Cuti Nuzul Quran untuk Ramadhan 2016 jatuh pada hari rabu.
Tengah2 minggu, jadi kami tak plan nak ke mana-mana pun.
Pagi I kemas pelbagai jenis bag. Bag utk bawa ke hospital, bag baby utk masuk OT nanti, beg baju raya, beg extended stay at my parents' house, toys and buku anak2 untuk di bawa balik ke my parents' house...Agak serabut sebab too many to pack and I jadi pening what to bring what not to bring. Walaupun list dah buat panjang2..
After packing, I cooked for kids' lunch. Ayam masak kicap je. And also buat kari to frozen kan.
By lunch time, bagi anak2 makan and ajak husband keluar kejap. Am going to make biskut raya pulak after Zuhur to kill the time. hahha boring. nak membaca malas now.
Biskut yg I buat kali ni is Biskut Coco Crunch. I rasa ni kali kedua I buat, last yr ada buat jugak, but I did not share the recipe sebab last yr we had a big lost in our family masa early Ramadhan.
Original resepi from resepi citarasawan
Bahan-bahan:
250gm butter (I guna brand Buttercup)
180gm gula perang
2 biji kuning telur (I guna putih + kuning, nak elak pembaziran)
300gm tepung gandum (I guna tepung naik sendiri brand Blue Key)
30gm tepung jagung
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikabornat
100gm coco crunch - di kisar halus
50gm choc chips
Hiasan: Coco Crunch secukupnya dan coklat masakan cair
Note: Since I guna tepung naik sendiri, jadi I tak tambah baking powder and soda bikabonat dah
Cara-cara:
1. Blend coco crunch sampai jadi serbuk halus
2. Ayak tepung dan bahan2 kering. Satukan dengan serbuk coco crunch dan choc chips.
3. Pukul butter dengan gula perang sampai berkrim.
4. Masukkan telur satu per satu dah gaul hingga sebati.
5. Masukkan ke dalam adunan tepung dan gaul sehingga menjadi doh yg lembut.
6. Rehatkan doh selama 10minit.
7. Ambil doh sebesar ibu jari dan gentel bulat. Tekan atasnya dengan coco crunch.
8. Bakar pada suhu 150C selama 25minit (depends on oven).
9. Sejukkan sekejap dan hias dengan coklat masakan cair.
Sebenarnya I buat separuh adunan je. Sebab confirm tak larat nak menunggu proses pembakaran since oven I jenis yg kecik molek tu je. After all, dalam tempoh 36minggu dah ni, mmg cepat mengah bagai.
Tp gatal jugak nak berbaking cookies raya. Amik feeling konon2 nya.
Mujur rasa biskut ni kena selera suami.
Part nak buat coklat hiasan tu I rasa failed lagi.
Tak berapa pandai plus I tak de piping beg..
I guna picagari bagi anak makan ubat je. hahahha
Asal boleh gitu.
Tempoh nak buat biskut ni kejap je benarnya. So boleh la korang cuba.
Rasa pon pada I sedap, tak manis sgt especially kalau tak letak coklat hiasan tu lagi tak manis.
Crunchy jugak (dah nama pon coco crunhcy kan!).
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...