Wednesday, July 18, 2012

Nasi Kandar Kg. Melayu, Penang


Entry kali ni, nak speaking bahasa ibunda, bahasa anak mami walaupun cek bukan pure anak mami pun, darah campuran aje.. Dua minggu lepas, rasa teringin gila-gila nak makan nasi kandar original penang. terus gesa  pujuk husband tercinta ajak balik penang. kebetulan mmg cuti mid-sem break untuk undergrad, maka kami yg post grad pun join sekali. 2-3 hari sebelum balik dah talipon habaq kat mak ngan ayah yg cek teringin nak makan nasik kandar kg.melayu.. so pagi jumaat lepas siap2 semua kami pun pi sana. 

Location dia kat kawasan perumahan seratus di ayer hitam, pulau pinang. 
tak jauh dari lokasi bukit bendera, dan sunshine farlim. 

sampai-sampai ja, terus beratur panjang.. kat sini, selain nasi kandar, ada gak roti canai dah seangkatannya. kami of course la makan nasi kandar walaupun ini adalah waktu sarapan pagi.. hahaha, kata dah mengidam..mestilah dilunaskan rasa idaman itu..



ni pemandangan time beratur tu.. dok pikiaq nak amik lauk apa la.. ni first time bawa husband mai sini, so dok rekemen kat dia la mana yg best.. lauk2 tu kalau habis, depa tambah lagi..jadi tak yah risau la..

kedai ni dia bukak sampai pukui 11pg ja.. tp petang depa bukak kat sunshine farlim.. so sapa2 kempunan tak dan nak makan time pagi, boleh la pi beli kat sini.. 

dulu pernah try bungkus bawa balik ke kl nak makan ngn husband, masa tu cek balik kl naik flight sbb husband balik dulu.. tp rasa dia xsehebat makan di kedai, tgh panas2..


cek makan gulai daging, terlur rebus dengan sayur kobis.. 
wajib kuah campur!


ni husband cek, orang terengganu celup penang.. 
dia punya kuah campur lagi power..siap banjir melimpah ruah.
ayam gulai dengan telur dadar


hero kami tak makan nasi kandar 
sebab dia dok mengantuk lagi
dia makan apom manis paling lazat dalam dunia dengan tok dia.



Ni kedai juai apom manis dengan apom lemak.. 
tiap2 kali kami mai kampung melayu, tak sah kalau tak beli
pastu order bungkuih bawak balik pi kat tok kami kat bayan lepas..
depa semua pun suka apom ni..


ni rupa apom manis kegemaran ramai...

sebenarnya, depan kedai nasi kandar ni, ada gak macam pasar hari..jual nasik lemak, mee goreng, kuih muih semua. so sapa tak lalu nak makan nasik kandar, leh la beli brekpas lain kat pasar ni..

satu lagi paling best, kalau mai hari selain jumaat, ada popia pak sutan. juai kat beskal roda tiga. popia dia mmg paling sedap ....sedap sbb kuah dia special.. kuah sayur, tak pakai sos mcm kita dok beli kat pasar malam.. 

makin lama dok tenung gambaq nasi kandar ni, makin terliur.. dah dah la kot..
nak posa dah..

kay, selamat malam...

jom mimpi nasi kandar...




Published with Blogger-droid v2.0.6

5 comments:

  1. Ah, u made me craving for this! Hungaray!!

    ReplyDelete
  2. oh, noooo..
    how la, ajak la Ami pergi penang cuti2..::D

    tak pon, pelita pon ok dah ni

    ReplyDelete
  3. ni mmg tmpt fav akak ni..kalu balik penang, wajib dtg mkn sini..tp dekat farlim tu org kata x sedap sgt kan....akak x pernah try plak apom manis tu..nnti balik raya boleh la try..:)

    ReplyDelete
  4. kami suka nasi kandar Deen....ehehe



    salam kenal tuan rumah ;)

    ReplyDelete
  5. nasi.kandar deen pon.best gak-dr najwa

    kak ana kena try apam tu..layannnn

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...