Alhamdulillah, hari ni 25th October 2011, maknanya dah 7 bulan jugaklah umur anak teruna saya. dah 7 bulan jugakla saya deliver budak kecik ni, dulu-dulu dia kecik la, sekarang ni tak berapa kecik sgt walaupun bila time tidur baru rs kekecikkan dia sbb bantal peluk lagi panjang dari Ilyaas.
Sekarang ni Ilyaas tidur sorang2 dah atas tilam, dah tak tidur dalam baby cot sbb it's too small for him untuk bergolek kiri kanan time tidur, mind you Ilyaas jenis tidur separa buas. sekejap dia telentang, sekejap dia mengiring, sekejap dia meniarap. Lagipun husband kata Ilyaas dah anak teruna, so kena tidur atas tilam bujang, hehehe. Jadi Umi la yg terpaksa berkorban turun naik katil ke tilam Ilyaas waktu nak susukan Ilyaas tgh2 malam. He still wakes up 3 times every night untuk minum susu. Tapi, Alhamdulillah Ilyas minum susu pun sambil mata terpejam, mulut je laju minum susu, dalam 10-15 minit dah selesai jadi Umi pun dpt tidur balik. Ilyaas skrg dah jarang meragam tgh2 malam cuma sekali dua dia merengek nak Umi peluk2 dia lepas menyusu.
Pada usia baru mencecah 7 bulan ni, anak teruna saya dah tumbuh gigi!!! ada 2 batang di bahagian bawah tgh giat bertumbuh. Mula perasan pada 20 october, minggu lepas time Ilyaas menangis sebab ngantuk. Tiba-tiba nampak mcm kaler putih kat gusi dia, bila dipegang rasa keras dan tajam. sah mmg gigi..Happy la Umi dia sbb anak dah tumbuh gigi.. Alhamdulillah Ilyaas tak demam atau meragam waktu teething.
Ilyaas senyum-senyum malu |
Selain daripada dah tumbuh gigi, perkembangan Ilyaas pada usia 7 bulan ni ialah dah mula tunjuk gaya nak merangkak, dah pandai senyum bila amik gambar, senyuman yg meruntuh jiwa raga Umi dan Ayah dia, menampakkan lesung pipit yang cute itu.Ilyaas juga dah paham bila Umi siap2 pakai tudung maknaynya Umi nak keluar..so kalau Umi tak dukung Ilyaas dia akan nangis sebab takut kena tinggal. Sama la kalau nmpk Ayah dia pakai segak-segak pastu tak dukung dia, dia akan nangis jugak. Aktiviti faveret Ilyaas sekarang ialah belek2 bawah tikar, tolong Umi lap lantai dan masuk bawah sofa. Suka jugak tanduk almari dgn kepala sbb baru figure out selain menendang dgn kaki, tanduk guna kepala pun boleh keluarkan bunyi walaupun menyakitkan.
No comments:
Post a Comment
Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...