Monday, June 11, 2012

Pangkor Trip: Anjungan Resort & Spa

Assalamualaikum,  

Last weekend, kami sekeluarga dah pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Best, seronok dan berharap percutian tersebut boleh dipanjangkan lagi. Memandangkan kami ada komitmen lain, percutian ni hanya 2 hari 1 malam sahaja. Kami 3 beranak memilih untuk menginap di Anjungan Resort & Spa

Lokasi resort ini terletak di Teluk Nipah, one of the most crowded beach in Pulau Pangkor. Tujuan kami pilih tempat yang crowded ni sebab kami tak nak sewa motor ataupun kereta untuk bergerak mencari makan dan berjalan-jalan. So, lokasi Teluk Nipah ni senang, segala keperluan berada dalam walking distance sahaja. Convenient Store dekat, kedai makan dekat, warung burger dekat, tempat jualan souvenir pun dekat, dan pilihan penginapan yang sangat banyak. 

Anjungan Resort & Spa terletak di end-of-Teluk Nipah. Sempadan antara Teluk Nipah dan Coral Bay. 

Lokasi bernombor 3 tu lah Anjungan Resort & Spa. 




Compare dgn penginapan lain di Teluk Nipah yang kebanyakkannya berkonsepkan chalet, Anjungan Resort & Spa berkonsepkan bilik hotel/resort. Lain dari yang lain di sekitarnya. 
Kalau di Teluk Nipah, tak ada penginapan yang ada direct access ke pantai, sebab pantai dia tak berapa lebar untuk di bina resort/chalet. Jadi, semua pengunjung resort dan chalet kat sini perlu lintas jalan untuk ke pantai. Not a big deal, dari bilik boleh terasa angin laut dah, pantai lebih kurang 50-100m je. 

Bilik kami. Deluxe for 2pax with Queen Bed. First impression, puas hati. Sgt luas, sesuai untuk Ilyaas berlari-lari ke sana sini dengan gembira. Ada one day-bed dekat tingkap tu. Bilik ni sgt banyak tingkap. Jadi sgt cerah, kena lah un-tie the langsir untuk dapatkan sedikit privasi.

Ada TV, mini fridge, kerusi rotan nak dating berdua-duaan kat balcony:P
ada dressing table jugak, tp xde gambar. semuanya perabot berkonsepkan kayu-based. 

Tengok si kecik tu, dia yang paling happy bila dapat bercuti. Siap horayy horayy bila first time jejak kaki dalam bilik.
selain tu ada one open closet and mini bar yang simple (setakat ada mix coffee). so klu nak tea or hot choc, sila bawa dari rumah or beli je kat convenient store. 

Tgh pikir camne nak panjat katil ni sebab sedikit tinggi. 

Toilet. just nice. takde bath up bagai. cukupla hot shower. 


Ni view dari balcony kami. Cantik kan. Ilyaas sgt teruja tgk swimming pool tu. Excited bukan main dia. Kalau pool dia mmg no satu, tapi kalau laut, dgr bunyi ombak dah nangis. 

Anjungan Resort & Spa ni ada 3 jenis bilik (harga based on standard rate)


Facilities yang ada kat sini:-
1. Pool 
2. Jacuzzi
3. Spa
4. Cafe (tapi takde complimentary breakfast ye) --> down sikit..
5. Wifi kat cafe





Okaylah, nnt sambung cerita pasal percutian pendek di Pulau Pangkor. Sekarang i nak pi baca journal dulu. 1 hari minimum 1 journal kena review. target diri sendiri. 
Bye-bye


2 comments:

  1. haha.. klako ilyaas horay horay. siap angkat2 tangan wahaha..tobat klako.. ilyaas nak ada adik dah jadi balik nanti dah tak boleh sombong2 dah ok liyash.

    ReplyDelete
  2. cik ana: mmg dia excited sgt. nnt ada lgi gambar bukti dia sorg lebih excited.
    skrg ilyaas dah mesra rakyat dah. tak takut sgt. nangis pun kejap je.pastu ok dah.

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...