Wednesday, November 16, 2011

Semangat Baking Kek pada hari bekerja

Assalamualaikum and Hi semua =)

Dah hari rabu kan..? kejap je rasa...sepatutnya kena entry WW, tapi takpelah, nak jugak mencoret-coret di blog kesayangan ni..
Al-kisahnya, dalam pukul 4.30 ptg smlm, dalam dok busy-busy nak HSE briefing kat office + busy dgn first iteration velocity picking, tiba-tiba je terasa nak baking kek. kek simple-simple jek..bak kata in-laws ku, kek bodoh aka kek butter plain jer. Saya ni mmg terkenal sebagai seorang yg sedikit pemalash dalam hal2 baking ni, selalu buat sebab teringin tengok orang lain buat jer.Tp petang semalam mmg rasa bersungguh-sungguh nak baking.Mood ape ntah la yg melanda. 

Walaupun dah sampai rumah elok-elok je azan Maghrib, semangat nak baking tu masih ada..padahal dah kepenatan yang amat dah. Nasib baiklah lauk dinner hari selasa mmg dimasak extra, so tinggal tambah satu dua lauk simple mcm telur n udang goreng je.Jadi, before Isyak dah boleh dinner. Ilyaas pun dinner sekali la makan bubur dia..Elok je habis dinner, main-main kejap dgn Ilyaas sampai dia mengantuk, bagi dia mengombeng Miss B kiri kanan sampai tertidur, peluk-peluk Ilyaas dan tertidur sekejap while menyusukan Ilyaas. Lepas tu baru lah selongkor bilik belakang cari oven yg tersimpan dalam kotak, serta korek-korek hand mixer dan weight scale. Terus rasa smngt nak buat kek, sementara husband doing some of his research work. 

Berbekalkan resepi dari sumber ini, saya pun tekun menyiapkan kek butter ni. Senang je, cuma benda senang, kalau takde kesabaran dan ketekunan, still tak kan jadi..betul tak? heheh..sambil follow resepi tu, saya cuba ingat-ingat macam mana texture kek yg mak saya selalu buat everytime nak raya or ada function apa2 dalam family. Gigih tau mak buat kek biskut semua tak pakai hand mixer, kacau sampai sebati guna kudrat tangan dia sendiri, kagum! Bertemankan hand mixer cap Elba hadiah dari suami tercinta sempenana bulan Ramadhan yg lepas, saya pon buat lah kek ni..Jom kita tengok hasil baking saya ni..

Inilah hasilnya...separuh saya jadikan plain butter cake, separuh lagi buat blackberry jem butter cake


Yang di letak blackberry jem tu, saya bawak gi ofis, hehe.saja bgi kawan-kawan rasa..bagus jugak sambutan(hahah, padahal semua org kelaparan kot, sbb tu kek tu cpt habis). Tp seronok juga, bila kita buat something and dpt jamu kawan-kawan,mcm sedekah kan makanan lah =). Btw, ni resepi butter kek ni :-

Bahan:
250 gram mentega
200 gram gula kaster
250 gram tepung naik sendiri
4 biji telur
Sedikit Vanilla Essence
separuh cawan susu UHT
* Jem (blackberry/strawberry/nenas/oren)
Cara-caranya:
Gaul mentega dengan gula kaster dengan hand mixer sehingga putih dan lembut. Masukkan telur dan vanilla essence dan diselang seli dengan tepung. Campur sedikit susu UHT supaya adunan anda menjadi cair sedikit. Bakar dalam ketuhar selama 40 min pada suhu 180 selsius. Bila dah siap, tunggu kek sejuk baru keluarkan dari loyang. Kemudian, boleh lah potong dua dan sapukan satu bahagian dgn jem mengikut flavour kegemaran anda.
Cadangan saya:
  • Panaskan oven 3-5 minit sebelum kita masukkan adunan ke dalam oven
  • Jangan letak semua adunan ke dalam loyang/bekas jika loyang anda kecik. Takut nnt permukaan kek merekah
  • Kalau rajin, mungkin boleh kacau telur tu dahulu supaya kek lebih kembang dan gebu. Saya tak kacau sbb lupa, jadi kek ni sepatutnya lebih fluffy kot?! (rasanya lah, saya bukan pernah buat kek, kecoh je lebih, ehehhehe)
  • Boleh juga campurkan sedikit jus oren/epal untuk dapatkan rasa kek oren/epal. (nnt lah saya cuba saya bagitau jadi ke tak)
Okaylah, selamat mencuba....

Harap tak kisah lah ye baca resepi kek simple ni (yang semua org pun reti buat)...


3 comments:

  1. Anah antara insan yang tak pernah baking. hahaha.. kesian kan.. harap2 nanti2 ada la perasaan nak mencuba. hehe

    ReplyDelete
  2. xpela..at least pernah cuba buat jugak kan..

    akak pun selalu mcm tu...klau rs nak jugak buat x kira la hari kerja ke x kerja ke, mesti buat gak..penat tu semua tolak tepi...

    ReplyDelete
  3. Anah: hehe, takpe,nnt bila2 mungkin mood tu ada..somehow baking ni terapi jugak kalau tension

    Kak Ana: heheh, tula, atceli salah satu sumber inspirasi tgk akak la..slalu sgt akak baking ni..tu rasa nak cuba gak..tp akak sifu dah, kek power2 dah skrg :) apepun thanks sbb jd inspirasi

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...