, Amal masak rendang, Kak Chom buat lauk ayam masak merah dan saya masak Nasi Tomato. first time masak, rasa sama mcm mak and tok buat, tp texture dia mcm nasi goreng. sampaikan ada kawan lelaki yg dtg beraya tny ni nasi goreng tomato ke?:P

Then, bila dah berkahwin, boleh dikatakan kerap juga la sy masak nasi tomato sbb suami mmg suka makan nasi tomato.resepi nasi tomato ni boleh kira turun-temurun dari Tok Azizah (my mum's mum) diturunkan kepada my mum and then my mum turunkan kepada saya pulak.

Bahan-bahan:-
1. 2 pot beras (utk dua orang makan)
2. Bunga lawang
3. Kulit kayu manis
4. Buah pelaga
(beli je bahan2 ni yg dah dibungkus dalam plastik , selalunya Rm0.60 sebungkus)
5.Butter/Planta untuk menumis
6.Bawang besar dipotong bulat (kalau bawang tu besar sgt, pakai separuh je)
7.Halia 1 inci
8.Tomato Puree separuh tin
9.2-3 sudu susu cair
10.optional: daun pandan.
11. Air utk memasak (kalau pakai 2 pot beras, guna 4 pot air; kalau pakai 3 pot beras, guna 6 pot air).Air mengikut sukatan pot yg sama dgn pot beras.

Cara-caranya:-
1. Basuh beras dan keringkan air.
Di dalam periuk nasi atau di dlm kuali-->
2. Cairkan butter/planta
3. Masukkan bahan-bahan tumis + bawang besar & halia
4. Gaul sehingga naik bau
5. Masukkan beras
6.Gaul beras supaya serata/sebati dgn bahan-bahan tumis
7.Masukkan air dan tomato puree.kalau suka warna merah terang, masukkan banyak tomato puree.tp kalau suka warna merah pudar, kurangkan tomato puree.
8.Masukkan 2-3 sudu susu cair.Masukkan daun pandan yg disimpul jika ada.
9.Gaul supaya semua bahan-bahan cair sekata.
10. Tanak nasi hingga masak.


Kalau guna beras basmati lagi sedap. tp pakai beras biasa pun jadi jugak =)
Biasanya sy hidangkan bersama ayam masak merah (lauk wajib), kari sayur/dalca/kurma daging/acar timun/kobis goreng ala mamak atau kari ayam.


4 comments:

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...