Monday, June 18, 2012

Pangkor Trip: Food


Lepas melayan kerenah si anak yang takut pasir pantai tu, kitaorg jalan2 kat Pantai Teluk Nipah. Ada banyak gerai menjual makanan di sini. Termasuk char keow teow, nasi ayam, otak-otak, ice cream, pulut panggang dan banyak lagi. 
Tapi yang menjadi pilihan kami berdua ialah Burger Giam Island. Memang sedap macm burger Otai. 
Beli bungkus, makan kat hotel berebut dengan Ilyaas Hafiy yang dah kelaparan. 


Malam pulak, kitaorg dinner kat kedai yang namanya tak diingati. Maaf, tp mmg rekomended la kedai ini sbb harganya berpatutan. Etceli, masa sampai kat hotel, pak cik driver taxi dah pesan, kalau boleh jangan makan kat shop lots yang ada dpn hotel anjungan sebab harganya jauh lebih mahal. So, masa jalan2 petang kat pantai teluk nipah, saya merajinkan diri tanya orang local kat situ kedai mana yang harganya berpatutan n rasa makanan sedap. Dorg suggest kedai ni,so kitaorg pun cubala. 

Jom layan gambar 


lihatlah betapa bosan nya muka anakanda hamba menunggu makanan sampai


seb baik ada penyanyi jalanan menghiburkan para pelanggan. 
Terlayan jugak , suara pun not bad. 


sampai ternganga anakanda hamba kagum melayan music jalanan itu

bila food dah sampai, org paling tak sabar ialah Ilyaas Hafiy. 
Dia makan banyak gila sampai lebih separuh nasi sepinggan orang dewasa tu. lapor benor dia. 
Kitaorg order Sup Sayur Campur, Telur dadar, sambal sotong 

dan ayam masak sweet sour

rasanya sedap, tak rasa perencah aji na moto, dan kuantiti sangat banyak. tak larat kami bertiga nak habiskan. kembung perut dah nak cuba sumbat bagi habis. tu portion small tau.klu portion medium or big, entahla gamaknya camne..

Tak order pun ikan bakar, sbb tak rasa nak makan pun. lagipun harganya paling murah RM28 seekor.bergantung pada jenis ikan dan size. 

Selain tu, sepanjang pantai teluk nipah banyak lagi gerai2 yang jual makan malam. varieties la. ada jugak warung jual sate ikan, sate kerang dan sebagainya..kitaorg xtapau apa2 dah pastu, sebab seriously kekenyangan yang amat.

For breakfast the next morning pulak, hotel tak sediakan complimentary breakfast. klu nak ala carte, ada la.. tp malas nak makan kat hotel. kitaorg cari warung lagi. Jumpa satu yang best, warung old skoll je, lupa nak amik gambar. tp jual nasi lemak serta western breakfast jugak. harga pun tak la mahal mana. dah kenyang, kitaorg balik bilik sambung tidur.hahahhaa...



4 comments:

  1. dulu gi Pangkor pasal kursus.. tak penah lagi gi ngan family...huhu

    ReplyDelete
  2. lepas ni boleh la pi ngn family.cuti2

    ReplyDelete
  3. teringin sangat nak g pangkor bawa family tapi anak masik kecik pikir 10x plak...huhuhu

    ReplyDelete
  4. ok je..sbb tak panas sgt n bot pun xlama sgt.

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...