Assalamualaikum, Salam Jumaat.
Harini genap seminggu kitaorg dapat kunci rumah. Our first home. Syukur Alhamdulillah.
Dengan itu, kebanyakkan entry saya selepas ni mungkin berkisar kepada rumah dan rumah dan rumah. Oleh yang demikian (skema pulak), saya nak buat DISCLAIMER terlebih dahulu.
DISCLAIMER
Saya harap those yang membaca blog ni tak rasa annoyed bila lepas ni banyak entry berkaitan hal rumah. Tujuan tulis di blog BUKAN untuk menunjuk-nunjuk pasal rumah yg kami ada ni. Bukan tujuan untuk berlagak, riak atau pun berbangga. Saya harap semua readers/kawan2 di blog faham.
Sebab, saya pernah berada dalam situasi, bila baca blog orang pasal rumah (terutamanya orang yg saya kenal), dan masa tu saya ada keinginan yg sangat tinggi nak ada rumah sendiri tapi belum berkemampuan, timbul perasaan jealous. Tapi, cepat2 kita tepis perasaan tu, sebab kita kena yakin rezeki Allah SWT pada hambaNYA telah ditetapkan. cepat atau lambat sahaja. Masing2 ada bahagian yg dah ditentukan. Jadi, saya pon harap, my readers akan jadikan entry2 berkaitan rumah di blog ni sebagai panduan utk pengetahuan bersama, bab2 berkaitan proses membeli dan pindah rumah baru. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk tidak menimbulkan sebarang rasa kurang selesa kepada yg membaca. Awal2 saya minta maaf sekiranya dalam tempoh penulisan di entry berkaitan rumah kami #athihalimcrib #ourhome #home sweet home akan/telah/sedang menimbulkan rasa kurang senang dalam hati pembaca blog saya.
Inilah rumah kami. Baiti Jannati.
Lepas 5 tahun hidup bersama, kami berjaya beli rumah pertama kami.
Lokasi tak jauh dari tempat kerja dan memiliki ciri-ciri rumah idaman kami suami isteri.
Rumah teres dua tingkat. Lot tengah.




