Wednesday, June 6, 2012

Entry Pertama untuk Adik Baby

Lamanya amik masa nak tulis entry untuk my second pregnancy ni. Tak tahu kenapa...mungkin sebab dalam masa yang sama tgh kelam kabut manage Abang Ilyaas supaya bertukar kepada susu formula, badan cepat sgt rasa lesu dan penat dan juga panic takut kena defence proposal dalam masa terdekat ni. Saya mmg suka panic sbb sy nak buat yang terbaik selagi boleh. So kalau tak sempat nak bersedia, mmg akan panic. sama la pregnancy kedua ni pun, panic tu melanda jugak walaupun cuba berlagak tenang dan cool bila mula-mula tahu saya pregnant lagi.

Tapi, saya rasa tak adil kalau dalam blog ni sy tak coretkan apa-apa tentang pengalaman second pregnancy.Sedangkan sy mmg nak anak-anak baca bila dorang dah besar nnt, itupun kalau blogspot wujud lagi la masa tu. Sekarang ni adik baby berusia 7 minggu 1 hari. Kronologi nya bermula begini...

  • Period lewat 2-3 hari..ignore. sebab masih breastfeed Ilyaas.
  • Susu makin kurang tiap kali pump. Tapi kalau xpump sehari, sakit bukan main. So xsuspect apa-apa la. 
  • Malam-malam Ilyaas sure mengamuk, sbb susu xsempat nak refill dalam Miss B lepas last feeding session. 
  • Masuk hari ke-5, miss flow masih xkunjung tiba. senyap-senyap buat pregnancy test. pastu simpan balik test tu sbb xnak tgk result lagi. Berdasarkan pengalaman Ilyaas dulu, test yang dibuat sendiri tak nampak pon.kena pegi klinik baru doctor confirmkan sbb masa tu excited sgt, baru lewat 3 hari dah test, so hormon HCG tak tinggi pun lagi. Keluar ronda-ronda naik motor. 
  • Before solat Maghrib, amik stripe test tu and tengok, Ohhhh ALLLLLLAAAAHHHHH!!! Double purple!!! 
  • Terus jerit panggil husband. Husband pengsan terus atas katil.Baring tak kata apa-apa..
  • Ilyaas excited sorang-sorang depan TV sambil tgk BoboiBoy. Umi speechless. 
  • Esok beli pregnancy test lagi kat 7E, result sama.
  • Hari Isnin pi klinik UTP untuk confirmkan, dpt doktor old school tak pandai pakai pregnancy test mcm tu..dia ckp strong negative. 
  • Tunggu seminggu lagi, balik BM, ajak mak pi check kat klinik.. Kali ni mmg terang benderang 2 lines nampak. Takyah tunggu lama-lama, doc kata confirm u pregnant nak 5weeks + masa tu. 
Kami bersyukur Ya ALLAH pada rezekiMU. 
walaupun kami secara jujur belum bersedia lagi disebabkan pelbagai faktor... 

Saya amik masa nak tulis entry pasal adik baby sbb sy banyak luangkan masa baca blog2 orang lain tentang pengalaman second pregnancy dorang. especially blog Mama Imaan yang pregnant anak kedua pada masa yang sama masih belum fully weaning dari anak pertama and at the same time tgh sambung Master by Research. Saya rasa sy jadi mcm dia!Sy kena kuat, kena kuat sgt untuk hadapi pregnancy kali ni. Kalau masa Ilyaas dulu, boleh la bermanja-manjaan mintak segala benda dgn suami, sekarang tak lagi. Kehidupan kami dah berbeza. Saya yakin sgt, adik baby akan menyenangkan umi dan ayah. Sekarang pon tak banyak masalah. Umi xloya. Umi cuma cepat pening dan letih. 

Saya belum pegi scan lagi. Ingat nak scan bila adik baby masuk 8 minggu. IAllah dpt dgr heartbeat adik baby kalau diizinkanNYA. Aminnn.. 
I love you adik baby. Ayah loves you too. and Abang Ilyaas pun good boy loves you too. 




8 comments:

  1. awal2 mesti mcm down sikit kan bila tahu sbb kita not totally prepared dr bnyk aspek. but..sabar bnyk2 erk..fikir yg positif2 saja...lepas ni kita akan sangat2 bersyukur atas kurniaan ilahi ini..percayalah...:)..take care dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..bukanlah down.cuma serabut pikir how to handle and manage life.dgn anak sorg pon xmenang tangan, entah cmne ada dua baby nnt

      Delete
  2. pz dulu ambik masa jugak nak terima diri nak masuk anak dua...tapi anak tu memang rezeki dan amanah yang x ternilai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. sy pon percaya anak tu rezeki

      Delete
  3. Lama betul tak singgah sni... tahniah ye!rezeki dari Allah!! Ilyaas mesti excited nk dpt adik kan!hihi. takpe lah, nanti dapat adik Ilyaas dah umur 2 tahun. dah pndai jaga adik.=)

    take care of yrself k!& enjoy yr pregnancy moments!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks farah..hehe. iAllah..harapnya gap 2 tahun tu cukupla mematangkan Ilyaas nak jadi abang

      Delete
  4. heyyyyyyyyyyyy u dah nak ada 2nd!congrats n ilyaas hafiy gonna be a great brother :)

    ReplyDelete
  5. thank u suzie..still long journey..doakan semuanya selamat yer.

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...